Dua

19 3 2
                                    

AKU gembira betul hari ini. Boyfriend aku Qaiser ajak date hari ni. Dia sempat bisik sebelah aku tadi sebelum aku masuk dalam bilik persalinan.

"Saya tunggu di depan pintu B. Jangan lambat ye sayang. " Sungguh tak terkata mendengar suara nya yang seksi dan lembut. Lagi lagi bila perkataan sayang tu. Tak tidur malam la aku nanti hari ni.

Tanpa buang banyak masa cepat cepat aku ganti baju. Aku memang dah prepare baju cantik sebab Qaiser awal awal lagi dah pesan yang dia nak ajak aku tengok wayang hari ni. Tapi bukan di mall yang kami kerja. Katanya takut staf lain nampak. Dia kan manager kami. Nanti ada la mulut jahat kata aku yang goda Qaiser. Ceritanya Qaiser yang luahkan perasaan pada aku. Jadi sebab aku pun ada perasaan pada dia, aku terima tanpa banyak soal.

Muka aku memang natural cantik. Jadi aku hanya tacap BB cream saja dan lip tint.

Jangan lupa sembur minyak wangi mu Dhia. Semua tempat aku sembur. Sampai ke kaki aku sembur sekali.

Rambut pula aku sengaja lepaskan. Nasib baik dah syampu.

"Okay cantik like always. " aku ambil beg segera tutup pintu loker. Semasa pintu loker ditutup muncul pula makhluk yang selalu ganggu aku.

"Akak nampak saya kan? " muncul roh budak yang tembus dinding, bawah celah kaki aku. Hampir je aku nak terpijak dia. Aku berundur kebelakang sebab terkejut. Semua loker aku langgar. Berdegang bunyi nya.

Aku pura pura tak nampak dan dengan langkah seperti ketam, perlahan lahan aku bergerak untuk keluar dari bilik persalinan.

"Nak pergi mana tu? " Langkah aku mati. Dapat aku rasa angin nafas seseorang ditepi telinga aku. Dah sang apa pula ni.

Jangan toleh jangan toleh. Tapi itu kata hati aku. Pengerakan aku macam dikawal oleh kuasa hantu tu. Perlahan lahan muka aku tertoleh kearah kanan.

"Cak! "

"Warghh! Muka hodoh muka hodoh! " Terus aku tolak muka hantu yang hancur tu ketepi. Aku lari keluar dari bilik persalinan sepantas boleh. Yang penting jangan pandang belakang. Mana tau dia tengah kejar aku sambil merangkak terbalik.

💔

Termengah mengah aku larikan diri dari sang hantu tu. Bila aku nampak kelibat Qaiser didepan pintu B terus aku berhenti berlari. Rambut yang entah dah kusut aku betulkan dengan jari jemari. Blouse pula aku kibas kibas dengan tangan.

Qaiser aku lihat sedang berada dalam talian. Telefon siapa tu. Bila dia nampak aku, terus tangan diangkat. Telefon nya pula disimpan dalam kocek. Cepat cepat aku lajukan langkah mendekati Qaiser. Bibir aku tanpa disuruh terus saja senyum.

"Cepat masuk. Nanti orang nampak. " arah Qaiser. Pintu dibuka untuk aku, lalu tubuh aku ditolak masuk kedalam kereta.

Apa yang takut sangat Qaiser ni. Biarlah orang nampak. Kenapa tah dia takut staf lain nampak hubungan kami. Mungkin dia ada sebab dia sendiri. Yang penting Qaiser sayang aku seorang.

Qaiser masuk disebelah pemandu. Dan kereta mula bergerak meninggalkan mall. Memandu dengan sebelah tangan je dah buat hati aku terpikat yang entah kali keberapa.

Sampai sahaja ke Sunway piramid, Qaiser mencari parking. Tapi cepat je Qaiser cari Parking. Macam parking tu sudah dikhaskan untuk kami.

"Nak tengok cerita apa? " soal Qaiser pada aku. Aku berfikir sekejap. Cerita apa ye yang best sekarang.

"Hmm conjuring nak tak? Saya memang nak tengok cerita tu. " aku buat buat lupa yang Qaiser takkan benarkan aku pilih movie hantu. Katanya tak elok untuk minda kita. Cakap je la awak takut nak tengok kan Qaiser kan.

Aku ingat lagi masa first time kami tengok wayang cerita hantu. Cerita Gonjiam: Haunted Asylum. Itu je dah buat dia pengsan sepanjang cerita.

Haish. Muka kacak dah. Badan sado. Tapi penakut.

Bila aku toleh kearah muka Qaiser. Pucat weh muka dia. Hampir je aku nak tergelak. Tapi sabar. Tahan, jangan kau gelakkan boyfriend kau yang 'berani' ni.

"Err cerita lain tak ada ke? " tersekat sekat suaranya aku dengar.

Kesian dia muka pucat pucat. Kenapa? takut tengok cerita hantu.

"Okay la. Kita tengok movie lain ye. " baru la muka dia ada senyum. Baru la bertambah kacak. Cair lagi hati aku.

Tiba di kaunter, tiba tiba kami ditegur oleh seorang gadis cantik dan lebih tinggi dari aku. Aku tinggi 153 cm je.

Gadis cantik tu terus peluk lengan Qaiser. Aku apa lagi terkejut monyet. Dan Qaiser pula boleh selamba bagi dia peluk lengannya. Cik kak yang awak peluk tu boifren saya tau.

"Tengok wayang ke? Ni siapa? " Soal gadis itu pada Qaiser. Qaiser menoleh kearah aku. Teragak agak dia mahu menjawab.

"Adik awak ke, baby? " bulat mata aku cuma tak terkeluar je dari soket. Tersekat nafas aku bila dia panggil Qaiser baby.

Aku tunggu reaksi Qaiser. Harap dia akan beritahu gadis ni yang aku adalah girlfriend yang paling dia sayang.

Hancur hati aku bila kepala Qaiser mengangguk.

"Ya, dia adik saya. "

"Comel nya adik awak." Tangan dia dibawa kepipi aku dan terus cubit pipi aku.

" Jom beli tiket. Awak nak tengok cerita apa? "

Gadis itu menarik tangan Qaiser dan tinggalkan aku disini seorang diri.

°°°°°

2 BrokenheartedWhere stories live. Discover now