Sembilan

21 3 1
                                    

SEAWAL pagi lagi pintu bilik aku dah diketuk. Lepas je solat subuh aku sambung tidur balik. Dan baru beberapa minit aku terlena, ada orang yang menganggu tidur aku.

Dengan malas dan mamai. Aku paksa diri aku untuk bangun. Mulut yang menguap aku tahan dengan tapak tangan. Tombol pintu dipulas dan pintu ditolak keluar. Terdapat 2 orang perempuan sedang menayangkan senyuman mereka.

Aku memandang mereka dengan sebelah mata terbuka. Senyuman paksa aku ukirkan pada mereka berdua.

"Kami nak bagitau yang pukul 8.30 nanti kami nak jungle treking. Kalau nak join jom la siap siap sekarang. " tak ada salam apa tiba-tiba terjah. Terkejut saya. Muka mereka pula memang mengharap sangat yang aku akan sertai.

"Sekarang pukul berapa? " soal aku sambil menggosok mata. Tak sempat nak jeling jam tadi. Terkejut tengah sedap mimpi tiba tiba pintu digegar.

Salah seorang dari mereka melihat jam di telefon.

"Sekarang pukul 7.45. Ada masa lagi ni nak siap. Awak nak join tak? "

"Saya join. Nanti saya datang. Nak berkumpul di mana? " daripada tak buat apa apa. Lebih baik aku join mereka meredah hutan. Ada juga pekdah nya.

"Berkumpul di kafe. Datang ye nanti. Kita tunggu. " aku hanya tersenyum.

💔

Nampak nya aku tak lambat. Acara masih belum bermula. Maklumlah janji melayu.

Mata aku mula meliar mencari 2 orang perempuan yang mengajak aku tadi. Tapi bayang mereka tidak pula aku nampak. Mungkin ke tandas agaknya. Jadi aku pun berkumpul la dengan peserta yang ada.

Aku duduk disebelah seorang perempuan yang dalam lingkungan 30-an. Dia senyum lalu aku balas juga dengan senyuman. Tak nak la sombong sombong kan. Tak elok.

"Test.. Test.. Mic. Hello hello. " tiba tiba suara dari pembesar suara kedengaran. Ianya suara lelaki. Mungkin pengacara majlis.

"Minta perhatian semua. Sebelum kita memulakan ekspedisi ini saya ingin mengingatkan supaya menjaga keselamatan, menjaga kebersihan dan kelakuan. Disebabkan pagi tadi hujan. Jadi tanah agak licin ye. Berhati hati ketika melalui jalan yang licin. Okay faham semua. Baiklah sebelum tu mari kita berdoa agar  acara ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Al-fatihah. "  semua yang beragama islam mengangkat tangan untuk berdoa. Setelah doa di amin kan, aku lantas mengikut mereka untuk mula bergerak.

Aku melihat sekeliling, terdapat papan tanda selamat datang, mulakan perjalanan anda dengan bismillah dan ada juga papan tanda 'beware of boar'. Alamak ada babi hutan ke. Dah nama pun hutan kan. Entah entah harimau pun ada. Terus kecut perut pula aku bila memikirkan nya.

Aku lihat aku yang paling dibelakang. Semua sudah laju kedepan. Entah tiba tiba aku jadi penat pula. Tak sampai pun setengah jam perjalanan. Badan aku dah penat. Oh lupa, aku ada asma. Tapi dah lama aku tak diserang asma. Janganlah masa masa gini kau nak semput Dhia oi.

"Hei awak! " aku ditegur seseorang. Bila aku pusingkan kepala kebelakang, nampak 2 perempuan yang mengetuk pintu bilik aku pagi tadi. Aku terus tersenyum kearah mereka. Bukan aku je la yang tertinggal dibelakang. Nasib baik ada mereka berdua. Adalah teman berborak.

"Saya ingatkan awak tak join. " kata salah seorang dari mereka. Dah dia ajak aku kan. Muka pula memang menaruh harapan yang aku mesti join. Jadi disinilah aku.

"Dari tak ada buat apa apa kan. Lebih baik saya ikut. Lagipun best juga kan. Boleh tengok alam ciptaan Allah ni. " kata aku dan tak perasan langsung yang kumpulan tadi dah hilang dari pandangan aku.

"Apa kata kita kesana Dhia. " jari dia lurus menunjukkan pada satu batu yang besar. Nak buat apa kesana. Bukan ke kumpulan tadi pergi terus kedepan.

"Eh! Bukan kita patut berjalan kedepan ke. Awak ni kalau sesat macam mana? " Aku menoleh ketepi. Tapi aku jadi terkejut bila mereka berdua hilang. Tiada lagi disebelah aku. Apa dah jadi ni. Siapa pula mereka berdua. Aku dah kena tipu dengan hantu ke.

Sekarang aku sorang sorang di tengah tengah hutan. Aku tak tau arah mana yang patut aku ambil.  Bila aku pergi kearah depan, aku muncul ditempat yang sama. Bila ke kanan pun muncul ditempat yang sama. Kekiri juga sama. Kepala aku mula berpusing pusing. Nafas aku juga sudah tersekat sekat. Cepat cepat aku keluarkan inhaler dari backpack.

Belum sempat aku nak sedut gas, tangan aku macam ditepis. Habis terjatuh aku punya inhaler ke tanah.

Aku pandang tepi tapi tiada sesiapa pun. Aku tundukkan badan untuk ambil inhaler. Dada aku sudah dipegang dan aku tepuk tepuk dada. Bila tangan hampir mahu menyentuh, tubuh aku pula ditolak, menyebabkan aku tersungkur ke tanah. Makin jauh pula dengan inhaler.

Tiba tiba telinga aku terdengar hilaian tawa yang nyaring. Aku dah tak tahan. Aku perlukan gas tu. Dengan lemah aku halakan tangan untuk memegang inhaler.

Bila tangan hampir menyetuh inhaler aku terdengar suara Han. Hilaian tawa tadi turut hilang.

"Dhia! Apa dah jadi ni? " Soal Han dengan nada risau. Dia risaukan aku ke.

"Sem-semput. " kata ku dengan lemah. Aku pandang wajah Han yang berkerut. Dia tak faham ke. Dah la pegi pijak aku punya inhaler. Elok aku sakit jadi tak sakit aku belasah dia nanti.

"Kau kalau ngantuk jangan la tidur kat sini. Bahaya tau. " Han masih membebel. Aku tahan sabar dan tahan sakit sesak nafas.

"In-in. "

"Apa in? Breath in breath out?" Dahinya berkerut melihat aku yang suara dah tersekat sekat.

"Inhaler. " aku dah tak mampu nak keluarkan suara yang tinggi. Jadi aku cuma tumbuk tumbuk kaki Han yang tengah pijak aku punya inhaler. Han alihkan kakinya. Nasib baik dia alihkan juga. Kalau tidak ada yang aku tendang tengah hutan ni.

Bila inhaler dan berada dalam genggaman aku. Cepat cepat aku bersihkan inhaler. Habis kotor kena tanah. Sudah dibersihkan terus aku sedut gas inhaler. Sekali tak cukup. Jadi aku sedut 2 kali. Baru la dada aku terasa lega.

Bila dah ada kekuatan sedikit aku tenung Han. Dia buat muka tak bersalah minta penampar. Kemudian Han angkat bahu.

"Mana aku tau inhaler tu bawah kaki aku. "

°°°°°

2 BrokenheartedWhere stories live. Discover now