Satu

28 3 1
                                    

KOT putih disarungkan ketubuh tegapnya. Bersedia untuk memulakan kerja sebagai doktor haiwan. Kerusi ditarik lalu dihenyakkan punggung di kerusi. Komputer yang sudah tersedia menyala ditatap serius. Tangan laju melarikan tetikus keatas, kebawah, ketepi. Segala file-file tentang pesakit haiwannya diteliti satu persatu, tidak mahu terlepas pandang, sebab kerjanya melibatkan haiwan. Walaupun hanya haiwan ia tetap makhluk yang bernyawa.

"Doktor Han, saya panggil next patient ye. " kata Naura dengan menjengulkan kepala dari pintu masuk. Han hanya mengangguk sahaja mengiyakan.

3 minit kemudian masuk seorang perempuan dengan membawa carrier cage kedalam bilik pemeriksaan. Seekor kucing berbaka british short hair dikeluarkan dari dalam cage. Suara nya sayu mengiau dan matanya memandang kearah tuannya. Han hanya tersenyum, lalu dia bangkit dari duduknya.  Han mendekati kucing yang diberi nama Kajol yang masih tidak berhenti mengiau. Mungkin bertanya pada tuannya mengapa dia dibawa kesini.

"Iya Kajol, sabar ye. Sekejap je cucuk vaksin ni. Tak sakit pun. "  Han menyentuh kepala Kajol dan membelainya. Kena ambil kepercayaan pada haiwan dulu. Nanti senang tak ada yang mengamuk. Han terus angkat tubuh Kajol dan diletakkan pada menimbang. Naura pembantunya cepat menulis berat badan Kajol. Setelah ditimbang, tubuh Kajol sekali lagi diangkat dan diletakkan pada meja rawatan. Suhu badan diambil dan dicatat Naura. Telinga, mata, hidung serta mulut harus diperiksa.

Setelah kesemua diperiksa dan dicatat, barulah boleh divaksinkan. 

"Telinga bersih, hidung pun cantik. Mata tiada masalah. Gigi pun cantik bersih. Okay, selepas cucuk vaksin ni. Kucing akan demam demam ye. Kene alert. Kalau keadaan dia nampak teruk terus bawa ke klinik. " Terang  Han. Setiap yang dilakukan harus diterangkan kepada tuan haiwan. Tuan Kajol hanya mengangguk kan kepala sahaja.

Huluran picagari berjarum yang diberi oleh Naura disambut Han. Dia menanggalkan penutup jarum. Ditekan bahagian bawah picagari untuk memeriksa jarum. Keluar ke tidak ubatnya.

"okay puan, saya nak cucuk vaksin ni pada Kajol ye. " kata Han pada Tuan Kajol. Naura membantu dengan memegang badan Kajol. Tengkuk Kajol dicengkam tidak terlalu kuat. Hanya untuk membuatkan Kajol tidak memeronta saat disuntik. Dalam 5 saat vaksin berjaya disuntik kedalam tubuh Kajol. Kajol kucing yang baik. Lalu Han memberinya treat kerana Kajol berkelakuan baik.

Selepas divaksin pandai pula Kajol masuk sendiri kedalam cage nya. Setelah tuan Kajol mengucapkan terima kasih tinggal dia seorang didalam bilik rawatan. Han menghenyakkan tubuhnya pada kerusi. Menyandarkan tubuhnya, nafas dihela lalu dilepaskan perlahan. I-phone dikeluarkan dari kocek kot putihnya. dibuka apps Whatapps dan dicari Chat bernama sayang.

Friday 12. 30 pm
Saya nak putuskan pertunangan ni.

Sayang, kenapa ni? Are you okay?.✔✔

Awak ni kenapa? buat buat tak faham ke saje tak nak faham. Saya nak kita putus. Saya taknak ada apa apa hubungan lagi dengan awak. I want break off.

sayang! kenapa ni?✔✔

sayang okay tak?✔✔

Nak abang datang sana? tapi abang tengah kerja.✔✔

Malam nanti abang datang sana. Kita keluar makan sama sama ye.✔✔

seen

sayang..kita bincang ye✔ 

Han mencampak
iphone nya diatas meja. Pelipis nya diurut. Risau dengan keputusan cik tunang yang mahu memutuskan pertunangan tanpa sebab. Hubungan yang dijalin hampir sedekad musnah sebelum dia dapat bernikah dengan Ruby. Tapi entah dimana silapnya, Ruby mahu memutuskan hubungan. Rasa dia dah cukup kacak dan berduit. Tapi masih tak cukup ke itu semua pada seketul ubi eh, Ruby.

Lantas, tanpa membuang masa Han membuka kot putih dibadannya. Tangan mencapai Iphone lalu diseluk kedalam poket. Beg kerjanya juga disandangkan kebadan. Kaki mula melangkah keluar dari bilik kerja. Sempat dia memesan kepada Naura yang dia harus pulang awal. Naura hanya menganggukkan kepala tanpa bersoal.

Tujuannya hanya satu. Berjumpa dengan Ruby dan berbincang. Kalau perlu dipujuk hati Ruby pun dia sanggup. Asalkan Ruby membatalkan hasrat mahu memutuskan pertunangan.

°°°°°

2 BrokenheartedWhere stories live. Discover now