Assalamualaikum semua,srry sangat-sangat dira baru berpeluang untuk sambung balik cerita ni sebab baru lepas final exam beberapa hari yang lalu🥺terima kasih untuk semua yang sudi menunggu...dira ingat nak tamatkan story ini dalam beberapa chapter sahaja lagi.Jadi untuk korang yang nak tahu apa endingnya stay tuned okay😙.
8August2020
Dira dan kawan-kawannya telah pun menamatkan pelajaran di sekolah menengah yang sungguh memberikan rasa suka dan duka kepadanya,tetapi pada tahun akhir sekolah di situ,Alhamdulillah dira tidak ada sebarang gangguan lagi dari ahmad nu'man dan azreen juga telah pun menamatkan sekolahnya tahun lalu. Dira dan kawannya mendapat keputusan yang agak cemerlang dan layak untuk ke tempat yang akan lebih mencabar baginya iaitu alam universiti.
Pada 8August2020, dira telah memulakan perjalanan ke Kedah untuk memasuki Universiti yang selayaknya dalam bidang yang selayaknya...Dira sekarang sudah lebih matang dan telah moveon sepenuhnya dari lelaki yang bernama tengku Azreen,dia memulakan hidupnya sebagai perempuan single dan lebih berwibawa serta dewasa dari segi cara dan pemikirannya🥰.
Dira tidak mengambil tahu sedikit pun tentang Azreen apabila dia menamatkan pengajiannya tahun lalu bagi dia azreen sudah tiada makna apa-apa baginya.Kalau berjumpa atau terjumpa sekalipun cukupla sekadar melihat tanpa menegur tengku Azreen kerana tidak mahu ada yang berharap lagi ..Dira yakin Azreen mungkin sudah berpunya sekarang dan mungkin juga telah berkahwin?Tiada siapa yang tahu tentang hal itu.
Dira menyambung pelajarannya di salah satu universiti awam di Kedah tetapi tanpa dia sedar bahawa Azreen juga berada di universiti tersebut dan sama bidang kursus seperti dira.Beza mereka hanyalah kerana Azreen lebih senior dari dira. Di hari pertama menjejakkan kaki di Universiti tersebut,dira hanya berwatak seperti biasa. Dira yang memang dikenali sebagai perempuan yang susah untuk menerima orang baru walaupun hanya sebatas kawan menyebabkan dia sendirian di sana pada waktu itu. Setelah beberapa hari berada di universiti tersebut,dira telah menemukan kawan yang sesuai untuknya. p/s : dira dgn kawan ii sekolah dia tkdpt smbung bljr tmpt yg sama.
Bagi dira untuk mendapatkan kawan yang baik di alam ipt ini sangatlah sulit tetapi dia bersyukur kerana berjumpa dengan kawan yang baik seperti Shiela,Najwa,Sabrina,Aida,Syamini dan Khairina. Dira hanya berkawan baik dengan mereka sahaja kerana bagi dira mereka sahaja lah yang betul-betul ikhlas untuk berkawan dengan dira.Dira memulakan pengajiannya seperti biasa.Setiap kali habis kelas,dia akan pulang ke kamsis(asrama) yang berada agak jauh dari kelasnya. Pada suatu hari,dira terkejut apabila ternampak seakan tengku azreen yang berada dalam khalayak ramai di cafe kamsis..Tetapi kerana dira tidak ingin berfikir bukan-bukan,maka dia hanya mengendahkannya sahaja,dia terdetik "itu mungkin perasaan aku je kot,tk mngkinlah dia dapat uni ni jgk".Kata-kata itu hanya untuk menyejukkan hatinya sendiri.
Setelah beberapa hari dari kejadian tersebut,dira sekali lagi ternampak kelibat tengku azreen di kawasan cafe dan apa yang parah kalini apabila tengku azreen memanggilnya "eh dira kan?meh la sini"..Dira yang saat itu memang sedang terkejut terus berlari ke kamsis dan mukanya merah padam apabila azreen menegurnya di hadapan kawan-kawannya. Setelah selesai membersihkan diri,tiba-tiba dira terima whatsapp dari nombor yang tidak dikenalinya,dia awalnya berfikiran mungkin itu nombor dari kawan universiti yang baru mengenalinya tetapi apabila ditanya rupanya sangkaannya meleset apabila orang itu adalah.....
Okay jadi korang semua rasa sapa yang chat dira tu?rasanya boleh agak tk sapa?so nnti dira bgitau dkt next chapter okay?😛korang jangan lupa vote n promote story ni tau,lagi beberapa chapter je nak selesai...tunggu sampai ending tau korang,luv luv korang semua❤️
YOU ARE READING
Mr.tengku Vs Mrs.engku
RandomKata orang jangan terlalu membenci kerana lama kelamaan akan terjatuh cinta dengan insan tersebut Adakah itu yang akan terjadi kepada mereka? Mungkin YA ataupun mungkin juga TIDAK Kerana masih ada pendengki dan penghancur cinta!