Part 9 : Khalwat

4.9K 23 0
                                    

NINA

N: Abah masih at work?

A: 4.45 boleh balik.

A: Sayang kat mana, Abah amik?

N: ok

A: mana

N: KPJ still

A: c u

N: thanks Abah

A: for u, anything my love⚘

N: 😘😘

Kepala otak mula fikir benda² yg tak masuk akal..
Kalaulah Abah tu Amar..
Kalaulah Amar tu Abah..

Haishh..
Tak mungkin..
Abah is Abah, he can never be someone else!

Aku dapat mesej dari mama Amar, Cikgu Rafidah.. dia cakap nak jumpa aku sekejap, di cafe.
Dia kesini sebab nak melawat seseorang di wad..jadi sebelum tu nak jumpa aku dulu..
Six sense aku..ni mesti pasal nak masuk meminang tak jadi agaknya.

Bila aku bersalaman dengan Cikgu, dia pegang tangan aku lama..tangan kirinya mengusap² belakang aku.
Tak nampak airmuka marah atau benci malah ada sinar kesedihan dan sentuhannya seperti sentuhan seorang ibu yg sedang menenangkan anaknya.

"Duduk Adryina"
Tangan nya menunjukkan tempat disebelahnya sebab dia memilih bench 2 seatee.

"Minum..?"

Aku angkat water bottle aku..

Lama dia memandang aku..

"Makin cantik..Adryina.
Kalau pakai tudung lagi cantik kan"

Aku senyum sikit, mungkin tu yg buat aku fail kot..
X bertudung, hmmm.

"Insha Allah..Cikgu.
Niat dah ada cuma perlaksanaan tertunda"

Cikgu senyum..
"Masih bubbly macam dulu yer"

Aku rasa baik straight to the point kan.

"Amar apa khabar..Cikgu"
"Dia outstation lagi ke"

"Tak, dia ada sini"
Singkat jawapan Cikgu.

"Tentu Cikgu nak sampaikan sesuatu pada saya kan.
Saya ok..saya siap"

"Adryina..dari dulu saya memang sayang awak.
Awak tau kan Amar ada adik perempuan, rupa dia hampir seiras macam muka awak, tapi Allah lebih sayang dia lagi, saya redha."

Suaranya seperti menahan tangis & aku nampak matanya macam berlinang..

"Saya happy sangat bila dia cakap dia dah jumpa awak & nak cepat² nikah"

Cikgu menelan ludah..

"Lusa Amar nikah, di pejabat agama.."

Kepala aku terus berbinar macam nak pitam.
Aku rasa Cikgu tarik dan menggenggam tangan aku.

"Adryina..awak ok?

Lama kemudian aku mengangguk..

"Abah.."

Cikgu menoleh kebelakang..
"Abah?
Abah awak nak datang ke?"

Aku menggeleng..
Aku pejamkan mata sekejap, menahan diri..takut terkeluar bahasa kesat di hadapan Cikgu.

"Dengan siapa Cikgu"

"Awak sabar ye.. Adryina.
Dia kena tangkap khalwat di Terengganu.
Mulanya dah settle secara damai, bayar saman semua..
Semalam keluarga perempuan datang minta mereka nikah secepatnya jika tidak mereka akan membesar²kan kes ni.
Saya tak gentar ugutan mereka tapi sebagai ibu..saya rasa, Amar perlu bertanggung jawab. Jadi kami putuskan agar mereka nikah secepatnya.

"Dengan siapa..Cikgu"

Lama tak berjawab..

"Tania Balqis"
"Awak ingatkan..kawan sekolah awak jugak dulu"

I knew it!
Waktu reunion dia mengelak utk bersalaman dengan aku.
Waktu aku korek² dari Amar, dia mengaku pernah couple dengan Tania tapi.. that's all in the past. I dont want to look back now that I have u.

..Itu kata² nya.
Shit !

Naive nya aku..
Ceteknya aku tentang dunia percintaan ni kan!

"Dia cakap dia dah tak dengan Tania lagi"
Aku bercakap sambil menahan marah..
Kalau depan aku ni Amar atau Tania, dah aku cakar² muka diorang sampai terkoyak kulit muka!

"Betul..memang dah putus.
Tangkap khalwat tu perangkap.
Tapi bila Amar masih tak mau menikahi dia..
Dia tunjukkan semua bukti².
Dia marah sebab Amar tinggalkan dia.
Dia pernah gugurkan kandungan & ada bukti semua pembayaran atas nama Amar.
Amar janji lepas gugurkan baru nikah, tapi lepas reunion tu..
Awak tau kan macam mana teruja nya Amar bila jumpa awak semula."

"Saya minta maaf..Adryina"
"Amar pun dah mengaku semua tu cuma dia tak ada keberanian nak bersemuka dengan awak"

"Adryina..saya yakin Amar betul² cintakan awak.
Tapi tula.. bila nafsu menguasai diri, inilah padahnya."

"Allah maha adil, maha penyayang..
Allah hanya pasangkan orang baik dengan yang baik².
Insha Allah awak akan jumpa jodoh yg lebih baik.."

"Saya tau awak budak baik..saya dah pastikan dengan Amar sendiri sebab saya takut awak pun jadi mangsa buaya dia..
Saya bangga dengan awak..
Amar mengaku dia lelaki pertama yang pernah sentuh awak.."

"Adryina..jaga diri baik² ye, bagi pihak Amar saya minta maaf sebab beri awak harapan palsu..
Terkilan saya tak dapat jadikan awak menantu saya.."

Cikgu terus peluk aku..
Kuat.. lama..
Aku nampak dia mengesat airmatanya.

"Awak tabah..saya tau"
"Saya menyangka awak akan menangis dan mengamuk tapi awak tetap Adryina yg dulu..
Yg sopan dan lembut"

Dia menghulurkan tangan..
"Saya minta diri dulu"

Tapi kenapa lepas jumpa Cikgu Rafidah aku takde rasa sedih macam aku tengok selalu kalau orang² putus cinta..
Selalunya mereka meraung² bila tak jadi kawin.

Aku lebih dari marah berbanding sedih sebab Amar tipu aku..
Tula, sebenarnya dia tak tipu pun..
Kami tak pernah tanya apa²..
Bila aku sebut Tania..katanya, thats ancient!

Aku cuma buat kesimpulan sendiri bila dia cakap dah lama cari aku..nak patch balik..nak cepat² kawin.

Bastard Amar!

Macam mana aku boleh nak samakan dia dengan Abah..
NEVER!

Fon aku vibrate..mesti Abah da sampai..
Cantik timing kan.

A: Ready?
A: Abah kena masuk parking dulu ke

N: CU in a minit.

Abah Cinta .. jangan dusta!Where stories live. Discover now