"I smile but inside i'm dying"
Seorang perempuan berjalan seorang diri dengan membawa bagasi menuju ke sebuah rumah.
"Ini ke rumah dia? Not bad. " ujar perempuan itu
Tanpa membuang masa perempuan itu terus masuk ke dalam rumah itu.
"Nayra?! Kau ada dekat rumah tak ni? Hello?! " jerit perempuan itu
Perempuan itu terus saja masuk menilau ke dapur dan bilik untuk mencari Nayra. Perempuan itu adalah Naura Danielle, kakak kembar tidak seiras Nayra. Naura juga seorang doktor psychiatrist. Tetapi dia bukan seperti Nayra.
"Tak ada dekat rumah ke budak ni? Aku datang ni pun entah dia tak tahu? Aku dah bagitahu semalam hish. Bertuah punya beruk! " bebel Naura.
.
.
.
.
.
.Mr. J mengenggam tangan Nayra dengan kuat dan menyukarkan Nayra untuk bercakap.
"T..unggu... S..ekejap, Tuanku.. " gagap Nayra kerana menahan sakit.
"Apa kau panggil aku?! " tengking Mr. J
Mr. J menarik Nayra dan membuatkan Nayra dan dirinya bertentangan mata.
"Awak tak patut buat macam ni, Mr. J. Saya doktor psychiatrist awak, Mr. J. " ujar Nayra dengan tenang.
Mr. J tersenyum sinis. Dia ketawa seperti psychopath dan menolak Nayra kembali duduk di kerusi yang Nayra duduk tadi.
"Habis tu? Kau takut dengan aku sekarang! Kau tak nak lari dari bilik aku ke? Aku tak kisah pun sebab semua psychiatrist tak berguna!! " tengking Mr. J lagi.
Mr. J menjerit dekat perkataan terakhir membuatkan Nayra tersentak. Nayra memandang Mr. J dengan muka tenang.
"Saya tak pernah dan tak akan lari daripada pesakit saya, Mr. J. Lagi-lagi awak. Ya, saya mengaku saya agak terasa dengan perangai awak. Tapi saya takkan pernah tinggalkan awak. Saya ada disini untuk tolong awak, Mr. J. " ujar Nayra lembut
"Semua orang sama macam kau, diorang cakap diorang akan tunggu, diorang cakap diorang akan bantu aku. Akhirnya? Diorang tinggalkan aku!!! Dan benda ni akan sentiasa berulang dan takkan berakhir!! " jerit Mr. J
Mr. J memalingkan muka nya kerana tidak mahu melihat Nayra kerana dia menangis. Mr. J menoleh kepala ke kiri lalu membisikkan sesuatu kepada Nayra.
"Kau akan jadi orang seterusnya yang akan tinggalkan aku. " bisik Mr. J sinis.
"Apa yang membuatkan awak fikir semua psychiatrist sama je? " tanya Nayra
"Sebab... Semua psychiatrist hanya rawat orang yang diorang nak rawat. Diorang takkan pandang orang gila yang gangster macam aku, pergerakan aku, perkataan aku, tahap aku membuatkan diorang lari macam p.e.n.g.e.c.u.t." ujar Mr. J
Mr. J tiba-tiba ketawa dan sambung berkata
"Dan perkara paling kelakar adalah diorang tak pernah berpatah balik. Jadi, kenapa kau tak tinggalkan aku juga? Tutup mata kau rapat-rapat dan ambil duit tu. Lagipun, duit kan yang menyebabkan kau ada dekat sini? Sadisnya. " sinis Mr. J
Nayra memandang tepat dalam anak mata Mr. J lalu memegang kedua-dua belah tangan Mr. J
"Mr. J, awak pernah tak tengok movie Alice In The Wonderland? " tanya Nayra
Mr. J tiba-tiba blushing dengan tindakkan Nayra yang memegang tangannya. Dia sangkakan yang Nayra sudah tinggalkan dia sekarang.
"Pernah" jawab Mr. J sepatah
"Awak sama macam Mad Hatred. Dia nampak macam lelaki jahat tetapi dia sebenarnya lelaki yang comel" kata Nayra
Mr. J terkejut selepas mendengar apa yang Nayra cakap. Dia menarik tangannya semula dan membelakangi Nayra.
"Okey, psychiatrist. Aku akan ambil kau sebagai doktor aku. Tapi dengan satu syarat" kata Mr. J dingin
"What is it, Mr. J? " tanya Nayra
"Janji dengan aku yang kau takkan tinggalkan aku dan kau akan rawat aku sampai tamat kontrak kau. Sekali kau tinggalkan aku, aku akan pastikan kau akan kehilangan pesakit yang sedang bercakap dengan kau sekarang ni. " kata Mr. J
Nayra tahu apa yang Mr. J maksudkan. Mr. J akan bunuh diri kalau Nayra tinggalkan dia.
"Faham psychiatrist muda? " tanya Mr. J
"Faham, Mr. J" balas Nayra tanpa senyuman.
"Sekarang keluar dari bilik aku. Aku akan suruh Darren buat jadual untuk kau. Dah keluar-keluar. Semak. " halau Mr. J
Nayra mencebik lalu keluar dari bilik Mr. J.
Mr. J memandang tangannya.
'Tangan dia sama macam 'dia'. Macam mana benda ni... Ahh mustahil.. ' desis hati Mr. J
-BERSAMBUNG-
Jangan lupa vote and comment .

ANDA SEDANG MEMBACA
MR. J [C]
RomansaGangster Lover Series [BOOK 1] Mr. J x Nayra Daniesya Kisah seorang doktor psychiatrist dan seorang putera yang mempunyai mental illness. Nayra Daniesya - Seorang doktor psychiatrist yang ditukarkan dari New York ke Malaysia. Dia disuruh untuk meraw...