MR. J - 34

2K 120 1
                                    

"I smile but inside i'm dying"












Rayyan masuk ke dalam tempat itu dengan kod 0107. Dia memerhati sekeliling tempat itu dan senyum.

'Nothing changed..' desis hati Rayyan

Baru saja Rayyan mahu keluar, Mr. J masuk ke dalam bilik itu. Masing-masing terkejut namun masih mampu mengawal reaksi mereka.

"Kau betul-betul datang. " ujar Mr. J mendatar

"Sekarang aku dah nak pergi." balas Rayyan dingin

Mr. J mengeluh

"Kau nak minum dengan aku tak malam ni? I have a very bad day today. " kata Mr. J

"Okey, kod tu still sama macam dulu. Asal kau tak tukar? " tanya Rayyan

"Saja aku biarkan. Mana tahu kot-kot nanti kau datang balik sini. " kata Mr. J

"So, what happened? " tanya Rayyan

"Aku terdengar perbualan kau dengan Nayra dekat tepi jalan. Masa tu, aku tak tahu apa yang aku rasa. Aku rasa macam dikhianati, marah, tapi aku juga rasa gembira. Aku sakit hati bila Nayra selalu minta maaf dekat aku. Bukannya aku nak pun maaf dia tuu.

Lagipun bukannya salah dia pun. Mummy yang punca parents dia mati, dia bukan sengaja gunakan aku untuk balas dendam dekat mummy. It typically my fault. Dan sekarang dia tinggalkan aku.

Aku cuba untuk halang dia tapi dia cakap dia tak sempurna. Dia cakap parents dia takkan gembira kalau dia dengan aku. Aku tak ada kuasa untuk hentikan dia lepas dia cakap macam tu.

Tapi ianya membuatkan aku rasa menyesal sebab tak hentikan dia. Hati aku bagai disiat-siat setiap kali aku nampak dia berjalan jauh dari aku. " luah Mr. J sambil menangis

Rayyan hanya mampu memandang Mr. J yang sedang menangis dan rasa bersalah.

'Mungkin sebab dia tak nak kau tahu yang dia hanya gunakan jantung bateri dan sentiasa dicas apabila tiba masanya.' desis hati Rayyan

"Jayden" panggil Rayyan

"Hm?"

"Kalau Nayra ada kekurangan dekat badan, adakah kau masih cintakan dan sayangkan dia macam sekarang? " tanya Rayyan

"Maksud kau? " tanya Mr. J kembali

"Satu hari nanti, kau akan tahu. By the way, bukankah malam ni ada Event New Year? Aku rasa kau patut pergi dan prepare untuk itu. Raja Erinque tak suka kalau kau lambat. " kata Rayyan

"Apa maksud kau tentang satu hari nanti aku akan tahu? " tanya Mr. J yang tak faham-faham

"Aku tak nak bagitahu kau. Kau tanyalah Nayra sendiri, kan senang. " balas Rayyan selamba

"Weyh Ray, kau boleh tolong aku tak?" pinta Mr. J

"Tolong apa? Ada upah tak? " tanya Rayyan teruja

"Kepala hotak kau! Ikhlas lah sikit aduhh " marah Mr. J

"Ishh yelah, apa benda? " tanya Rayyan sambil menjeling Mr. J

"Boleh tak kau bawa Nayra datang event malam ni? Aku ada benda sikit nak cakap dengan dia.. " kata Mr. J

"Tapi.. Dekat Yacht, it can be so dangerous. Tapi tak apa, aku nak bawa Naura sekali. " ujar Rayyan

"Pasal Nayra, aku akan protect dia. " kata Mr. J serious


-BERSAMBUNG-










Jangan lupa comment dan vote

MR. J [C]Where stories live. Discover now