"I smile but inside i'm dying"
Mr. J terus pergi dari situ dengan serta merta apabila dia perasan yang Rayyan hampir ternampak dia. Nayra pengsan didakapan Rayyan. Rayyan membawa Nayra masuk ke dalam keretanya.
// Next Day //
"Mr. J, your car is ready. " ujar Daiyan
"Hm, let's go" kata Mr. J mendatar
"Tapi, bukankah kau pergi dengan Nayra ke party Jane" tanya Daiyan
"2 tahun aku tunggu dia untuk datang.. Sekarang aku tak nak tunggu dia lagi. " kata Mr. J dingin
"Mr. J? Apa maksud kau? Kau baru kenal dia beberapa bulan. " ujar Daiyan kepelikkan
"Dan aku diperbodohkan sepanjang beberapa bulan itu" kata Mr. J
Mr. J melihat jam ditangannya sebelum keluar dari rumahnya.
"Aku tak ada idea dengan apa yang dia cakap.. Tapi.. Mana Darren? Aku message dan call dia beratus kali sampai sekarang tak berbalas.. What the hell is happening?" ujar Daiyan sendiri
Mr. J berjalan ke keretanya akan tetapi langkahnya terhenti apabila ternampak kelibat Nayra.
Semalam Rayyan bawa Nayra ke hospital dan Nayra larikan diri dari hospital untuk berjumpa dengan Mr. J.
"S... Saya minta maaf sebab lambat, Mr. J" ujar Nayra gagap
Mr. J memandang Nayra tanpa berkata apa-apa. Nayra cuba untuk melarikan pandangannya.
"Kenapa kau elak bertentangan mata dengan aku? " tanya Mr. J mendatar
Nayra menggigil dan tangannya mengenggam kuat tepi bajunya. Nayra tidak mahu berjumpa dengan Mr. J lagi tetapi Nayra sudah berjanji dengan Mr. J untuk menemaninya ke birthday party sepupu Mr. J
"Kenapa kau tak jawab aku? " tanya Mr. J lagi
"Saya... " gugup Nayra
Mr. J mengerutkan keningnya dan membuka langkah besar menghampiri Nayra lalu mendonggakkan dagu Nayra supaya memandang matanya. Mr. J menikam mata Nayra dengan pandangan tajam.
"Jawab lah aku tanya kau ni!!" tengking Mr. J
Daiyan yang kebetulan disitu terdengar jeritan Mr. J dan lari menarik Nayra menjauhi Mr. J
"Mr. J, control yourself. She is your psychiatrist" kata Daiyan
Mr. J menarik kasar tangan Nayra ke dalam kereta.
.
.
.
.
.
// Unknown Place //Mr. J memberhentikan kereta dan keluar dari kereta. Nayra sekadar mengikut dari belakang.
"Mr. J.. Saya tak tahu kenapa awak marah dengan saya, tapi kalau awak datang sini hanya nak ambil angin, saya ada benda lagi penting nak dibuat. " kata Nayra dingin
Mr. J memandang Nayra lalu membuang rantai Nayra ke dalam laut. Nayra terkejut.
"Mr. J!! Apa yang awak buat?!!" jerit Nayra
"Kenapa kau marah sangat? Bukankah perasaan pemilik rantai ni dekat aku hanya 'fake' untuk gunakan aku? Atau aku patut cakap perasaan 'kau' dekat aku." kata Mr. J
Nayra tersentak. Sekarang baru Nayra tahu yang Mr. J sudah tahu hal yang sebenar.
"A.. Awak... Dah tahu.. " kata Nayra perlahan
Mr. J terus memegang pergelangan tangan Nayra dengan kuat.
"Am I that easy for you to play with? Adakah aku 'nothing' untuk kau?!! " tengking Mr. J
Air mata Mr. J mula turun membasahi pipinya. Nayra dapat merasakan betapa terlukanya Mr. J
"Aku cintakan kau lebih daripada aku cintakan diri aku sendiri.. Tapi macam mana kau boleh buat semua ni dekat aku... Aku percayakan kauuu... " luah Mr. J sayu
Nayra hanya mampu menundukkan pandangannya kemudian Nayra memandang Mr. J lalu menarik tangannya dari Mr. J. Nayra memegang tangan Mr. J.
"Yaa, saya salah. Dan yaa, saya gunakan awak untuk balas dendam.. " jujur Nayra
Mr. J hendak menarik tangannya semula tetapi Nayra memegang tangannya dengan kuat.
"Tapi itu tak bermaksud yang awak terlalu mudah atau awak bukan sesiapa untuk saya.. Saya mengaku saya gunakan awak waktu tu untuk dapatkan Permaisuri Eryka, tapi pada masa yang sama saya sedar yang saya buat salah.. " luah Nayra
Mr. J sekadar menjeling dan air matanya terus-terusan mengalir tanpa henti.
"Pada masa yang sama juga, saya sedar saya mula sukakan awak. Tapi saya menafikan perasaan tu sebab saya takut perasaan ini hanya akan sakitkan awak dari membuatkan awak bahagia bila awak tahu niat sebenar saya dekati awak.. " jujur Nayra
"Berhenti bodohkan aku. I'm done with your shit. Kalau apa yang kau cakap tu betul, kenapa kau pura-pura untuk jadi psychiatrist aku? Kenapa kau ubah rupa kau? Kenapa kau asyik tolak aku bila aju cuba untuk dekati kau? " tanya Mr. J
"That's becau... "
"Berhenti berlakon depan aku!! Kau tak penat ke asyik memperbodohkan aku?! Pernah tak kau bayangkan kau berdiri dekat tempat aku dan rasa apa yang aku rasa?
Pernah tak kau rasa bersalah dengan apa yang kau dah buat dekat aku?!" tanya Mr. J
"Saya... "
"Semestinya kau tak pernah. Sebab aku hanya mainan dekat hati kau. " potong Mr. J
Mr. J terus merentap tangannya daripada Nayra dan terus pergi dari situ.
Air mata Nayra mula mengalir membasahi pipinya. Nayra terduduk dan menangis dengan kuat.
Nayra cuba unruk jelaskan dan cuba untuk perbetulkan tetapi Mr. J memotong perbualannya macam itu saja..
Tiba-tiba, telefon Nayra berbunyi. Nayra terus mengangkat tanpa melihat siapa pemanggilnya.
[Oncall]
Adakah ini Cik Nayra - unknown
Yaa, saya - Nayra
Oh, Mr. Darren Arian sudah sedar dari koma. Saya rasa awak patut datang ke hospital dan jumpa dia - staff hospital
Okey - Nayra
[EndCall]
Nayra terus berjalan mendapatkan teksi.
-BERSAMBUNG-
Jangan lupa comment dan vote.
YOU ARE READING
MR. J [C]
RomanceGangster Lover Series [BOOK 1] Mr. J x Nayra Daniesya Kisah seorang doktor psychiatrist dan seorang putera yang mempunyai mental illness. Nayra Daniesya - Seorang doktor psychiatrist yang ditukarkan dari New York ke Malaysia. Dia disuruh untuk meraw...