"I smile but inside i'm dying"
// Hospital //
Nayra terus masuk ke dalam ward Darren. Darren terus mendonggakkan kepalanya dan ternampak Nayra dengan mata merah. Darren tahu Nayra baru lepas menangis.
"Nayra? Awak okey? What's wrong? " tabya Darren
Nayra tetap berdiri ditempat dia berada sambil menahan air matanya daripada jatuh. Nayra tidak mahu Darren tahu yang dia baru lepas menangis. Darren mula mengerutkan keningnya dan melangkah perlahan mendekati Nayra. Darren terus memeluk Nayra sambil mengelus lembut rambut Nayra.
"Kenapa ni? Something happen? " tanya Darren lembut
Nayra terus menangis selepas Darren mengelus rambutnya. Darren mengeluh sambil mengelus rambut Nayra sehingga Nayra berasa okey. Darren meleraikan pelukan lalu mendudukkan Nayra di katil pesakitnya.
"Someone hurt you huh? " tanya Darren
"Tak.. Saya minta maaf, saya nampak macam budak-budak pula yang menangis depan awak. " ujar Nayra perlahan
"Awak tak perlu minta maaf atau malu depan saya. Beritahu saya, siapa sakitkan awak? Saya tak pernah tengok awak nangis teruk macam tadi" kata Darren
"Saya minta maaf.. Tapi saya tak suka kongsi masalah saya. " kata Nayra
"Kalau awak simpan sendiri awak akan sakitkan diri awak lagi." kata Darren
"Tak ada apa yang lebih menyakitkan dari apa yang saya buat dekat dia dulu.. It's alright, saya boleh simpan sendiri. Awak perlu jaga diri awak baik-baik, Darren." luah Nayra
"Kalau awak tak nak bagitahu saya, saya tak nak makan atau minum. " protes Darren
"Darren.... " tegur Nayra
"Nayra oiiiii, mungkin saya ni tak pandai nak pujuk awak supaya awak bagitahu masalah awak dekat saya. Tapi saya tak boleh hentikan diri saya dari nak tahu tentang masalah awak." kata Darren geram
"Lupakan jelah apa yang berlaku tadi" kata Nayra
"Ehh? Saya tak nak dan saya tak nak. " kata Darren tegas
"Darren... " Nayra geram
"Hah! Saya dengar doktor cakap yang awak dermakan darah awak dekat saya. Dan awak bukan stranger untuk saya lagi.. Awak buat saya tertanya-tanya tentang awak dan saya....
Sukakan awak.. " luah Darren tiba-tiba #tiber
Darren memandang Nayra tetapi Nayra hanya tunduk memandang lantai. Akhirnya Nayra pasrah. Nayra menceritakan segalanya kepada Darren.
"Saya ada hubungan yang teruk dan silam dengan Permaisuri Eryka dan Mr. J. Dan saya hanya menggunakan jantung bateri. Adakah awak masih sukakan saya? " luah Nayra
"That's not going to stop me from liking you. Nayra boleh awak jujur dengan saya.. Permaisuri Evelyn... Mama awak betul? Orang yang mati dalam kemalangan melibatkan kereta dengan ayah awak 10 tahun lalu. " kata Darren
"Tak, Permaisuri Evelyn hanya ibu tiri saya. Dia tak pernah ada anak perempuan walaupun lepas kahwin dengan ayah saya. " terang Nayra
"Jadi... Awaklah perempuan... Yang saya selamatkan dulu.. Mana kakak awak? " tanya Darren
Nayra terkejut apabila Darren bertanyakan tentang kakanya. Nayra terus bangun dan mengeluarkan phone dari begnya. Nayra call Rayyan untuk bertanyakan tentang Naura. Sesungguhnya dia lupa akan kakaknya itu. Tetapi Darren menghalangnya.
"Darren.. Saya kena call someone sekarang nii" kata Nayra
"Saya rasa saya tahu mana kakak awak berada. Permaisuri Eryka ada sembunyikan seorang perempuan dalam istana tapi tak ada seorang pun tahu siapa perempuan itu. Boleh jadi dia adalah kakak awak. " kata Darren serius
'Kakak? Kakak mana pula ni? Naura aku rasa macam elok je hidup dekat rumah tu.. Huh? Kak Nurin??' desis hati Nayra
"Thanks sebab bagitahu saya. I gotta go now. I'll be back! " kata Nayra
Darren memegang tangan Nayra dan membuka segala wayar apa segala mak nenek dari tangan dan badannya.
"Saya akan pergi dengan awak. It's dangerous and you could be die. " kata Darren
"Nooo! Awakkan sakit! " jerit Nayra
"Tapi saya terhutang nyawa dengan awak. Sudah, mari pergi" kata Darren
Darren terus menarik Nayra dan keluar dari wardnya.
-BERSAMBUNG-
Jangan lupa vote and comment.
YOU ARE READING
MR. J [C]
RomanceGangster Lover Series [BOOK 1] Mr. J x Nayra Daniesya Kisah seorang doktor psychiatrist dan seorang putera yang mempunyai mental illness. Nayra Daniesya - Seorang doktor psychiatrist yang ditukarkan dari New York ke Malaysia. Dia disuruh untuk meraw...