"I smile but inside i'm dying"
Mr. J berlari mengejar Nayra dan terus memegang tangan Nayra. Mr. J menarik Nayra ke arahnya. Mr. J melihat Nayra dengan nafas yang tidak teratur.
"Bukankah aku ada bagitahu kau yang sekali kau tinggalkan aku, aku akan bunuh diri? " tanya Mr. J
"Tapi... Awak benci saya, saya tak tahu apa patut saga buat lagi melainkan tinggalkan awak. " kata Nayra perlahan
"Kau tahu aku.. Kau tahu aku orang yang macam mana.. " kata Mr. J
"Mr. J, apa awak cakap ni? Maaf saya tak cukup ke? Apa lagi yang awak nak daripada saya?" tanya Nayra
"Tarik balik 3 perkataan terakhir yang kau cakap tadi dan aku akan lepaskan kau pergi. " kata Mr. J mendatar
"Perkataan apa? 'Saya cintakan awak'. Saya tahu awak jijik dengan perkataan tu, tapi perkataan tu ikhlas dari saya dan itu juga perkataan terakhir yang saya nak cakap dekat awak. " kata Nayra sayu
"That's why aku suruh kau tarik balik perkataan tu. Sebab kau buat aku bencikan diri aku lagi untuk mahukan kau lagi dan lagi." kata Mr. J
"Saya tak faham.. Apa lagi yang awak nak daripada saya? Saya ingat awak benci saya, saya ingat awak jijik untuk tengok saya. Habistu kenapa awak masih kejar saya hanya untuk suruh saya tarik balik 3 perkataan tu? " tanya Nayra geram
"Sebab kau tu aku punya dulu dan sekarang kau masih aku punya. Aku sayangkan kau lebih daripada hidup aku sendiri dan aku maksudkannya. " kata Mr. J
Nayra menarik tangannya daripada Mr. J dan meleraikan tautan mata mereka.
"Jangan suka saya, jangan maafkan saya. Benci saya. Sebab saya tak rasa yang saya boleh bersama dengan awak lagi.. " ujar Nayra sayu
"Apa kau cakap ni? Kau cakap kau cintakan aku!! Adakah itu satu penipuan juga huh?!! " tengking Mr. J
"Betul saya cintakan awak. Tapi mama dan papa saya takkan gembira kalau saya bersama dengan anak orang yang bunuh mereka.
Jadi, lupakan saya. Saya percaya awak akan jumpa dengan orang yang lebih baik daripada saya. Orang yang sempurna, orang yang ikhlas cintakan awak dan akan korbankan segalanya untuk awak.. " kata Nayra
"Nayra Daniesya.... " panggil Mr. J
"Saya tak sempurna.. Saya malu dengan diri saya sendiri sebab lakukan semua benda ni. Saya benci diri saya sendiri, tapi saya rasa ini adalah jalan yang terbaik.. Goodbye.. "
Nayra terus lari daripada situ dan tinggalkan Mr. J yang terdiam dengan airmata yang mengalir dipipinya. Nayra menyembunyikan dirinya disebalik dinding dan menangis.
'Saya tak sempurna.. Saya hanya menggunakan jantung bateri. Saya mungkin tak dapat hidup lama.. Ianya akan menyusahkan hidup awak kalau kita bersama..
Saya tak ada apa-apa berbanding awak.. Have a good life, Jayden.. ' desis hati Nayra
-BERSAMBUNG-
Jangan lupa vote dan comment.
![](https://img.wattpad.com/cover/277996516-288-k528473.jpg)
YOU ARE READING
MR. J [C]
RomanceGangster Lover Series [BOOK 1] Mr. J x Nayra Daniesya Kisah seorang doktor psychiatrist dan seorang putera yang mempunyai mental illness. Nayra Daniesya - Seorang doktor psychiatrist yang ditukarkan dari New York ke Malaysia. Dia disuruh untuk meraw...