"I smile but inside i'm dying"
Selepas bangun daripada tidur, Nayra duduk di meja lalu membuka komputernya. Nayra mencari maklumat mengenai Mr. J. Ada banyak artikal mula naik di paparan skrin komputer Nayra.
"He's one of the biggest criminal, tapi pemerintah tak boleh tangkap dia sebab dia adalah keturunan diraja, dan juga anak kepada Raja."
Nayra membaca artikel tersebut. Nayra mula scroll ke bawah artikel itu dan nampak artikel tentang kekasih Mr. J yang mati. Nayra membaca artikel itu.
"Kekasih Mr. J mati di depan Raja dan Permaisuri disebabkan oleh pengkhianatan. Mr. J tidak dapat berbuat apa-apa dan dikritik kerana tidak membantu perempuan itu."
"Ini ke sebab dia mempunyai depression yang teruk? "
Nayra berasa sedih dengan apa yang berlaku kepada Mr. J. Tiba-tiba, Nayra mendapat message daripada seseorang. Nayra pun membuka message tersebut
[message]
"Cik Nayra, boleh cik datang ke rumah Mr. J sekarang? Kami betul-betul memerlukan awak sekarang ni. "
"Okey, beri saya location awak. "
Nayra keluar dari biliknya. Langkahnya terhenti apabila dia ternampak beg dengan nota. Nayra mengambil nota tersebut dan baca.
"Jangan rawat dia! Dia tidak boleh dirawat. Dia sememangnya gila! Kau boleh jadi orang seterusnya yang akan dapat mental illness seperti dia juga kalau kau rawat dia juga. Fikirkanlah"
"Crazy. Ingat ini zaman apa huh hantar nota-nota bagai tak bagi aku rawat pesakit aku? " ujar Nayra
Nayra membuang nota itu dan keluar.
.
.
.
.
.
.Nayra keluar dari teksi dan melihat alamat rumah yang diberikan oleh orang yang message nya tadi.
"Uhm, Hello? " tegur Nayra
Sepi... Tak ada sesiapa yang menjawab panggilan Nayra.
"Hello? Ada sesiapa tak disini? " tegur Nayra lagi
Lagi sekali tiada jawapan untuk Nayra. Nayra melihat message itu sekali lagi untuk memastikan yang dia berada di rumah yang betul.
"Cik Nayra? " tegur seseorang
Nayra terkejut akibat orang itu menegurnya dari belakang. Nayra memegang pipinya dan menarik nafas yang panjang kemudian dilepaskan.
"Maaf kalau saya buat cik terkejut. " ujar lelaki itu.
"Ahh tak apa. By the way, ini rumah Mr. J? " tanya Nayra
Lelaki itu hanya diam dan ingin bersalaman dengan Nayra.
"Nice to meet you, Saya Darren Arian. I'm gangster. Dan kawan kepada Mr. J. " kata lelaki itu.
Nayra tidak meyahut tangan itu untuk bersalam kerana dia tidak mahu tahu tentang kesakitan Darren.
"Saya minta maaf sebab tak boleh salam dengan awak sekarang. Tangan saya ada berjuta-juta kuman sekarang ni. " tipu Nayra
"Haha tak apa. Bye the way, terima kasih sebab sudi datang lebih awal dari sepatutnya, Cik Nayra. " ujar Darren.
"Tak apa, tapi kalau boleh jangan panggil cik. Panggil Nayra je. " kata Nayra
Darren hanya menganggukkan kepalanya
"Boleh saya tanya awak beberapa soalan sebelum saya berjumpa dengan Mr. J? Ada sesuatu yang tidak beberapa jelas untuk saya selepas baca data yang awak bagi dekat saya. " ujar Nayra
YOU ARE READING
MR. J [C]
RomanceGangster Lover Series [BOOK 1] Mr. J x Nayra Daniesya Kisah seorang doktor psychiatrist dan seorang putera yang mempunyai mental illness. Nayra Daniesya - Seorang doktor psychiatrist yang ditukarkan dari New York ke Malaysia. Dia disuruh untuk meraw...