3 tahun yang lalu,Pisau yang berada di tangan direnung dalam. Jika pilihannya ingin mengambil nyawa sendiri, nerakalah tempatnya. Cermin dihadapan direnung. Terlihat lingkaran hitam di bawah matanya serta kumis dan rambut yang semakin panjang tidak terurus.
"Baik kau mati je. Hidup pun tak guna. Hahaha!" pantulannya sendiri mengejeknya.
"KAU DIAMLAH!!!" jeritan amarah yang sungguh kuat dilemparkan kepada bayangan yang tidak wujud.
"Betulkan aku cakap? Kau cuma menyusahkan mak bapak kau je. Dasar anak tak guna!" ejekan itu makin menjadi-jadi.
"AKU KATA DIAMLAH BODOH!!!" cermin yang seolah-olah mengejeknya itu ditumbuk sehingga berderai. Sakit langsung tidak terasa. Darah mengalir disebabkan kaca-kaca yang tertusuk itu tidak diendahkan. Jeritan yang kuat itu menyebabkan tangisan bayi yang berada dalam bilik itu.
"KALAU KAU TAK KAHWIN DENGAN DIA, DIA TAKKAN MATI!!!!"
Rais terus terduduk apabila mendengar tangisan halus bayi itu. Pisau pada tangannya dijatuhkan dan dia menangis semahunya. Tangisan itu seolah-olah mengejutkan dia dari dunia ciptaannya sendiri.
Air mata bukan hanya untuk makhluk yang dinamakan perempuan. Kehilangan orang yang dia cinta dan sayang membuatkan hatinya lemah.
Puan Hanim segera ke bilik anaknya apabila mendengar jeritan dan deraian kaca. Pintu bilik itu diketuk berkali-kali. Yang paling dirisaukan ketika ini adalah bayi yang sedang menangis di kamar itu.
"Rais bukak pintu ni nak!!! Rais!" Puan Hanim segera mencari kunci pendua apabila pintu bilik itu tidak dibuka.
"Aku tak sanggup dah...ambillah nyawa aku ni..." Otaknya sudah tidak boleh berfikiran waras. Disebabkan emosi yang tidak terkawal, dia bertindak seperti ini.
Nyawa yang ada diminta-minta diambil. Manusia memang tidak pernah bersyukur, bukan? Ikhtiarlah selagi hayat dikandung badan.
"Astagfirullahalazim. Apa yang Rais buat ni?!" luruh hati Puan Hanim melihat anak yang terduduk di lantai bilik mandi seperti itu. Puan Hanim segera mengambil bayi diatas katil itu. Punggung kecil itu ditepuk perlahan untuk memujuknya.
Rais hanya termenung. Dengan air mata yang tidak berhenti mengalir. Telinganya tidak lagi mendengar tangisan anaknya. Puan Hanim yang baru sahaja masuk ke bilik mandi tidak dihiraukan.
"Kenapa buat macam ni Aidan? Tak sayang ibu ke? Rais nak tinggalkan ibu? Jangan buat macam ni lagi, Rais." rayu Puan Hanim sambil muka anaknya ditampar perlahan berkali-kali.
"Rais yang patut mati..." dia berkata dengan suara yang sangat lemah. Seperti dalam keadaan sedar tidak sedar.
"Mengucap nak... Ingat Allah, kalau kita sakit mengadu pada dia. Bukan ini caranya." Mengalir juga air mata yang sudah lama ditahan. Rais hanya mendiamkan diri.
"Ajal maut di tangan Allah. Jangan kita mempersoalkan takdir Allah. Ingat Rais Allah berhak sepenuhnya keatas kita."
"Mungkin ini balasan Allah atas dosa-dosa Rais...Rais nak sembuh ibu..." Tangan tua itu digenggam lalu dicium lembut. Sangat menyesal dengan kesilapannya. Dia seakan-akan baru tersedar dari perbuatannya yang ingin mengambil nyawanya sendiri.
Puan Hanim mengangguk lalu mencium kepala anak tunggalnya itu. Mana ada emak yang sanggup melihat keadaan anaknya sebegitu rupa. Ini merupakan kali ketiga percubaannya untuk membunuh diri dan kali ini adalah yang paling teruk.
"Rais kena minta tolong Tuhan dan usaha untuk sembuh..."
YOU ARE READING
Mencari Hati (ON HOLD)
Romance( PREVIOUSLY KNOWN AS ARCANE ) A story where a fashion designer meet her chef. He was broken and she is reliable. Pertemuan Aidan Rais dan Kayla William di Switzerland telah membawa kepada perkahwinan yang dirahsiakan daripada kedua-dua keluarga. Be...