3

44 13 5
                                    


"Misha dah nak bersalin kan bang. Tak sabarnya saya nak dapat cucu!" kata umi Aura, Puan Maryam. Nampak kegembiraan terpancar pada wajah tua itu.

"Itulah cepat sangat masa berlalu. Rasa macam baru semalam abang jadi wali dia." ujar Encik Asri. Aura yang mendengar itu hanya mendiamkan diri. Dia hanya meneruskan suapannya.

Aura merupakan anak kedua daripada tiga orang adik beradik. Ketiga-tiganya adalah perempuan. Dalam kalangan mereka, dialah yang agak kasar sedikit berbanding adiknya, Miza dan kakaknya, Misha.

Walaupun sudah berumur 26 tahun, dia masih menetap di rumah ibu bapanya disebabkan dia masih bujang. Miza menetap di kampus dan kakaknya sudahpun berkahwin. Jadi, hanya ibu bapanya dan dia sahaja berada di rumah.

"Aura, umi nak tanya ni. Aura dah ada boyfriend ke?" terjah Puan Maryam. Aura yang sedang makan itu terus tersedak apabila mendengar soalan uminya. Soalan cepumas betul ni.

Encik Asri terus menghulurkan air kepada anaknya. Belakang badan Aura ditepuk perlahan. Selepas air masak itu diteguk baru dia menjawab soalan 'pelik' uminya.

"Tak ada." jawab Aura dua patah. Nasi kembali disuapkan ke dalam mulut. Umi ni tak pernah pernah tanya soalan tu. Seriau aku!

"Umi tanya je. Sebab umur Aura dah 26 kan tahun ni. Dah boleh kahwin sangat ni, kan bang?" kata Puan Maryam dengan senyuman. Sekali lagi Aura hampir tersedak.

"Yam...mungkin Aura ada calon tu. Cuma dia malu nak beritahu kita." kata Encik Asri kepada isterinya. Aura rasa dia perlu jujur dengan ibu bapanya.

"Bukan. Umi ayah, Aura tak nak kahwin." kata Aura serius.

"Apa?!" jerit Puan Maryam dan Encik Asri. Jelas mereka terkejut. Ingat lawak kah?!

"Iya, Aura dah berjanji dengan diri yang Aura nak beli beras guna duit sendiri sampai akhir hayat. #singleforever." kata Aura yakin dengan senyuman lebar. Pendirian kena teguh.

"Mana boleh macam tu Aura. Kenapa taknak kahwin Aura? Nabi tak mengaku umat nak..." balas Encik Asri. Wajah isterinya dipandang sekilas. Jelas masih terkejut dengan kenyataan anak keduanya itu.

"Kalau Aura kahwin, siapa nak jaga Umi dengan ayah?" soal Aura sambil memandang orang tuanya.

"Kami boleh jaga satu sama lain." jawab Puan Maryam dan Encik Asri serentak.

"Aura busy dengan butik. Nanti kesian dekat suami Aura sebab kurang kasih sayang."

"Alasan. Kamu bukan duduk butik 24 jam pun. Dari jam 9 sampai 5 sahaja." bidas Puan Maryam. Dengan anaknya seorang ini memang keras kepala. Ada sahaja yang dibalas olehnya.

"Aura tak ada calon!" Aura jerit kecil. Dia tak mahu kahwin. Di perah otaknya untuk mencari segala alasan.

"Kami carikan calonnya ya!" balas Puan Maryam dan Encik Asri serentak. Chemistry mereka memang tak dimamah usia.

Aura terus mendiamkan diri. Dia cepat-cepat menghabiskan makanan dalam pinggannya supaya boleh keluar dari perbualan kematian tadi.

Puan Maryam dan Encik Asri memang sudah masak dengan perangai Aura itu. Yang penting sekarang adalah 'Misi Mencari Calon Menantu' is ON !



Keesokan paginya, Aura keluar awal dari rumah untuk mengelak daripada umi dan ayahnya. Dia tidak mahu mendengar segala perkara tentang perkahwinan. A big NO!

Setelah memarkir kereta, enjin dimatikan. Dia melihat cermin kecil di hadapan untuk membetulkan sedikit shawl di kepalanya.Setelah itu, dia mencapai beg tangan dan buku lakaran bersaiz A4 serta iPad sebelum keluar dari kereta Honda Jazz miliknya.

Kakinya yakin melangkah ke dalam butik bernama Couture. Terlihat seorang lelaki dan perempuan sedang berbual di kaunter. Beberapa pekerja sedang menyusun baju-baju dan ada yang sedang mengemop lantai. Kakinya terus menuju ke arah kaunter butik itu.

"Assalamualaikum." kata Aura kepada dua orang yang sedang rancak berbual.

"Waalaikumsalam. Oi terkejut aku nyah. Kau ni lain kali ketuk-ketuk sikit pintu tu." balas Azizi atau panggilan manjanya Jiji. Dia lelaki tulen ya semua. Cuma perwatakan dia memang begitu.

"Hahaha. Itulah korang rancak bergosip sangat kan sampai orang masuk pun tak perasan." kata Aura sambil meletakkan beg tangannya di atas kaunter.

"Kami bukan bergosip la Aura. Kami bual pasal ada satu brand ni dia punya design lebih kurang kita. Setiap kali kita release new design mesti dia releaese jugak. Dah la sebiji sejebon." tepis si gadis itu pula.

"Ala, maybe tak tersengaja tersama la tu. Husnuzon jela ya..." kata Aura sambil membelek iPadnya takut terlepas email-email penting.

"Cik Aura kalau sekali tu mak boleh terima tau. Dah dekat setahun aku duk perati je brand tu. Kau rasa tak ke sakit hati mak ni?!" balas Jiji dengan tangan sudah bercekak pinggang.

"Eh Ji, aku bukan anak kau ya. Ayah aku tak pernah beritahu pulak yang dia ada kahwin dengan kau." usik Aura dengan senyuman. Dia hanya bergurau sahaja dengan teman baik dia seorang ni.

"Dahlah baik mak pergi jahit baju datin liplap-liplap. Masak mak kalau tak siap!" kata Jiji sebelum dia bergerak ke bilik jahit butik itu.

Aura hanya tersenyum memerhatikan gelagat rakan baiknya itu. Aura memandang Umairah iaitu perempuan yang berbual dengan Jiji pada mulanya.

"Umai, nanti send financial report bulan ni pada aku boleh?" tanya Aura serius kepada Umairah.

"Baik boss Aura. Aku hantar sekarang." balas Umai dengan tabik hormat. Dia memang faham perangai Aura yang mengambil serius dalam pekerjaan. Dia pun terus bergerak ke bilik kerjanya meninggalkan Aura di kaunter seorang diri. Umairah teringat akan perjalanan mereka untuk sampai ke tahap ini.

Mereka bertiga memulakan bisnes ini sejak 3 tahun yang lalu tetapi persahabat mereka telah bermula sejak 6 tahun yang lalu. Mereka kenal disebabkan mereka ialah classmate zaman degree. Sememangnya ada yang manis dan ada yang pahit.

Mereka berniaga dari bawah kanopi di pasar malam sehinggalah berjaya membuka butik. Memang sukar buat mereka bertiga untuk sampai ke tahap ini. Banyak pengorbanan dan wang yang telah dilaburkan. Sebenarnya memang tiada gelaran bos antara mereka bertiga kerana mereka menubuhkan butik ini bersama-sama.

Aura adalah head designer butik ini. Dia yang akan mengeluarkan idea utama untuk design baharu. Jiji pula memang akan berganding dengan Aura. Dari pemilihan fabrik, cutting mereka berdua adalah ketuanya. Umairah pula menguruskan marketing dan financial butik tersebut. Ketiga-tiga mereka mempunyai bahagian kerja masing-masing.

Sebelum dia berjaya, makcik dan pakcik Aura memperlekehkan pilihannya untuk mengambil Ijazah Sarjana Muda Fesyen dan Pemasaran. Kata mereka 'bukan pergi ke mana pun, habis belajar jadi tukang jahit aje'. Kata-kata itu didengari setiap kali mereka berjumpa.

Pada awalnya, Aura agak baran. Pernah sekali dia membalas "Elok juga saya jadi tukang jahit, boleh saya jahit mulut makcik yang lancang mengata orang tu." Bukan niat dia untuk kurang ajar tetapi kesabarannya sudah sampai hujung tanduk.

Lama-kelamaan, dia sudah malas melayan mulut cabang ahli keluarga besarnya itu. Aura hanya memekakkan telinga. Dia tidak mahu orang berkata ibu bapanya tidak pandai mengajar anak. Cukup sekali dia menjawab sudah dicanang kepada semua orang bahawa dia budak kurang ajar.

Ahli keluarga terdekatnya sahaja yang banyak memberi dorongan dan sokongan kepadanya. Keluarga mereka adalah keluarga berstatus sederhana sahaja. Ayahnya merupakan seorang buruh dan uminya pula ialah guru sekolah menengah yang bakal pencen tidak lama lagi.

Dengan sedikit kekayaan yang dikurniakan Allah SWT sekarang ini, dia mahu membalas semula jasa ahli keluarganya.

Mencari Hati (ON HOLD)Where stories live. Discover now