4

45 11 2
                                    

Sedang Rais makan sarapan bersama ibunya, dia menceritakan kejadian di supermarket tempoh hari kepada ibunya. Termasuk 'Aunty Baik' yang telah menolong Adam.

"Rais tak jumpa ke orang yang tolong Adam tu?" soal Puan Hanim kepada Rais. Teringin mahu tahu siapa gerangan wanita itu.

"Tak ibu. Pekerja tu cakap dia hanya tinggalkan Adam dekat kaunter tu." jawab Rais sebelum menghabiskan suapan terakhirnya.

"Bahaya sekarang ni Rais. Kamu jangan leka. Ibu bukan apa, Adam tu semua orang dia anggap orang baik." pesan Puan Hanim. Cucunya memang gemar tambah perkataan baik pada nama orang.

"Hahahahaha. Betul tu." Rais menggelengkan kepalanya apabila memikirkan telatah anaknya seorang itu. Adam, Adam.

"Rais, ibu nak ajak kamu balik kampung arwah ayah kamu hujung minggu ni." ujar Puan Hanim lembut kepada anaknya.

"Boleh juga ibu. Rais pun ingat nak melawat kubur arwah ayah." balas Rais sebelum menyisip kopi panas di hadapannya. Kampungnya berada di Kuala Terengganu. Jadi agak jarang untuk mereka pulang ke sana.

"Kalau macam tu, sekejap lagi ibu bagitahu Maksu yang kita nak balik kampung." kata Puan Hanim.

"Rais nak mandikan Adam dulu ya ibu." Rais meminta izin sebelum bangun untuk naik ke tingkat atas untuk memandikan anaknya. Puan Hanim hanya memerhati kepergian Rais.







Jam baru sahaja menunjukkan jam 8.30 pagi ketika Rais ke bilik anaknya. Sebelum ke kerja, sememangnya dia akan menyiapkan Adam terlebih dahulu untuk meringankan urusan ibunya. Pada awalnya Rais bercadang untuk menghantar Adam ke pusat asuhan tetapi Puan Hanim bertegas untuk menjaga Adam.

Pintu bilik Adam dibuka lalu dibuka perlahan. Rais menuju ke katil anaknya dan melabuhkan punggung di birai katil. Tubuh kecil itu ditepuk lembut.

"Adam...Adam, wake up."

"Papa..." Mata yang comel itu terbuka sedikit. Tangan kecilnya naik untuk menggosok mata.

"You want a morning hug?" soal Rais sambil mengusap kepala Adam.

Adam terus duduk lalu memeluk bapanya erat. Kepala diletak pada bahu Rais. Rais tersenyum dan membalas pelukan anaknya. Dia bersyukur kerana dikurniakan anak seperti Adam. Adam anak yang hebat, tidak meragam apabila dikejut daripada tidurnya.

"Now, jom papa mandikan Adam," ujar Rais setelah lima minit mereka berkeadaan begitu.

"Okay, papa."

Rais mendukung Adam ke bilik mandi. Inilah rutin hariannya sebagai bapa tunggal. Semua urusan diri dan anaknya dilakukan sendiri. Dia bersyukur kerana ibunya sanggup tinggal bersamanya membantu menguruskan Adam.

Sebelum ini ibunya merancang untuk tinggal di kampung selepas Rais menghabiskan ijazah sarjana mudanya 3 tahun lepas. Rais merasakan dia yang merosakkan perancangan ibunya. Dia tidak pernah berhenti meminta maaf pada ibunya walaupun ibunya sudah memaafkan dia.

"Alright, anak papa dah siap." Tiba-tiba telefonnya berdering kuat. Telefon yang berada di atas katil dicapai. Nama Harraz terpapar pada nama pemanggil.

"Hello, assalamualaikum." Sapa si pemanggil.

"Waaalaikumsalam. Ada apa Harraz pagi-pagi dah call ni?" soal Rais kepada sahabatnya.

"Kenapa tak boleh ke nak call pagi?" balas Harraz dengan intonasi guraunya.

"Ish, kau ni! Call aku pagi-pagi ni mesti adalah tu benda yang kau nak kan?" ujar Rais yang sudah masak dengan perangai sahabatnya seorang ini. Kaki kipas, kaki mengenakan orang tak lain tak bukan adalah Harraz.

"Hehehe, macam tahu-tahu je. Is, sebenarnya aku nak ajak kau pergi reunion kelas kita bulan depan." kata Harraz.

"Aku tak tahu lagi lah Harraz. Kalau tengok tarikh tu memang aku cuti, tapi kesian pula anak aku." Pada hari cutinya, Rais akan meluangkan masa seharian bersama anaknya kerana cutinya hanya sehari dalam seminggu.

"Apa kata kau bawa Adam pergi reunion tu. Aku pun dah lama tak jumpa budak comel tu." Cadang Harraz.

"Boleh juga tapi aku tak janji ya. Jadi, jangan berharap sangat." balas Rais.

"Ala Aidan Rais bin Ramlan...Pretty pleaseeeee...Tak baik tau hancurkan harapan aku." rayu Harraz bersungguh-sungguh.

"Aduh kau ni. Yela aku pergi." Pada akhirnya Rais setuju juga. Sejujurnya dia memang cepat kalah dengan pujuk rayu Harraz. Terhad kepada Harraz dan Adam sahaja.

"Thank you Is! Kau memang sahabat dunia akhirat!" Kata Harraz sebelum dia menamatkan panggilan. Rais hanya menggelengkan kepalanya. Ada saja Harraz ini.





Seperti biasa Rais bergerak ke tempat kerjanya pada jam 9 pagi. Dia bekerja sebagai tukang masak di restoran utama Traders Hotel. Dia mula bekerja disitu sejak 2 tahun yang lalu selapas selepas dia sembuh dari 'sakit' yang dihadapinya.

Dia hanya menaiki motosikal untuk mengelakkan kesesakan trafik. Jarak antara tempat kerja dengan rumahnya juga hanya 30 minit.

Motosikalnya diparkir di parkir bawah tanah hotel itu yang dikhaskan untuk pekerja hotel sahaja. Topi keledar dan jaketnya ditanggalkan dan diletakkan diatas motosikal itu. Langkah dihayun kearah lif untuk naik ke tingkat atas.

"Morning." Sapa Umar iaitu teman kerja Rais apabila dia melangkah masuk ke bilik locker restoran.

Umar adalah ketuanya. Jejaka berumur 40-an itu lebih berpengalaman berbanding dia yang setahun jagung. Umar yang banyak membantunya dalam mempelajari ilmu masakan sepanjang dia bekerja di restoran itu.

"Morning bang." Balas Rais dengan senyuman. Beg galasnya diletakkan ke dalam locker sebelum dia mengikat kemas bandana hitam di kepalanya. Kemudian dia mengikat apron di pinggangnya lalu kotnya dikemaskan sedikit.

"Jom, dah handsome dah tu." Kata Umar dengan tepukan pada bahu Rais. Rais tersengih malu.

"Biasa saja bang."

"Pekerja perempuan restoran ni semua cakap pasal kau saja. Itu kau cakap biasa." Balas Umar sambil menuju ke ruang dapur diikuti Rais.

Rais hanya mendiamkan diri. Dia tidak mahu dikaitkan dengan mana-mana gadis di tempat kerjanya. Dia baru sahaja memulakan kariernya 3 tahun lepas jadi dia tidak mahu prestasi kerjanya terganggu.

"Termenung jauh kau ya, dah jom start kerja." Tegur Umar apabila mendapati Rais tidak membalas.

Bagi Umar, Rais adalah seorang yang sangat merendah diri dan sentiasa komited dengan pekerjaannya. Tidak pernah dia mendengar Rais dikaitkan dengan mana-mana wanita yang bekerja di situ.

Rais juga seorang yang sangat berahsia. Baru sebulan lepas dia mengetahui status Rais adalah duda anak satu. Selama ini Umar berfikir bahawa Rais adalah teruna kerana umurnya yang baru berusia 26 tahun.

Rais hanya mengangguk dengan senyuman manis apabila mendegar teguran Umar.

Mencari Hati (ON HOLD)Where stories live. Discover now