Rais mengambil keputusan untuk menuju kearah Harraz yang berada bersama seorang lagi rakannya, Daniel.
"Is, mana Adam?" Soal Harraz apabila tidak melihat kelibat Adam bersamanya.
"Dia nak duduk dengan Aura." Rais menjawab dengan wajah yang sedikit cemberut.
Tiba-tiba Harraz menggelakkan rakannya itu. Rais agak pelik melihat reaksi Harraz.
"Kenapa gelak?"
"Aku rasa tak lama lagi ada orang naik pelamin," ujar Harraz dengan wajah selambanya.
"Oh, siapa yang nak kahwin?"
Harraz tidak menjawab pertanyaan polos Rais. Slow betullah dia ni!
"Dah berapa tahun kau balik sini, Rais? Setahu aku kau sambung kulinari dekat oversea kan?" Celah Daniel.
"Dah 3 tahun aku stay sini. Habis degree aku terus balik Malaysia."
Kemudian, mereka terus berbual mengenai kerja hakiki dan kesibukan hidup mereka. Sudah lama tidak berjumpa pasti banyak kisah dan cerita mahu dikeluarkan.
"Aku tak tahu kenapa Adam suka berkepit dengan Aura." Keluh Rais apabila hanya mereka ditinggalkan berdua kerana Daniel terpaksa pulang terlebih dahulu disebabkan kerja.
"Is, Adam tu tak ada figura ibu dalam hidup dia. Aku nampak kasih sayang yang bagi tak pernah kurang."
Rais hanya berdiam dan dengar apa yang diperkatakan oleh sahabatnya.
"Tapi Is, kasih sayang seorang ibu tak sama dengan kasih sayang ayah. Kita lelaki tak ada naluri and lemah lembut orang perempuan." Sambung Harraz lagi.
"Aku faham. Tapi apa patut aku buat?" Sejujurnya Rais merasakan dia bukan bapa yang cukup baik.
"Aku rasa kau kena bagitahu Adam pasal Kayla. Sebab haritu dia tanya aku kenapa dia ada papa saja. Mama tak ada."
"Adam tanya kau?" Rais agak terkejut dengan pernyataan Harraz.
"Yes, kau cuba slowtalk dengan dia. Cerita sebab apa Kayla pergi."
Rais seperti baru tersedar kesalahannya. Dia tidak pernah menyebut perihal arwah isterinya pada Adam.
"Is, kau orang hebat. Tak semua orang mampu jadi single-father. Tengok Adam membesar selalu happy. Kau berjaya besarkan dia Is."
Bahu Rais sudah ditepuk oleh oleh Harraz. Meyakinkan dia bapa yang hebat dan sudah sempurna. Mereka berdua menoleh kearah Aura dan Adam yang sedang rancak berbual.
Wajah Adam sangat gembira dan bersinar.
"Why aunty cry?" Soal Adam apabila melihat ada kesan air mata pada pipi Aura.
"Aunty cry sebab aunty happy." Aura menjawab dengan senyuman. Sisa air mata dilap dengan belakang tangan.
"Happy? Tapi kenapa cry?"
Aura tersenyum mendengar soalan Adam. Baginya Adam masih kecil lagi untuk memahami jawapan untuk soalan itu.
"Nanti, bila Adam dah besar Adam faham kenapa kita nangis bila kita terlampau happy." Jelas Aura sambil menepuk lembut kepala Adam.
"Bila Adam besar aunty ada dengan Adam?"
Aura terdiam mendengar soalan kanak-kanak itu. Hati Aura berbisik sesuatu.
Aunty bukan ibu Adam.
"Adam, dengar sini aunty cakap." Tangan Adam dicapai Aura. Matanya memandang tepat mata hijau bulat itu.
YOU ARE READING
Mencari Hati (ON HOLD)
Romance( PREVIOUSLY KNOWN AS ARCANE ) A story where a fashion designer meet her chef. He was broken and she is reliable. Pertemuan Aidan Rais dan Kayla William di Switzerland telah membawa kepada perkahwinan yang dirahsiakan daripada kedua-dua keluarga. Be...