6

12 2 0
                                    

Keesokan paginya, Rais, Paksu dan 2 orang sepupunya berjalan ke masjid untuk menunaikan solat subuh berjemaah. Menikmati pagi sambil berjalan menuju ke rumah Allah. Inilah nikmat yang sangat disukai oleh Rais.

"Mung balik besok pagi ya Rais?" soal Paksu sambil mereka berempat berjalan pulang ke rumah.

"Ya paksu." Jawab Rais dengan senyuman yang tidak lekang di bibirnya.

"Ala...bang duk le lama sikit," ujar Fahim, iaitu anak kedua paksunya.

"Mung ni. Abang Is kan kija. Dok leh cuti suka hati." Marah anak sulung paksunya, Fahmi.

"Kekgi, kalu abang cuti abang khabor." Kata Rais kepada kepada kedua sepupunya.

"Dah besor jjalo duk baloh mulut," ujar paksunya dengan gelengan. Kedua-dua remaja itu terus mendiamkan diri.

"Is ingat nak pegi kubor arwah ayah lepas sarap." Celah Rais.

"Paksu ingat nak ikut sama. Lupa ada kija."

"Dakper Paksu. Is gi sorang."

"Okaylah kalu gitu."






Selepas sarapan, Rais terus menunggang motosikal milik Paksunya untuk ke tanah perkuburan. Adam pula ditinggalkan bersama ibunya.

Rais memberi salam apabila sampai di tanah perkuburan itu. Dia mencari kubur ayahnya dan menjumpainya masih elok terjaga. Dia membentangkan tikar kecil dan mensedekahkan surah Al-Fatihah dan surah Yassin.

Rumput dan daun kering ditepi kubur dibuang. Rais memegang batu nisan. Setiap kali dia datang ke situ pasti dia akan bercerita dan meluahkan perasaan walaupun tiada balasan.

"Ayah, Is rindu ayah. Alhamdulillah ibu sihat." Rais tersenyum bercerita tentang ibunya.

"Mesti bestkan ayah dekat syurga? Is harap dapat peluang jumpa ayah kat sana."

"Isteri Is mesti kat sana juga." Rais menjeda. 

"Ayah, Is redha tapi kenapa hati Is masih sedih lagi?"

Soalan yang belum pernah terungkai jawapannya walaupun sudah 4 tahun berlalu. Rais berjanji tidak akan pernah berhenti mencari jawapan itu.







"Papa, Adam nak see kambing boleh?" Tanya Adam dengan wajah polosnya.

"Jom papa bawak."

Adam dipimpin ke kandang kambing yang berada di belakang rumah. Bersinar-sinar matanya melihat pelbagai haiwan perliharaan neneknya. Seronok Adam berkejar-kejar dengan kambing.

"AHHH! Jangan kejar!" Adam ketawa sambil berlari-lari dari kambing putih di belakangnya.

Rais hanya mengawasi anaknya di pangkin di laman belakang rumah. Kawasan belakang rumah neneknya luas dan bersih walaupun menempatkan reban itik dan kandang kambing. Semuanya diusahakan oleh paksunya.

Tiba-tiba bahunya ditepuk seseorang. Rais memusingkan badannya untuk melihat gerangan pelaku. Rupanya itu ialah neneknya.

"Tok duk sini boleh?" Tanya Nek Aji.

"Eh, duk lah tok." Jemput Rais denngan senyuman. Dia kembali melihat anaknya yang sedang sibuk bermain tanah.

"Mung rindu Mama Adam ya Is?" soal Nek Aji sambil memandang wajah Rais.

"Sentiasa tok." Jawab Rais dengan senyuman.

"Mung ni belum elok betul kang?" Soalan yang dianjurkan kali ini membuat Rais terdiam. Rasa eperti dijerut dengan tali.

"Tok napok Is. Dari mate mung tu nek tahu."

"Is rasa tok lagi pahang hati Is berbanding Is sendiri." Rais ketawa kecil. Dia baru sedar fakta itu.

"Tok sentiasa doakan mung bahagia. Tok dok kesah kalu Is kahwin lagi." Usik Nek Aji.

"Is, kahwin lagi bukan bermakna mung ganti ke dia. Mung kena cari kebahagiaan mung semula InshaAllah, Allah bagi jalan untuk mung dengan Adam."

Rais terdiam kerana Nek Aji seperti boleh membaca apa yang difikirkannya. Tubuh tua itu dipeluk.

"Tok doakan Is ya?" Pinta Rais perlahan.

"Ya Is, tok sentiasa doakan keluarga mung Is."








Pejam celik mereka sudah perlu pulang ke Kuala Lumpur kerana kerja hakiki. Yang terpaling sedih adalah Adam. Mata hijau zamrud itu sudah menakung air mata saat bersalaman dengan ahli keluarga yang lain.

"Apo jebbek bena muka ni?" Tanya Maksu sambil memicit pipi Adam lembut.

Apabila ditanya sahaja soalan itu, sudah banjir air mata Adam. Rais terus mendukung anaknya. Belakang tubuh kecil itu diusap untuk memujuknya.

"Biasalah Maksu, Adam sensitif orangnya." Anaknya memang tidak suka meniggalkan sesuatu apabila dia sudah selesa.

"Cicit Tok ni... Kekgi papa cuti, Adam buleh maghi sini ya?" Pujuk Nek Aji sambil mengusap lembut kepala Adam.

Adam masih lagi tersedu-sedu. Sudah siap bersalaman, Rais ke pintu belakang kereta untuk meletakkan Adam di carseatnya. Puan Hanim turut masuk ke dalam kereta.

"Kami gerak dulu ya!" Rais meminta izin sebelum masuk ke dalam kereta. Kereta itu pun terus bergerak meninggalkan perkarangan rumah.

Mencari Hati (ON HOLD)Where stories live. Discover now