( PREVIOUSLY KNOWN AS ARCANE ) A story where a fashion designer meet her chef. He was broken and she is reliable. Pertemuan Aidan Rais dan Kayla William di Switzerland telah membawa kepada perkahwinan yang dirahsiakan daripada kedua-dua keluarga. Berkahwin pada usia 22 tahun sangat mencabar tetapi diserikan dengan kehadiran bukti cinta mereka. Kepergian Kayla saat melahirkan Adam telah menyebabkan Rais membawa diri ke Malaysia bersama anaknya. "Saya bukan setakat hilang awak, tapi saya hilang diri saya sendiri Kayla." -Aidan Rais Hidupnya sebagai seorang single father tak semudah yang disangka. Luka yang masih basah itu bertambah pedih apabila ibunya sangat marah akan perkahwinan rahsianya. Tanpa sedar telah membawanya ke dalam dunia ciptaannya sendiri dan demi Adam dia tekad untuk sembuh dari 'sakit' itu. Nur Aura, wanita yang sedang berada di puncak kariernya dan didesak untuk berkahwin apabila dia menyatakan kemahuannya untuk kekal solo sehingga akhir hayatnya. Dipaksa untuk 'blind date' beberapa kali membuatkan Aura mengambil keputusan untuk melamar teman sekelas sekolah menengahnya semasa reunion. "If you are still available, will you be my husband?" -Nur Aura Lamaran mengejut itu membuatkan Rais berfikir panjang. Akan tetapi personaliti dan pendirian Aura yang unik membuatkan Rais tertarik. Tetapi mampukah Aura menerima 'kombo anak dan bapak' yang ditawarkan oleh Rais? "Awak sudi nak terima difficult woman macam saya?" -Nur Aura "Accepting is a process and we will learn that process together." -Aidan Rais