Seorang kanak-kanak yang sedang bermain di taman permainan dipandang dengan senyuman. Teringat kali pertama kali mendukungnya, sebagai penanda dia telah bergelar sebagai seorang bapa. Sungguh tak terbayang akan tiba saat itu. Mata hijau zamrud itu mengingatkan dia pada seseorang yang amat dirinduinya. Pernah dia berputus harapan suatu ketika dahulu. 'Ketika' yang tidak mahu dia ulangi lagi."Papa!" jerit anak kecil itu sambil berlari kearahnya Rais. Rais tersentak dari lautan emosinya sendiri. Tangan didepakan menyambut anak lelakinya tadi dengan senyuman.
"Adam...." kepala anak berusia 3 tahun itu dikucup lalu peluh pada dahi itu dilap dengan sapu tangan.
"Papa, jom balik. Adam penatlah," kata kanak-kanak itu sambil memandang ayahnya.
"Alright, but kita kena singgah supermarket dulu sebab nenek kirim barang. Kalau papa tak beli, nenek jadi lion." kata Rais dengan gaya tangan singa. Risau anaknya meragam kerana terlalu penat.
"Takutnya nenek jadi lion, tapi Adam nak...ice cream!" kata Adam ceria. Rais sudah dapat mengagak apa permintaan anaknya itu.
"Only one okay?" pesan Rais sedikit tegas.
"Ay! Ay, papa!" Adam menyambut ceria menampakkan gigi putih yang comel.
Dengan sebelah tangan memegang bakul dan sebelah lagi memimpin tangan Adam. Kebiasaannya dia menolak troli tetapi barang yang ingin dibelinya tidak banyak, bakul lebih sesuai.
"Adam, stay with me okay. Jangan lari-lari. Ramai orang ni." pesan Rais kepada jejaka kecil itu.
"Okay papa." jawab Adam sambil memegang tangan Rais dengan lebih erat. Kebiasaannya dia hanya duduk di dalam troli tetapi hari ini dia perlu berjalan.
Tangan Adam dilepaskan sekejap untuk membelek ikan siakap yang dikirim oleh ibunya. Beberapa ekor ikan tersebut dimasukkan ke dalam plastik untuk ditimbang. Setelah siap memilih ikan, Rais cuba mencapai tangan anaknya tanpa melihat.
"Jom Adam, kita pergi timbang ikan." panggil Rais tetapi tiada sahutan. Dia melihat sekelilingnya untuk mencari anaknya. Tiada.
Rais panik. Dia terus mencari sekitar kawasan bahan basah supermarket itu. Tetapi tidak kelihatan anaknya. Orang di sekeliling yang memandang pelik kepadanya langsung tidak dipedulikan.
"Adam!" panggil Rais sambil melihat setiap lorong supermarket itu. Dia sudah pusing satu supermarket ini tiada. Semua kiriman ibunya sudah dilupakan. Yang penting sekarang adalah anaknya.
Hampir 15 minit mencari, sedikit lagi hendak menitis air matanya kerana kerisauan melampau. Otaknya sudah mula menerawang kearah semua perkara negatif yang mungkin terjadi kepada anaknya. Rambutnya diraup geram kerana terlampau buntu.
Macam mana kalau kena culik?! Kau yang lalai Rais!!! KAU PUNCA!!!
Apabila dia mula mendengar suara ganjil itu, Rais terus beristigfar. Dia sentiasa ingat akan pesanan ibunya. Tarik nafas, Istigfar dan ingat Allah, Rais. Tenang Rais, tenang! Mulut tidak berhenti memanggil Adam, mencarinya di dalam supermarket itu. Hatinya turut berdoa agar Allah melindungi anaknya itu.
Tiba-tiba, terdengar bunyi loceng pengunguman. Aidan berhenti seketika untuk mendengarnya.
"Kepada sesiapa yang kehilangan anak lelaki, berusia dalam lingkungan 4 tahun. Kanak-kanak tersebut memakai baju t-shirt berwarna biru, berseluar hitam dan berkasut. Sila ke customer service di tingkat 1 sekarang juga." pengunguman itu diulang sebanyak dua kali.
Rais yang mendengar itu terus bergegas ke customer service di tingkat 1 supermarket itu. Apabila sampai disana dia melihat susuk tubuh anaknya yang sedang duduk di bahagian dalam kaunter dengan ais krim di tangan.
YOU ARE READING
Mencari Hati (ON HOLD)
Romance( PREVIOUSLY KNOWN AS ARCANE ) A story where a fashion designer meet her chef. He was broken and she is reliable. Pertemuan Aidan Rais dan Kayla William di Switzerland telah membawa kepada perkahwinan yang dirahsiakan daripada kedua-dua keluarga. Be...