SIKSAAN

926 661 53
                                    

ANCAMAN BUAT WANITA YANG TIDAK MEMELIHARA AURAT

Sabda Nabi ﷺ:

“Ada dua golongan dari penduduk neraka yang aku belum melihat mereka sekarang. Suatu kaum yang bersama mereka ada rotan-rotan seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk merotan manusia. Para wanita yang berpakaian tapi hakikatnya telanjang, mereka menggoda lagi membuat orang lain tergoda. Kepala-kepala mereka kelihatan seperti bonggol unta yang miring. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wangi syurga, padahal wanginya boleh tercium dari jarak perjalanan sekian dan sekian.”

(Hadis riwayat Imam Muslim no. 5547)

Nabi ﷺ menyebut tentang wanita yang berpakaian (ertinya menutup) tetapi seolah-olah bertelanjang, disebabkan tidak cukup syarat-syarat dalam berpakaian menutup aurat.

Sekarang ini kita dapat melihat golongan yang disebutkan Nabi ﷺ ini. Ramai yang bertudung tapi sengaja memakai baju ketat yang menampakkan bentuk tubuh badan dengan jelas. Memakai pakaian yang jarang dan menampakkan aurat. Apatah lagi wanita-wanita yang langsung tidak menutup aurat dan berbangga berpakaian mendedahkan tubuh badan tanpa rasa malu.

Satu lagi golongan adalah mereka yang memakai sanggul tinggi untuk kelihatan cantik & berfesyen. Trend sekarang ini pula menyaksikan para wanita muslim melilit turban tinggi dengan pelbagai style yang disangka sudah cukup untuk menutup aurat mereka. Trend ini sangat meluas kerana dipopularkan oleh selebriti-selebriti wanita yang berpengaruh. Sangat menyedihkan.

Wahai para muslimah, jagalah aurat dan maruahmu. Ingatlah ancaman yang diingatkan oleh Nabi ﷺ ini. Jangan sampai dirimu termasuk golongan yang tidak mencium bau syurga!

Na'uzubillahi mindzalik😭💔

#Masyaallah tabarakallah😇
#Hijrah never ending procces🙏🏻

Hijrah never ending procces (END)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang