BAB 9

163 19 4
                                    

Author p.o.v

    " Apa ni? Rantai pemberi semangat?" Soal tzuyu perlahan melihat rantai yang dipakaikan mingyu kepadanya. Hari ni giliran kumpulan dua keluar. Kumpulan dua terdiri daripada 12 orang ahli. Zihao, jeonghan, vernon, hoshi, nayeon, tzuyu, hyewon, yena, yeji, chan, rio dan beomgyu. Mereka akan menggunakan jeti busan setelah kumpulan satu selamat tiba di jeju semalam.

    " Haah. Kalau awak rasa patah semangat, awak cium je rantai ni. Sama macam awak cium saya lah tu.." Muka tzuyu bertukar kemerahan. Mingyu tersenyum menyakat. Tinggal lagi 2minit dan mereka akan keluar dari sini dan diketuai oleh jeonghan.

    " Shua, awak kena jaga diri tau. Kalau saya tak sempat sampai sana, awak kena juga sampai sana. Awak kena pergi sana dari selamatkan saya. Tolong ye shua.. Saya sayang awak." Hyewon memeluk joshua perlahan. Lelaki itu membalas pelukannya erat.

    " Same goes with you hyewon.." Pelukan dileraikan walaupun mereka seperti tak nak berpisah. 1 minit lagi..

    " Janji ganti balik mocha bread saya lepas habis semua ni." Ryujin bersuara dingin. Ada sisa kesedihan di sebalik ayat tegasnya itu. Beomgyu mengangguk perlahan. Dah tiba masanya.. Ahli kumpulan 3 sehingga 6 ke belakang sikit memberi laluan untuk kumpulan 2 keluar dengan segera. Selepas kumpulan 2 selamat keluar, pintu ditutup kembali oleh momo perlahan. Mereka semua memandang melalui tingkap sehingga kumpulan 2 hilang dari pandangan mata mereka.

------

Kumpulan 2 p.o.v

    " Kita tak boleh terus macam ni. Kalau macam ni, nanti tak pasal-pasal kita semua takkan sampai kat sana." Bisik jeonghan perlahan. Dah hampir 2 jam mereka berada di luar namun masih lagi jauh perjalanan. Mereka asyik dikejar oleh zombie sejak tadi.

   " Jadi kau nak buat apa? Nak berpecah? Kau gila ke? kalau ada apa-apa jadi kat rio dengan zihao macam mana?" Nayeon bersuara perlahan. Matanya asyik memerhati zombie dari tempat persembunyian mereka.

    " Habis tu kau nak duduk sini sampai esok ke? Sampai mati?" Soal jeonghan semula. Nayeon kemarahan dan menolak jeonghan sehingga dia terlanggar pasu bunga yang berada di belakangnya. Pasu bunga itu jatuh dan bunyinya menarik perhatian zombie yang dari tadi mencari mereka. Mereka terpaksa berlari lagi sehingga lah...

    " AUCH!" Entah macam mana yeji tersilap step dan terjatuh di tangga. Beomgyu cepat mendapatkan leader itzy dan mendukungnya di belakang badannya kemudian teruskan berlari. Mereka penat berlari sehingga akhirnya tiba di sebuah rumah kosong.

   " Sini cepat! Masuk!" Chan terus menutup pintu selepas semua sempat masuk ke dalam rumah itu. Mereka menarik nafas kepenatan sehingga ada yang terduduk. Yena menilik kaki yeji. Kaki gadis itu kelihatan sedikit kebiruan.

    " Sekarang macam mana? Yeji dah cedera. Entah macam mana dia nak teruskan perjalanan ni. Ni semua salah kau nayeon. Sebab kau tolak aku!" Marah jeonghan. Yeji menahan sakit apabila hyewon membuka kasutnya dan membalut lebam di kakinya.

    " Salah aku?! Salah kaulah han! Kalau kau tak lemah sangat sampai terkebelakang, mesti sekarang ni kita masih kat sana dan masih selamat." Balas nayeon tak nak kalah. Sebelum sempat mereka bergaduh lagi, vernon menghentikan pergaduhan itu.

   " Korang berdua ni tak malu ke bergaduh depan budak-budak ha? Macam kanak-kanak betul. Dahlah yeji cedera. nak uruskan korang yang macam budak-budak ni bukan benda senang." Bebel vernon di situ. Dia memandang hyewon meminta penjelasan kecederaan di kaki yeji. Hyewon menggeleng perlahan.

   " Tak boleh. Dia tak boleh berjalan dalam masa yang terdekat. Kalau tak makin teruk cedera dia. Lagi satu, kalau dia jalan pun, jalan dia akan jadi sangat slow." Jelas hyewon tentang kecederaan yeji. Air mata yeji keluar mengalir menahan kesakitan.

FIGHT FOR ALIVE!Where stories live. Discover now