BAB 13

64 14 0
                                    

Kumpulan 6,

      " Shh.... Diaorang ada kat luar... Kita takde pilihan selain terjun ikut tingkap je..." Kata Wonwoo perlahan. Siapa sangka zombie boleh pecah masuk rumah mereka semalam? Nasib ketika itu mereka semua dah jaga dari tidur. Walaupun zombie pecah masuk, mereka sempat selamatkan diri dengan masuk ke bilik yang menjadi tempat makanan dan minuman disimpan.

      " Hyung, betul ke takde pilihan lain? Macam mana nak turun? Kalau kat rumah ada zombie, kat luar mesti lagi banyak kan?" Soal Dk perlahan dengan nada suara yang risau. Wonwoo memandang ke Wonyoung yang memegang telefonnya sebelum kepalanya muncul satu idea.

      " Wony, phone ada batery tak? Ada? Nak pinjam sekejap. Kalau rosak nanti Oppa belikan yang baru." Agak ragu-ragu Wonyoung nak menghulurkan telefon yang sangat disayanginya. Wonwoo mengambil telefon Wonyoung menarik mereka semua dekat-dekat. Dia nak memberitahu ideanya.

      " Sebelah bilik Twice kan? Pintu bilik tertutup kan? Okey. Rancangan dia macam ni. Kita akan letakkan phone Wony ni kat sebelah dan buka suara besar-besar supaya semua zombie semua tertarik kepada bunyi dan pergi ke bilik sebelah. Lepas tu, kita akan gunakan tali ni dan terjun dari sini untuk lari dari sini." Cadang Wonwoo. Mereka semua bersetuju dengan rancangan itu. Tapi masalahnya...

      " Siapa nak risikokan nyawa letak telefon ni kat bilik sebelah? Zombie kat mana-mana je. Dan kalau jatuh, memang habis dikejar zombie." Soal Dahyun perlahan. Secara tiba-tiba, salah satu ahli kumpulan 6 mengangkat tangan.

     " Unnie? Biar betul... Jangan main-main. Tak lawaklah... Macam mana kalau nyawa Unnie melayang?" Soal Wonyoung perlahan. Wajahnya sangat menunjukkan dia risau dengan Yujin. Yujin tergelak kecil.

      " Takpe. Unnie tak pernah nak berkorban nyawa walaupun Unnie selalu kata Unnie nak korbankan nyawa untuk orang lain. Sekarang ni Unnie nak kotakan janji Unnie selama ni. Tapi Wony, kalau incase unnie tak sempat nak jumpa sesiapa lagi, tolong cakap kat Seungmin Unnie sangat sayangkan dia..." Ucap Yujin perlahan namun mampu membuatkan Wonyoung menangis. Yujin mencapai telefon di tangan Wonwoo dan membuka pintu balkoni. Bersedia nak ke bilik sebelah melalui balkoni.

     " Unnie... Wony sayang Unnie sangat-sangat..." Wonyoung memeluk Yujin. Bibir Yujin mengukir senyuman walaupun agak susah. Dia pun tak nak sebenarnya. Tapi, fikirkan nyawa yang lain... Baik dia berkorban untuk mereka.

     " Oppa, jaga Wony baik-baik eh..." Sempat dia berpaling pada Wonwoo. Wonwoo mengangguk meyakinkan Yujin yang dia akan menjaga wonyoung sedaya upaya dia. Wonyoung ditarik oleh Dahyun dan Yujin melakukan apa yang perlu dilakukannya. Dia masuk ke bilik Twice melalui balkoni. Bilik itu sunyi kerana pintu bilik ditutup. Pintu balkoni bilik Twice ditutup sebelum dia membuka lagu dengan suara yang sangat besar di dalam bilik itu. Senyuman terukir mendengar bunyi pintu bilik itu ditolak dengan kuat oleh zombie di luar.

      " Clear... Takde zombie kat bawah. Turun perlahan-lahan. Dk, kau turun dulu." Arah Wonwoo. Selepas Dk selamat turun, Shuyang, Mayuka, Wonyoung, Chaery, Han, Yeonjun, Dahyun dan Kai mengikut. Akhir sekali Wonwoo turun. Setelah semua dah keluar, mereka berlari menjauhi rumah itu dan menuju ke pelabuhan. Wonyoung sempat memandang belakang namun langsung tak nampak Yujin. Dia mengelap air matanya dan berlari dengan laju.

---------

     2 jam mereka telah berjalan. Matahari memang dah naik. Mereka perlu bergerak dengan berhati-hati kerana zombie ada di mana-mana sahaja. Satu kelemahan zombie ini ialah dia tak nampak. Dia berpandu kepada bunyi. Dan telinganya sangat cekap dengan bunyi. Sebab tu mereka perlu berhati-hati.

      " Itu bukan ke..." Wonwoo menelan air liur perlahan melihat Joshua yang sudah menjadi zombie berlegar-legar di sebuah farmasi. Chaewon turut ada di situ. Dahyun menutup mata Shuyang supaya dia tak melihat di depannya. Keadaan Joshua sangat teruk sekarang ni. Chaewon okey sikit dari Joshua. Dengan serpihan kaca di badannya membuatkan dia nampak sangat mengerikan sekarang ni.

FIGHT FOR ALIVE!Where stories live. Discover now