BAB 11

124 14 1
                                    

Kumpulan 4,

Author p.o.v

    " Hati-hati Hyung.. Korang akan guna laluan yang sama dengan Kumpulan 3, jadi besar kemungkinan korang akan jumpa kumpulan tiga.. Jadi hati-hati. Kalau takde pilihan, kau kena serang je.." Kata The8 menasihatkan Jun. Jun hanya mengangguk. Dia tak nak serang atau gunakan kekerasan ke kumpulan 3, tapi kalau terpaksa, nak buat apa lagi?

    " Lia, jangan patah semangat. Kamu mesti sampai ke Pulau Jeju. Ingat! Soobin bukan korbankan nyawa dia untuk kau mengalah. Ingat tu!" Sana tegas berkata. Sejak mendengar soobin tak dapat teruskan langkah semalam, Lia seperti mayat hidup sekarang. Asyik termenung je.

    " Don't worry noona.. Kitaorang akan pastikan pengorbanan soobin tak menjadi sia-sia.." Sampuk Hyunjin sebelum tersenyum manis. Lia menjadi sedikit bersemangat mendengar kata-kata sana. Ya! Dia kena berusaha.

     " Taehyun yah.. Fighting okay?! Kita jumpa kat Pulau nanti ye?" Chaeryeong bersuara sebelum tersenyum manis. Taehyun membalas senyuman Chaeryeong sebelum bersiap sedia. Masing-masing mengambil nafas panjang. 

    " Semua sedia? Jom!" Kumpulan 4 berlalu keluar. Sana menutup pintu. Dia sedikit risau sebenarnya. Haraplah mereka selamat seperti kumpulan 1. 

---------

    " Jihyo! Kau pergi! Bawa Zeyu dengan Riku ke tempat selamat. Biar Hyung halang ni.. Mingyu, kau ikut diaorang sekali!" Arah Jun pantas menghalang pintu yang ditolak oleh zombie dengan kuat. Sedaya upaya dia tahan supaya yang lain selamat.

    " Tapi..." Kata-kata Mingyu terhenti melihat pintu kaca itu retak. Mata dia membulat besar. Dia menolak Jihyo dan mengarahkan supaya Jihyo membawa yang lain naik ke atas dengan segera. Sebaik sahaja Jihyo hilang dari pandangan mata, pintu kaca itu pecah. Mingyu bersedia dengan apa-apa serangan dari zombie itu.

    " Masuk sini cepat!" Arah Hyunjin. Mereka memasuki rumah kosong itu dan menghela nafas sedikit lega namun mereka tahu mereka tak boleh lega dengan cepat. Hyunjin memandang keluar. Penuh zombie. Hanya ada satu cara mereka nak lari dari sini tapi kalau guna cara tu, akan ada yang terkorban lagi. Sudahlah mereka kehilangan ketua dan mingyu, takkan nak kehilangan lagi?

    " Unnie, unnie keluar dengan Riku dan Zeyu. Minju akan pertahankan korang." Minju berkata tanpa rasa takut mengambil sebuah kayu di situ. Semua mata memandangnya sebelum mata Yuna terlihat sesuatu di tangan minju.

     " Minju unnie, unnie dah kena gigit?" Sebuah gigitan kelihatan tepat di lengan minju. Minju mengangguk perlahan. Nako mula menangis melihat rakannnya yang akan meninggalkannya. Lia terdiam di tepi. Jihyo terkejut. Zeyu menangis tak sanggup nak hadapi semua ni lagi.

    " Yah.. Uljimma.. Jangan nangis nako.. Aku akan okey. Kau kena janji dengan aku kau akan selamat sampai ke sana okey? Dah jangan nangis lagi.. Aku tak suka tengok kau nangis. Korang lari. Aku akan selamatkan korang." Kata Minju perlahan.

   " Aku akan ikut kau minju. Korang semua kena lari." Kata Hyunjin. Belum sempat minju nak membantah, matanya terarah pada kaki Hyunjin. Hyunjin pun telah digigit. Dia mengangguk perlahan.

    " Taehyun, aku serahkan diaorang kat kau. Jaga diaorang baik-baik." Arah Hyunjin. Dia juga mengambil sebuah kayu sebelum membuka pintu dan memukul semua zombie yang ada di situ. Minju mengikutnya selepas itu. Yang lain melarikan diri walaupun tak rela meninggalkan dua ahli mereka di situ.

    " Hyung..." Taehyun bersuara perlahan sebelum mereka berlari sekuat hati. Kayu di tangan minju patah dua. Dia melepaskan kayu dari tangannya dan mengeluh perlahan. Minho, I'm sorry...

Di pelabuhan,

    " Kita tengok dulu bot mana yang boleh bawa kita sampai ke sana.." Kata Jihyo perlahan. Ketika mereka memeriksa satu persatu bot, tiba-tiba dalam sebuah bot, keluar beberapa orang zombie. Masing-masing dah mula takut apa akan jadi tapi ketika itu Yuna telah pun menemui sebuah bot yang sesuai.  

FIGHT FOR ALIVE!Where stories live. Discover now