BAB 10

125 14 0
                                    

Kumpulan 3,

Author p.o.v

     " Macam mana kalau terjumpa ahli kumpulan 2 dalam perjalanan ke sana nanti?" Soal Mina perlahan. Joshua sebagai ketua hanya mengangkat bahu. Kalau masih manusia, bersyukurlah.. Tapi kalau dah jadi zombie macam mana? Tu yang takut. Mereka takkan berani nak belasah kawan sendiri walaupun dalam keadaan kecemasan.

     " 5 minit lagi. Shua hati-hati." Pesan Jun perlahan. Semalam dah dapat berita kumpulan 2, hanya 6 daripada 12 sahaja yang selamat sampai ke Pulau Jeju. Kumpulan 3 mungkin akan lebih kurang je dari kumpulan 2 kalau mereka tak berhati-hati.

   " Jangan risau Jun. Kalau terpaksa gadai nyawa untuk diaorang aku sanggup. Asalkan diaorang semua selamat." Balas Joshua lagi. Bahunya dipukul oleh Jihyo perlahan. Jihyo memandangnya dengan pandangan sedikit marah.

     " Kau fikir Hyewon suka dengar kau cakap macam tu? Kalau ye pun kau tak berjaya nak ke sana, kau kena pertahankan diri jadi manusia. Kau kena berusaha untuk tak jadi mayat hidup. Faham Hong Jisoo?" Joshua mengangguk sebelum tergelak kecil mendengar kata-kata Jihyo.

    " Fighting Soobin ya.. Kalau ada jodoh, adalah kita jumpa nanti eh.." Kata Lia perlahan. Soobin mengangguk perlahan sebelum memeluk gadis di depannya itu lembut. Mungkin pelukan kali terakhir mereka. Mereka tak tahu apa yang akan jadi nanti.

    " Sayang Lia soobin ni pun kena berusaha ye.." Balas Soobin semula. Lia mengangguk perlahan sebelum membalas pelukan soobin. Mereka meleraikan pelukan perlahan. Lia ke belakang sikit memberi ruang untuk soobin dan Kumpulan 3 keluar dari rumah dalam beberapa saat lagi.

    " Sedia? 3...2...1..." Serentak itu, semua ahli kumpulan 3 keluar dari rumah. Pintu rumah mereka kembali ditutup. Masing-masing berharap supaya ahli kumpulan 3 selamat sampai di destinasi mereka.

-------

" Aw.. Sakit..." Soobin berkata perlahan melihat ke arah tangannya yang terkena benda tajam ketika mereka cuba melarikan diri daripada segerombolan zombie tadi. Mina perlahan-lahan mengeluarkan bandage dari beg sandangnya dan melekatkan bandage itu di tangan soobin. Darah membasahi bandage itu.

     " Korang pergila jelah.. Zombie boleh bau darah ni. Bahaya kalau soobin ikut korang. Nyawa diaorang bertiga dalam bahaya." Kata Soobin menunjukkan pada Xinlong, Maya dan Miihi. Mina membuka semula bandage yang dipakai soobin apabila darah dah membasahi keseluruhan bandage itu.

     " Shua, kena cari antibiotik. Takut kuman boleh masuk kat luka ni. Nanti makin teruk jadinya." Kata Mina. Dia dah periksa luka soobin. Tak dalam sangat tapi perlukan antibiotik untuk mengelakkan dia jadi agi teruk.

     " Seungmin, Chaewon.. Kau ikut hyung. Yang lain stay kat sini. Kwan, kau gantikan tempat hyung sebagai ketua buat sementara. Kalau kitaorang tak balik, pergi je terus. Jangan tunggu. Kat Pulau Jeju nanti mesti ada antibiotik." Pesan Joshua. Mereka semua mengangguk. Chaewon dan Seungmin meninggalkan barang-barang miliknya. Hanya bawa senjata. Mereka berjalan kaki dengan perlahan ke farmasi yang terletak tak jauh dari rumah kosong yang ditempati mereka tadi.

    " Masuk cepat..." Bertuah sebab pintu farmasi tak dikunci. Perlahan-lahan Seungmin masuk diikuti chaewon dan akhir sekali Joshua. Seungmin terlebih dahulu ke bilik yang menempatkan ubat-ubatan. Ubat antibiotik dan bandage diambil. Namun akibat kecuainnya, dia terlanggar sesuatu. Bunyi beberapa botol ubat terjatuh menarik perhatian zombie diluar. Joshua menahan pintu menghalang zombie itu masuk.

     " Korang berdua lari cepat! Bagi ubat tu kat mina! Jangan risaukan HYUNG!" Jeritnya kuat. Chaewon dan Seungmin pantas berlari menggunakan pintu belakang farmasi itu. Dia belakang juga terdapat sekumpulan zombie. Chaewon bersedia dengan pemukul di tangannya.

FIGHT FOR ALIVE!Where stories live. Discover now