BAB 17

43 5 0
                                    

Author p.o.v

     " Baiklah. Semua dah sedia ke?" Soal Scoups perlahan melihat kesemua ahli yang masing-masing dah siap dengan pistol air dan belon air masing-masing. Kesemua pistol dan belon itu diisi dengan penawar yang mereka dah siapkan. Haraplah mereka berjaya menyembuhkan satu Korea Selatan.

     " Sedia..." Jawab kebanyakan ahli. Agak ramai juga yang masih gugup lagi. Maklumlah, pertama kali nak kembali ke Seoul semula selepas beberapa bulan mereka duduk di Jeju dan tak balik ke Seoul. Dengan tugasan besar mereka kembali ke Seoul. Tugasannya ialah untuk memulihkan semula Korea Selatan dari zombie. Dan menyelamatkan rakan-rakan mereka.

      Menggunakan beberapa bot yang digunakan untuk ke Jeju, 55 orang yang masih selamat bertolak ke Seoul, mereka bahagi mengikut kumpulan ketika mereka bergerak ke Jeju. Cuma tambah beberapa ahli kumpulan Treasure dalam kumpulan mereka. Setiap kumpulan ada 2 ahli Treasure.

Di Jeti,

     Jeti ketika itu kosong tanpa ada sebarang makhluk yang bernama zombie. Ketika itu, mereka berpecah mengikut setiap kumpulan. Setiap kumpulan ada lokasi berbeza dan mereka perlu mencari ahli mereka serta memulihkan zombie-zombie yang lain juga. Hanya kumpulan 1 terus berjalan ke rumah mereka untuk melihat keadaan rumah dan memulihkan zombie yang terperangkap dalam rumah mereka.

----------

Kumpulan 2,

     " Hyung, kami pergi masuk dalam apartmen sana. Kami nak cari Yeji dan Beomgyu. Rasanya mereka masih duduk dalam rumah lama tu. Kan yeji cedera..." Kata Vernon meminta kebenaran Hoshi. Kami tu menunjukkan dia dan Hyewon. Hoshi mengangguk setuju. Vernon menembak kepada zombie-zombie berdekatan. Mula-mula mereka akan pengsan kemudian baru mereka akan berjaga semula namun sebagai manusia dan mereka akan dibekalkan pistol yang diisi penawar untuk mempertahankan diri mereka.

     " Hati-hati Oppa..." Kata Hyewon perlahan. Vernon mengangguk sebelum membuka pintu itu. Sebaik sahaja pintu dibuka, Yeji dalam bentuk zombie terus menyerang mereka. Namun, seseorang terus menahannya. Kedua-dua manusia itu terkejut melihat Momo yang menahan Yeji. Momo di dalam bentuk separa zombie. Hyewon dengan cepat tersedar dari terkejutnya dan membaling belon penawar pada Yeji. Yeji terus pengsan. Hyewon pantas memeriksa kaki Yeji. Makin cedera teruk. Vernon mula melihat Momo.

      " Noona. Hoshi Hyung mesti gembira tengok Noona..." Kata Vernon. Dia menembak kepada Momo. Kedua-dua mata gadis itu berubah normal kembali. Bezanya dia cuma tak pengsan manakala zombie full akan pengsan. 

     " Ya... Noona pasti." Kata Momo. Beberapa minit kemudian, Yeji tersedar. Dia dah berubah menjadi manusia. Dia terus memeluk Hyewon kerana gembira. Dia tahu Hyewon terselamat dan sekarang ni yang lain pun akan memulihkan kembali Korea Selatan.

      " Kaki cedera pun masih boleh gigit orang Yeji... Kau dahsyat. Btw, mana Beomgyu?" Soal Hyewon perlahan melihat ke arah Momo. Vernon mendukung Yeji di belakangnya. Kaki yeji masih tak okey.

      " Gyu pergi cari kumpulan 1." Kata Momo perlahan. Beomgyu juga adalah separa zombie. Vernon dan Hyewon mengangguk faham.

     " Dia cari Ryujin?" Soal Yeji dan dibalas anggukan oleh Momo. Fahamlah yang seorang tu. Kalau sedikit berenggang dengan Ryujin pun boleh demam... Inikan pula beberapa bulan tak jumpa Ryujin. Mesti dia akan peluk Ryujin dan tak nak lepas langsung. Tiba-tiba,

     " Vernon! Kami dikepung. Kami perlukan bantuan sekarang!" Suara Hoshi di walkie talkie membuatkan mereka semua berlari mencari ahli kumpulan 2 yang lain. Di pertengahan jalan, mereka berjumpa Jeonghan dan Chan. Laju je masing-masing menembak kedua-dua zombie itu. Hyewon dan Yeji menunggu mereka berdua sedar manakala Vernon dan Momo kembali mencari ahli yang lain untuk ditolong. Ketika itu, Hoshi, Jihoon, Yedam dan Tzuyu sedang berlawan dengan banyak zombie untuk melindungi Zihao dan Rio. Antara zombie itu Yena dan Nayeon. Menggunakan belon dan pistol air, kesemua zombie itu dapat dipulihkan oleh Vernon dan Momo.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 11 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

FIGHT FOR ALIVE!Where stories live. Discover now