INTRO FOR GIRLS

400 26 0
                                    

Rumah twitzone, Nayeon p.o.v

    " Unnie, yujin  nak keluar dengan minju unnie kejap. Nanti kitaorang balik.." Yujin dan minju sudah sedia menunggu di depan pintu menunggu kebenaran nayeon.

   " Hmmm. Keluarlah. Tapi hati-hati.." Balas nayeon. Rumah mereka masih sunyi sebab ramai yang masih tak bangun walaupun jam dah menunjukkan pukul 10.00 pagi. Yang lain tu pemalas sikit. Cuti ni waktu paling best sekali nak tidur. Ada yang main game juga kat atas tu.

  " Ok..." Mereka berdua keluar meninggalkan rumah twitzone untuk ke kedai serbaneka. Nayoen yang leka membaca surat khabar tiba-tiba terhenti sebaik sahaja mendengar sesuatu di tv. Berita terkini.

   " Virus zombi sedang merebak. Jadi, semua orag dinasihatkan untuk sentiasa duduk di rumah dan jangan keluar. Kami mengharapkan kerejesama dengan semua orang." Nayeon mengerutkan dahi. Virus zombie? Jangan keluar?

   " Yah! Korang! Twice! Izone! Itzy! Turun sekarang!" Jerit nayeon kuat. Kelam kabut semua member termasuk yang masih mamai turun untuk mendapatkan nayeon. Sebaik sahaja mereka turun, nayeon terus menguatkan  suara tv supaya semua dapat mendengari berita itu.

    " Unnie, minju dengan yujin keluar kan tadi?" Momo bersuara. Mina dan hyewon yang ketakutan segera keluar rumah untuk melihat. Kelibat minju dan yujin yang berlari dipandang. Di belakang mereka, kelihatan kelam kabut. Mereka segera mendapatkan mina dan hyewon dan masuk ke rumah. Sebaik sahaja masuk, pintu rumah terus dikunci.

  " Korang! Tutup semua tingkap dan benda yang terbuka!" Arah yujin. Nasib tak banyak tingkap mereka buka. Semua ditutup. Langsir mereka gelap. Warna hitam. Jadi, takde orang tahu siapa ada di dalam rumah. Selesai menutup semua, mereka berkumpul berdekatan minju dan yujin. Dia tangan minju, ada beberapa buah bungkus ramen dan di tangah yujin, ada lebih kurang 10 botol air minarel yang kecil.

    " What happened, minju, yujin? Apa semua tu?" Tanya jeongyeon pelik. Minju dan yujin mencari nafas. Penat woh berlari.. Nasib tak semput.

   " Nah, minum air..." Lia menghulurkan segelas air masak. Kedua-dua mereka minum dengan rakus sebelum memberi balik lia gelas itu.

   " Now, tell us. What has happen to south korea?" Tanya eunbi. Minju dan yujin mengangguk sebelum bercerita peristiwa selepas mereka membeli makanan tadi.

Flashback,

    " Jom, yujin.." Ajak minju selepas yujin membayar harga ramen dan air minarel. Minju meneguk air tin pepsi yang dibeli tadi sebelum mereka keluar dari kedai serbaneka itu. Hampir terjatuh mereka melihat betapa kelam kabutnya di luar.

   " Kenapa ni?" Tanya minju pada yujin. Yujin hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Mereka berdua berjalan sehingga ke sebuah kawasan parking.

  " Minju, kenapa dengan pak cik tu?" Yujin menggeletar selepas melihat seorang lelaki yang digigit oleh seorang perempuan muda. Dalam lingkungan 20-an macam tu. Perempuan itu mengangkat kepala dan memandang tepat pada minju dan yujin. Dia ni buat contect eyes ke apa?

   " kamu berdua! Lari cepat! Dia sudah dijangkiti virus zombie!" Dalam kebisingan itu, sempat lagi seorang lelaki berteriak pada yujin dan minju. Minju dan yujin yang mendengar terus menjauhi perempuan itu. Mereka dikejar sebelum lelaki yang bercakap tadi menembak wanita yang dijangkiti itu. Minju dan yujin yang ketakutan tersu melarikan diri tanpa memandang ke belakang langsung. Mereka berlari sehingga mereka nampak mina dan hyewon di hadpan rumah.

End flashback

    " Apa jadi dengan lelaki tu?" Tanya Dahyun. Minju dan yujin mengangkat bahu. Mereka berlari tanpa mempedulikan lelaki yang telah menolong mereka tadi. Takut sangat punya pasal..

   " Korang sini! tengok ni cepat!" Panggil jihyo. Semua termasuk minju dan yujin berkumpul di hadapan televisyen. Tengok berita. Pembaca berita itu menceritakan segala-galanya termasuk gejala apabila digigit zombie. Serta beberapa rakaman yang menunjukkan bahawa zombie ini memang ganas.

    " I'm scared..." Yuna menangis perlahan sambil memeluk ryujin. Ryujin menenangkan maknae itzy itu. Wonyoung pun hampir menangis. Pantang tegok orang nangis.

   " Kita kena teruskan hidup juga walaupun keadaan teruk. Bantuan akan tiba tak lama lagi. First, benda paling penting. Makanan dan minuman. Siapa yang ada simpan makanan dalam bilik, tolong bawa keluar. Kita kumpulkan kat dapur." Arah jihyo. Mereka semua mengangguk. Hidup kena teruskan juga walau apa yang terjadi. 

   " Kita ada semua ni je ke?" Tanya eunbi. Coklat, ramen dan keropok-keropok. Juga beberapa paket gula dan manisan. Itu yang paling banyak. Sebab mereka suka makan itu. Semua mengangguk.

   " Bolehlah ni.. Kita kena catu makanan juga. Jeong, hye.. Ikut unnie kejap. Kitaorang pergi tengok kawasan stor. Kot-kot masih ada beras simpanan ke apa ke... Jihyo, sakura dan yeji. Korang kumpul air kat tingkat bawah. Lia, chaeyeon, chaeryeong, yena dan chaeyoung serta dahyun, kumpul air tingkat atas. Dan yang lain tutup apa yang perlu." Arah nayeon. Dia, jeongyeon dan hyewon pergi ke stor. Tzuyu dan yuna menolak almari yang mengandungi buku-buku untuk menutup pintu depan. Pintu belakang ditutup menggunakan meja makan. Rumah mereka mana besar pun. Ada 5 bilik air kat atas. 2 bilik air kat bawah. 3 bilik. 2 bilik besar dan satu bilik kecil. Dapur dan ruang tamu. Itu je.. Rumah mereka sebelum mereka ke sini lebih besar. Seorang satu bilik. Minju dan chaewon serta hitomi menampal tingkap bawah menggunakan surat khabar. Mereka sempat melihat zombie di luar. Seram juga.. Momo, mina dan nako menampal tingkap atas menggunakan surat khabar juga. Sliding door pada balkoni ditahan dengan kayu agar ia tidak terbuka. Semua tilam dikumpulkan di ruang tamu. Mereka akn tidur di bawah bersama agar terlindung dari zombie.

    " Kita akan stay survive. Kita perlu stay survive.." Gumam yuri perlahan. Dia bersama ryujin dan lia mengangkat bantal ke bawah.

  

FIGHT FOR ALIVE!Where stories live. Discover now