BAB 14

64 11 1
                                    

Felix p.o.v

     Bunyi pecahan bekas yang dibaling ke arah dinding menyedarkan Felix dari ketekunannya mengkaji virus zombie. Dia memandang ke belakang melihat Minho duduk di atas lantai menangis. Mungkin dia masih bersedih kerana Minju jadi zombie.

     " Hyung, dahlah tu... Tak payah bersedih lagi... Kita kena siapkan formula ni dengan cepat. Supaya kita boleh cepat pulihkan semula negara kita...." Kata Felix menenangkan Minho. Dia pun hilang permata dalam hidup dia. Chaewon mengorbankan diri untuk Seungmin berjaya bawa ubat untuk soobin. Tapi dia terpaksa menguatkan diri mengingat dialah harapan Chaewon kembali seperti normal semula.

      " Hyung tak boleh.... Hyung rindu dia..." Balas Minho. Felix memeluknya menenangkan lelaki yang lebih tua darinya. Ketika itu, Mina tiba-tiba masuk ke dalam bilik yang dah dijadikan makmal itu dengan muka terkejut.

      " Lix, Ho. Cepat keluar sekarang. Ada emergency!" Jerit Mina dengan kuat. Felix dan Minho mengikut Mina sehingga mereka tiba di sebuah bilik. Vernon dikunci di dalam sebuah bilik. Dia kelihatan duduk di katil memandang yang lain melalui tingkap. Cuba mengawal sesuatu agaknya. Kenapa dia kena kunci ada dekat dalam tu?

     " Tadi kitaorang buat pemeriksaan sekali lagi. Vernon dah ada gejala dan petanda zombie. Jadi dia dikurung supaya yang lain tak terkena virus dia. Rasanya dia mungkin tertelan darah zombie tu yang membuatkan dia sendiri tak sedar dia ada virus zombie." Ucap Scoups perlahan. Di tangannya ada sebuah botol kecil yang diisi darah.

     " Darah dia. Kita boleh lengkapkan vaksin kita sekarang ni." Katanya dengan riang melihat mata Felix memandang ke arah botol kecil di tangannya. Mereka dah mempunyai bahan yang diperlukan untuk membuat vaksin untuk virus zombie ini. Mereka kembali ke makmal mereka untuk menyambung kajian mereka.

Dahyun p.o.v

     " Saya tunggu sampai awak okey Vernon... Saya tunggu kat luar bilik." Dahyun berkata perlahan. Dia duduk di depan tingkap. Vernon juga mengambil kerusi dan duduk di depan tingkap menghadap gadis yang sangat dicintainya itu. Mereka berdua bertatapan sebelum vernon merasakan dirinya mempunyai perubahan. Dia rasa lain. Macam tak boleh kawal dirinya lagi. 

     " Noona tak boleh duduk kat sini. Nanti teruk kalau Vernon Hyung serang Noona." Kata Seungmin perlahan. Nak tak nak, terpaksalah Dahyun pergi dari situ. Seungmin meletakkan surat khabar untuk cover tingkap. Supaya Vernon tak pecahkan tingkap dan serang orang di luar.

     Dahyun bersandar di pintu bilik Vernon mendengar Vernon yang dah mula bertukar sedikit demi sedikit. Dia hanya mampu mendengar dan memejamkan matanya. Tolonglah cepat Kumpulan 1. Tolonglah ciptakan vaksin dengan cepat...

--------

Sementara itu,

      Sana, Yuna, Lia, Yeonjun dan Changbin diarahkan untuk mencari apa-apa sahaja makanan yang ada di kawasan sekitar tempat mereka duduk itu. Beberapa kelompok zombie yang sempat ke sini dapat ditewaskan oleh mereka. Mereka tak bunuh. Cuma mengunci di dalam ruangan atau memesangkan zombie itu. Mereka sangat harap Kumpulan 1 dapat membuat vaksin dengan cepat.

      " Kat sini macam takde orang je...." Kata Yeonjun perlahan sebelum masuk ke dalam ruangan itu. Kayu di tangan digenggam erat. Yang lain mengikuti mereka. Mereka dikejutkan dengan beberapa orang yang bersenjata api menyerbu mereka dan mengepung mereka.

     " Tunggu! Kami masih belum jadi zombie. Tolong... Kami hanya nak cari bekalan makanan je. Tolong jangan tembak!" Changbin berkata sambil mengangkat tangannya perlahan. Yang lain juga mengangkat tangan menyerahkan diri. Takut jika mereka ditembak.

     " Kami tak percaya. Dah banyak orang yang sampai sini cakap benda yang sama, tapi akhirnya mereka berubah juga menjadi zombie. Kami tak percayakan sesiapa lagi." Kata lelaki yang agak tinggi. Topeng yang dipakainya membuatkan orang susah mengecam dia siapa. Tapi Sana kenal suara itu.

      " Asahi? Is that you?" Lelaki yang dipanggil Asahi itu terkejut mendengar namanya dipanggil oleh Sana. Dia memandang Sana dan menjatuhkan senjata apinya. Topeng dibuka dan pantas dia berlari mendapatkan Sana.

      " Sahi? Kau kenapa tiba-tiba berlari? Sana Noona?" Lelaki di sebelahnya juga terkejut melihat Sana. Senjata dicampak dan dia mendapatkan Asahi dan Sana. Yang lain terkebil-kebil melihat pertemuan dua lelaki dan seorang perempuan itu.

     " Noona kenapa tak angkat call? Sahi ingat Noona dah jadi zombie dah... Noona ni suka buat orang risau tau!" Asahi berkata sebelum memeluk Sana perlahan. Lelaki yang kedua tadi pun memeluk Sana erat. Mereka seperti tak nak lepaskan Sana.

      " I'm really sorry. Telefon Noona habis bateri Tak dapat nak charge. Are you okay?" Mereka berdua mengangguk sebelum melepaskan pelukan mereka.

     " Mina Noona dengan Momo Noona macam mana? Mereka ada kat sini juga ke?" Soal lelaki kedua tadi. Muka Sana berubah sedikit keruh. 

      " Haruto, Mina Noona okey.. Cuma Momo tak dapat survive. Dia dah jadi zombie sekarang..." Balas Sana perlahan. Air mata Haruto mengalir perlahan. Kakaknya seorang tak dapat survive. Hanya dua yang berjaya sampai sini.

      " Guys, kitaorang masih ada kat sini? Mind to tell who is she?" Soal lelaki yang pertama tadi. Asahi dan Haruto memandang lelaki itu sebelum memandang Sana kembali.

      " Ini Kakak angkat kitaorang. Sana Noona. Turunkan senjata korang. Kitaorang percaya kakak kitaorang tak digigit zombie. Noona, ni kumpulan treasure yang selalu Sahi cerita. Tu leader kitaorang, Jihoon dengan Hyunsuk. Junghwan, Jeongwoo, Masiho, Yedam, Junkyu, Doyoung, Jaehyuk dan Yoshi. Masiho dengan Yoshi orang Jepun juga. Mereka tak kenal Noona. Siapa nama kawan jepun korang tu?" Haruto bertanya pada dua ahli Jepun mereka itu.

     " Sakura, Nako dengan Hitomi." Jawab Yoshi bagi pihak dia dan Masiho. Sana mendengar dan sedikit terkejut. Keciknya dunia ni. Housemate dia rupanya kawan mereka.

     " Mereka ada di Rumah dekat pelabuhan. Tapi Sakura dengan Nako je selamat. Hitomi masih ada di Seoul." Kata Sana perlahan memaklumkan kepada mereka dalam Bahasa jepun. Mereka berdua mengangguk faham. Agak sedih, tapi apa mereka boleh buat? Nasib Hitomi tak baik.

     " Bolehlah Hyung kita ikut diaorang? Lagipun, mereka semua manusia macam kita. Kalau ramai-ramai, boleh jadi lagi kuat. Boleh kan Hyung?" Asahi berkata sambil memandang ke Jihoon. Jihoon tak menjawab. Dia masih berfikir.

     " Jomlah ikut kami. Lagipun kami sedang membuat vaksin untuk membunuh virus zombie ni. Mana tahu kita boleh baiki semua kekacauan ni ke..." Sana pula berkata. Jihoon memandang Hyunsuk. Lelaki di sebelahnya itu mengangguk setuju. Jihoon mengisyaratkan supaya mereka membuka topeng masing-masing.

      " Baiklah kami ikut. Tapi kita balik camp kita dulu. Makanan dan senjata ada kat sana." Kata Jihoon memberi arahan. Takde yang lebih gembira dari Asahi dan Haruto. Akhirnya setelah lama berpisah, mereka dapat jumpa kembali kakak angkat mereka walaupun kurang seorang.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Watak Baru ( Walaupun cerita macam nak hampir habis.):

Treasure

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Treasure

FIGHT FOR ALIVE!Where stories live. Discover now