BAB 16

48 7 1
                                    

Author p.o.v

       " Kita tak tahu berapa ramai yang terkena jangkitan virus ni... Macam mana kita nak buat dengan banyak kalau tak tahu? Takut nanti tak cukup je virus ni dan buat virus tu kembali berleluasa. Rasanya kalau jangkitan kedua akan jadi lebih ganas dari sedia ada ni..." Ucap Scoups perlahan sambil meletakkan cecair merah jambu itu di atas meja semula. Kesemua rakannya yang bertungkus lumus menyiapkan lebih banyak cecair itu pun terdiam.

       " Kita boleh buat anggaran 1 juta. Rasanya macam semua warga Korea Selatan kena. Atau lagi bagus kita buat lebih dari 1 juta. Supaya kalau ada lebihan, kita boleh agihkan kepada negara yang terkena virus yang sama ni juga..." Kata Sakura tiba-tiba. 

      " Maksudnya, kita masih perlukan lebih 220 liter lagi lah kan... Banyak tu. Sempat ke nak siap dalam masa terdekat ni? Rasanya diaorang semua tak boleh tahan keinginan nak balik ke sana semula..." Soal Ryujin pula. Mereka semua terdiam sekali lagi. Tak tahu nak jawab apa. Mereka semua memandang ke arah Scoups. Scoups mengangkat bahu tanda tak tahu.

      " Bagus kalau kita buat dan kurangkan bercakap. Makin laju kita buat, makin banyak yang dapat disiapkan. Jadi, kurangkan bercakap dan lajukan tangan untuk siapkan antidot." Kata Jeongyeon dan makmal yang digunakan kembali senyap dengan manusia-manusia yang tekun menyiapkan kerja bahagian mereka. 

     Setelah beberapa jam berlalu, mereka semua sedar dari ketekunan apabila Sana mengetuk pintu makmal dengan agak kuat. 

       " Makanan tengah hari dah sedia. Rehatlah dulu... Dari pagi tadi tak berhenti buat kerja." Kata gadis itu perlahan sebelum berlalu pergi. Nak pergi tengok yang lain. Ada yang masih berehat akibat berjaga tengah malam. Ada yang baru dapat tidur selepas berhari-hari dapat nightmare.

     " Jom rehat dulu. Nanti baru kita teruskan balik kerja ni... Yang penting dapat rehat dulu ni..." Ajak Scoups sebelum menutup kembali bekas yang digunakan. Sarung tangan juga ditanggalkan sebelum disumbat ke dalam tong sampah. Tangan dibasuh sebelum dia keluar dari makmal. Minho memastikan semuanya okey sebelum dia mengunci pintu makmal. Dia juga mengikut ahli lain ke tempat makan selepas mengunci pintu makml. Pintu makmal mesti dikunci sebab takut kalau ada pengganggu masuk secara tiba-tiba dan merosakkan segala-galanya.

    " Treasure dah balik ke? Atau masih meronda lagi sekitar pulau?" Soal Scoups sebelum mengambil pinggan yang dihulurkan oleh Mina. Mina menggelengkan kepalanya perlahan tanda Terasure belum balik.

      " Diaorang kata mungkin balik lambat sikit... Ah! Tu dah balik..." Tunjuk Mina ke arah pagar. Ahli Treasure masuk satu persatu. Senjata diletakkan di tepi sebelum mereka membasuh tangan masing-masing dan duduk di tempat makan. Pinggan juga dihulurkan satu persatu.

      " Hyung, kami dah jumpa apa yang Hyung cari-cari tu... Tak jauh dari sini, ada satu kedai jual pistol air. Boleh ambil je kat sana... Banyak jugalah." Maklum Hyunsuk perlahan sebelum mengambil nasi yang diletakkan di depannya. Nasi itu dihulurkan kepada Doyoung di sebelahnya pulak.

       " Bagus tu. Nanti kita akan ambik pistol tu semua... Tapi lepas antidot dah selesai lah... Ada belon juga tak?" Soal Scoups semula. Hyunsuk mengangkat bahu tanda tak tahu. Dia hanya nampak pistol air je. Tapi mungkin ada kot belon.

      " Akan berjaya ke kalau guna pistol air je? Sebab untuk Vernon masa tu kita cucuk kat leher dia baru dia jadi normal balik..." Soal Yeonjun pula. Scoups menghela nafas perlahan sebelum mengangkat bahu tanda tak tahu.

      " Tak tahu lagi... Tapi apa salahnya mencuba kan, lagipun kita ada plan B kalau plan A tak berjaya. Tapi semua kena bekerja kalau kita kena gunakan Plan B. Guna cara yang sama Vernon sembuh." Jawab Eunbi. Mereka mula rasakan jadi survivor yang akan selamatkan Korea ni susah. Banyak tanggungjawab mereka.

FIGHT FOR ALIVE!Where stories live. Discover now