BAB 4

210 32 5
                                    

     " Celaka betul zombie ni.. Ada ke pergi robohkan tiang elektrik? Ni dah tak dapat nak call seungcheol!" Bebel nayeon. Telefonnya habis bateri dan tak dapat nak charge. Nak guna telefon lain pun sama juga masalahnya.

   " Unnie, dari unnie bebel tu.. Baik unnie fikirkan cara penyelesaian selesaikan masalah sebesar langit ni..." Kata ryujin sambil memandang ke arah rumah lelaki di sebelah sana menggunakan teropong. Sekarang ni pukul 3.45 pagi. Dan ramai lagi yang belum tidur termasuk ahli NiziU.

   " Yelah unnie. Dari dok membebel macam nenek kebayan.." Sampuk hyewon pula. Dia berbaring di sebuah tilam sambil menutup mata menggunakan lengannya.

   " Unnie, badan miihi panas." Suara nina kedengaran dalam bahasa jepun. Sana yang sedang mengelamun pantas bangun dari duduknya dan mencari miihi. Dalam keadaan gelap ni memang susah sikit nak gerak. Jangan terlanggar lilin je sudah.

  " Miihi demam ni. Chaeyeon, tolong ambil coolfever dengan panadol dalam bilik ubat. Ambil sekali satu gelas air kosong." Pinta sana dan chaeyeon mengangguk. Dia memasuki bilik itzy yang dijadikan bilik ubat-ubatan sekarang ni. Satu papan panadol diambil.

  " Nah unnie.." Hulur chaeyeon. Dia kembali kepada posisi asalnya semenatara sana memeriksa miihi. Panas betul badan dia ni..

   " Macam mana agaknya yang lelaki eh? HA! Mina, ada dron tak? Boleh kita hantar surat kat rumah lelaki.." Kata nayeon dan mina menggeleng. Dia memang kaki gamer, tapi dia takde dron. Yang ada dron adalah...

   " Unnie, kkura ada dronlah. Unnie lupa ek?" Tanya sakura sebelum bangun. Dia memasuki bilik izone dan mengambil sebuah dron di dalam almarinya. Nayeon mengambil sekeping kertas dan menulis surat kepada sevenstraytxt ft boy story.

Anneyounghaseyo kepada sevenstraytxt ft boy story,

Kali ni kita terpaksa guna surat sebab tak dapat telefon lagi. Korang ada idea tak macam mana kita nak selesaikan masalah komunikasi ni? Kitaorang dah takde idea. Btw, Kitaorang semua sihat je. Cuma salah seorang ahli NiziU, miihi demam. Yang lain sihat..

From: Twitzone ft NiziU

    " Dah siap! Bagi dron tu. Unnie nak lekatkan surat ni.." Pinta nayeon. Surat itu dilekatkan pada permukaan yang senang dilihat di dron itu. Mereka menuju ke bilik twice kerana bilik twice menghadap rumah lelaki-lelaki itu.

------

Rumah lelaki,

   " Bunyi apa tu?" Tanya yeonjun di tingkat 2 bilik seventeen. Tingkap tu tertutup. Dia menuju ke tingkap itu dan membukanya. Dron? Dari rumah twitzone ke? Matanya memandang ke salah satu tingkap rumah twitzone yang terbuka. Ada nayeon noona dengan sakura noona. Dia melambai sebelum mengambil surat di atas dron itu. Dron itu balik semula ke rumah twitzone. Tingkap tu ditutup semula sebelum surat itu dibuka. Satu persatu patah perkataan dibaca sebelum dia tersenyum sendirian.

   " HYUNG!" Yeonjun menjerit dengan sedikit kuat sebelum dia menutup mulutnya. Lupa pula pantang menjerit sekarang ni.

   " Apahal kau ni? Macam babun je menjerit.." Tanya jun yang sedang berangan. Terhenti angan-angan dia disebabkan jeritan yeonjun. Yeonjun tak menghiraukan jun terus ke scoups. Surat tu diberi. Terpinga-pinga scoups dibuatnya.

   " Nayeon noona bagi ni. Tadi dia hantar dron dalam bilik seventeen masa yeonjun nak check semua tingkap dah tutup ke belum.." Kata yeonjun. Scoups mengangguk sebelum membuka dan membacanya. Dia mengangguk-angguk.

   " Wonu, dron kau sihat lagi ke tak?" Tanya scoups dan wonwoo menggeleng. Dronnya baru je habis bateri dan tak dapat nak charge sebab zombi tak guna tu semua..

   " Hyung, lix punya dron sihat lagi. Lix ambil kejap." Kata felix. Dia mengambil sebuah dron yang sedikit kecil dari dron wonwoo. Scoups pula mencapai satu kertas dan menulis.

Dear twitzone ft NiziU,

Thank you for the letter. Kitaorang memang ada idea tentang ni. Tapi tak tahulah korang setuju ke tak. Kitaorang pindah duduk dengan korang. Macam mana? Satu untuk masalah komunikasi ni. Dua, bekalan makanan kitaorang tak banyak sangat. Kalau satu rumah nanti, senang nak keluar cari bekalan. Lagipun, untuk pasukan penyelamat lagi.. senang kalau satu rumah. Kalau korang setuju, bincang lah tarikh pukul berapa kitaorang akan ke rumah korang. Sekian.. Bye..

From: Sevenstraytxt ft Boy story

   " Nah. Korang bagi balik eh. Hyung na ke tandas kejap." Scoups terus memasuki tandas meninggalkan surat itu pada yeonjun dan felix. Felix melekatkan surat itu pada dronnya sebelum menerbangkan dron ke rumah twitzone. Dia terpaksa melanggar tingkap untuk bagi orang dengar. Tingkap itu terbuka dan dia nampak hitomi ambil surat itu sebelum melambai dan menutup tingkap semula.

  " Hyung, aku rindu chaewon akulah.." Kata felix sebaik sahaja tingkap rumah mereka ditutup semula.

   " Kau ingat kau seorang je? Aku pun rindu Hwang yeji kesayangan aku.." Balas yeonjun pula. Mereka berdua turun ke ruang tamu semula menunggu balasan twitzone.

   

FIGHT FOR ALIVE!Where stories live. Discover now