00 •prologue

108 6 1
                                    



-HEART SHELTER-

-HEART SHELTER-

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


🤍  🤍

POV AUTHOR

"Saya sayang awak.. Saya sayang awak sangat-sangat. Saya dah taknak hilang awak lagi. Saya janji saya takkan sakitkan hati awak lagi lepas ni. Maafkan saya" luah seorang lelaki dengan bersungguh-sungguh sehingga mengalir air mata lelakinya.

"Saya dah maafkan awak sayang. Saya sayang awak juga" ucap Minjee sambil tersenyum bersama linangan air mata bahagia. Mereka berdua mencatumkan bibir sambil tersenyum.

"Cut!" jerit pengarah sambil tersenyum suka. Pengarah itu menepuk tangannya berkali-kali tanda dia berpuas hati dengan hasil kerja yang dilakukan orang dua perlakon yang memainkan watak utama dalam cerita ini.

"Bagus! Kau orang semua dah buat yang terbaik! Jadi, hari ini tamatlah cerita Promise. Tahniah semua!" ucap pengarah tersebut dengan bangga. Gembira rasanya apabila karya yang dihasilkan berjaya ditamatkan tanpa sebarang masalah.

Ahli-ahli crew yang terpilih untuk bekerjasama juga menepuk tangan mereka tanda meraikan pengakhiran cerita Promise ini.

"Terima kasih Cik Hwang Minjee kerana sudi terima tawaran untuk berlakon cerita ni" kata pengarah itu pada Minjee. Minjee mengerling sedikit ke arah lelaki itu lalu menganggukkan kepalanya. Mukanya kekal tiada senyuman.

"Sesiapa tolong bagi air dekat Cik Minjee!" teriak pengarah itu apabila Minjee kelihatan berpeluh akibat kepanasan.

Dia tidak memiliki pembantu peribadi kerana kebanyakkan pembantu peribadi yang minta untuk bekerja dengannya semua ditolak. Ada yang berhenti dengan sendiri kerana tidak tahan dengan perangai Minjee yang terlalu tegas dan garang itu.

"Nah Minjee" hulur seorang gadis comel berambut perang, Jieun. Gadis inilah yang membantu Minjee buat sementara sehingga dia menemukan pembantu peribadi Minjee yang baru. Jieun sudah dianggap seperti adik kepada Minjee.

"Asal kau lambat sangat" marah Minjee lalu meneguk rakus air yang dihulurkan. Peluhnya yang berjuraian dilap oleh Jieun.

"Eh eh kau ni. Aku ni bukan PA kau tau nak arah-arah macam tu. Lagipun kau bukannya bayar gaji aku pun" balas Jieun. Dia bantu Minjee pun kerana di sudah menganggap Minjee seperti kakaknya sendiri.

"Apa kata kau kerja je dengan aku. Nanti aku bayar lah gaji kau. Takde hal lah" kata Minjee.

"Hey kau lupa aku ni dah ada kerja tetap. Lagipun aku minat dengan kerja aku tu" balas Jieun. Minjee melepaskan keluhan. Dia mula berjalan ke bilik persalinan. Namun langkahnya terhenti apabila Jieun memanggilnya semula.

"Minjee! Kau dapat tawaran shooting lagi" kata Jieun sambil berlari mendapatkan Minjee. Minjee menggulingkan matanya ke atas.

"Cancel" balas Minjee dan kemudian menyambung langkahnya. Jieun terkebil-kebil melihat penolakkan mentah-mentah dari Minjee sedangkan ramai pelakon lain yang menunggu peluang emas ini.

 HEART SHELTER | PJM ✔️Where stories live. Discover now