20 •brutal murder 2016

20 3 2
                                    


-HEART SHELTER-

-HEART SHELTER-

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


🤍  ∞🤍

2016

Jam tangan dipergelangan tangan dikerling sekilas sebelum kepalanya kembali ditoleh ke kiri dan ke kanan mencari satu figura. Tali beg digenggam kemas. Semua orang yang lalu lalang akan memandang pelik ke arahnya kerana masih berbaju sekolah walaupun masa sekolah sudah lama tamat.

Selepas 1 jam setengah dia menunggu, akhirnya kelibat yang ditunggu-tunggu sudah pun tiba. Tersenyum lebar gadis itu.

"Sukhoon!" teriaknya teruja. Namun senyumannya mati saat melihat wajah lelaki itu yang terlalu dingin. Mata helang milik Sukhoon merenung tajam anak mata Minjee membuatkan lidah Minjee menjadi kelu. Tertanya-tanya sama ada dia ada membuat salah pada lelaki itu.

"K-kenapa awak pandang saya macam tu? Saya ada buat salah ke Sukhoon?" soalnya tanpa memandang tepat anak mata Sukhoon yang merenungnya tajam. Gerun hendak bertatapan dengan lelaki di hadapannya itu.

"Aku nak break"

3 patah perkataan yang mampu membuatkan dahi Minjee berkerut seribu. Apa salah yang dia buat sampaikan Sukhoon nekad untuk memutuskan hubungan mereka.

"K-kenapa dengan awak Sukhoon? Kalau saya ada buat salah bagitahu lah saya" ujar Minjee. Tubuh lelaki itu semakin didekatinya. Lengan Sukhoon cuba digapai malah ditepis kuat oleh lelaki itu.

"Tak. Kau takde buat salah dengan aku. Tapi nama kau dalam hati aku dah lama hilang. Lagipun hubungan kita ni hanya dinamakan sebagai 'cinta monyet'. Selagi kita tak melangkah ke alam university, selagi itulah cinta kita dinamakan sebagai 'cinta monyet'" ujar lelaki itu panjang lebar. Ayatnya kedengaran biasa namun mampu meretakkan hati Minjee yang mendengarnya.

"Sukhoon, please jangan macam ni. Saya sayang awak". Sekali lagi Minjee cuba untuk mencapai tangan Sukhoon. Kali ini Sukhoon hanya membiarkannya.

"Mesti ada sebab lain kenapa awak buat keputusan macam ni. Please bagitahu saya Sukhoon. Saya akan cuba yang terbaik untuk betulkan apa yang awak tak suka" rayu Minjee. Mata-mata yang memandang mereka hanya diabaikan.

Pasangan 17 tahun ini menjadi tumpuan orang yang lalu lalang di situ.

"Aku tak rasa kau boleh buat" ujar Sukhoon perlahan. Bibirnya terjungkit sedikit ke atas melihat wajah Minjee yang terkedu mendengar kata-katanya.

Tanpa Minjee sedar, Sukhoon perlahan-lahan mencabut sarung tangan getah yang tersarung kemas di tangannya. Lelaki itu kekal menyorokkan tangannya dibelakang badannya dari tadi. Darah segar manusia masih lagi terdapat pada sarung tangan getahnya itu.

 HEART SHELTER | PJM ✔️Where stories live. Discover now