15 •taeya

25 3 0
                                    


-HEART SHELTER-

-HEART SHELTER-

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


🤍  ∞🤍

POV AUTHOR

Taehyung berjalan melepasi Jimin dan Minjee yang tersipu-sipu saat semua staff meraikan hubungan mereka dengan penerimaan yang sangat baik. Sempat Taehyung mengenyitkan matanya pada Jimin untuk mengusik jejaka itu sebelum terus berjalan keluar.

Di tangannya terdapat beberapa keping duit yang diberi oleh Yoongi. Yoongi mengarahkannya untuk membeli beberapa lagi barang keperluan mereka sebelum shooting bermula.

Semasa Taehyung berjalan untuk mendapatkan keretanya, matanya menangkap kelibat seorang gadis yang amat dibencinya berjalan ke arahnya. Secara spontan Taehyung menggulingkan matanya ke atas.

"Jimin busy" kata Taehyung semasa Tiya berdiri betul-betul berdiri di hadapannya. Tanpa menunggu balasan, Taehyung mula mengorak langkah untuk pergi.

Tiya menggigit kuat bibir bawahnya untuk menghilang resah di hati.

"Tak, Taehyung. I datang bukan sebab nak jumpa Jimin. Tapi I nak jumpa you" ujar Tiya. Gadis itu berlari anak mengejar langkah Taehyung yang makin lama makin jauh meninggalkannya.

Melihat Taehyung yang tidak memberi respon membuatkan hati Tiya menjadi bertambah resah. Lantas gadis itu menarik pergelangan tangan Taehyung untuk menghentikan langkahnya.

"Tch, aku busy Tiya. Kau nak apa?" soal Taehyung. Suaranya yang dingin bersama wajah tegang membuatkan Tiya menelah liurnya. Namun pantas dia menggeleng kepala sambil memejam matanya sekejap. Dia tidak boleh tunjuk yang dia lemah dihadapan Taehyung!

"You masih marah I pasal kes dulu ke?" soal Tiya tanpa segan silu. Taehyung tergelak sarkastik. Langkahnya didekatkan dengan Tiya. Pipi ditolak dari dalam menggunakan lidah. Rasa tercabar mendengar kata-kata Tiya.

"Buat apa aku nak marah? Daripada aku serabutkan otak aku fikir pasal benda tu, baik aku fokus cari duit". Taehyung menjeling Tiya dengan jelingan menyampah sebelum mengangkat kaki untuk menyambung langkahnya yang tergendala.

"Benda tu bukan salah I Taehyung! Salah you! And you lepaskan marah you dekat I? Kenapa bukan dekat Jimin? I tak faham langsung apa yang ada dalam kepala you Tae" luah Tiya. Matanya merah menahan amarah.

Taehyung menghentikan langkahnya. Dia tidak memusingkan badan mahupun mengerling ke arah Tiya.

"Kenapa kau nak jumpa aku?". Taehyung bersuara sebelum memusingkan tubuhnya perlahan menghadap Tiya. Tercengang gadis itu dengan respon yang didapati. Dia menganggap bahawa Taehyung akan melenting dan memarahinya dengan lebih teruk. Namun sangkaannya salah.

"I nak mintak tolong you something" ujar Tiya mengutarakan permintaannya.

Taehyung mengeluh perlahan sebelum menjungkitkan keningnya tanda 'apa?'.

 HEART SHELTER | PJM ✔️Where stories live. Discover now