-HEART SHELTER-
✧༺🤍༻∞ ∞༺🤍༻✧POV JIMIN
Aku memerhati Minjee dan Joohyuk yang sedang mainkan watak mereka dengan sangat baik. Kemudian aku mencapai telefon yang aku letakkan di atas meja. Daripada semalam aku tak bukak telefon disebabkan terlalu sibuk. Jadi inilah peluang yang sesuai.
Kening aku mula berkerut saat nombor tidak dikenali muncul di ruangan whatssap. Dada mula terasa sesak apabila nama Tiya, bekas kekasih aku muncul. Setelah sekian lama, akhirnya dia kembali mencari aku.
"Jimin, Tiya ada message kau ke?" soal Yoongi yang datang daripada belakang. Aku menoleh memandangnya dan mengangguk mengiyakan.
"Dia ada tanya aku pasal kau" kata Yoongi lagi.
"Kau taknak jumpa dia ke?" sambung Yoongi. Aku mengeluh perlahan.
"Taknak. Kau lupa ke hyung apa dia buat dekat aku? Aku tunggu dia lama hyung. Call aku pun dia tak angkat. Message aku pun dia tak reply hyung! Lagipun aku.. Aku dah move on". Yoongi mengangguk tanda memahami.
"Jimin! Tu bukan ex kau ke?" soal Jhope sambil meluru ke arah aku. Jari telunjuknya dihalakan ke satu arah dimana Tiya sedang menjenguk-jengukkan kepalanya.
"Eh apa minah tu buat dekat sini?" soal Taehyung dengan wajah rimas. Daripada dulu lagi Taehyung tidak pernah sukakan Tiya. Aku berpaling menghadap Yoongi di sebelah. Yoongi mengangkat sebelah keningnya ke arah aku.
"Ye aku mengaku, aku yang bagi dia location tempat ni. Tapi aku tak sangka pulak yang dia akan datang sini secepat ni" balas Yoongi dengan wajah serba salah. Dia menggosok belakang tengkuknya.
Aku memejam mata sekejap sebelum mula melangkah ke arah Tiya. Tiya yang ternampak kelibat aku mula tersenyum lebar.
"You buat apa dekat sini? I tengah kerja kan?" soal aku tanpa membalas senyumannya.
"You tak rindu I ke.." katanya dengan nada meleret. Tangannya kemudian diangkat tanda meminta aku untuk memeluknya.
"No Tiya. I dekat tempat kerja ni. Look, kita dah takde apa-apa kan? Kenapa you cari I lagi?" marah aku. Makin rimas dibuatnya apabila gadis ini mula berperangai manja di tempat awam.
"You tanya I kenapa I cari you lagi? Mestilah sebab I nak kita bersama balik. I still sayang you Jim" kata Tiya dengan bersungguh-sungguh.
Dia sekali lagi cuba untuk merangkul lengan aku. Namun aku menepis tangannya sambil memerhati sekeliling.
"Kau still sayang aku tapi kau yang mintak putus. What kind of love is that?" soal aku dengan suara yang ditekankan. Aku mula berasa geram dengan gadis di hadapan aku ini. Tetapi aku tidak menafikan yang aku masih rindukannya.
POV MINJEE
"Nah Minjee" kata seseorang sambil menghulurkan sebotol air mineral kepada aku. Aku mendongak untuk melihatnya.
"Eh Taehyung? Jimin mana? Kenapa awak yang bagi saya air ni?" soal aku bertubi-tubi.
"Jimin yang suruh aku bagikan air ni. Ex girlfriend dia datang tiba-tiba. Jadi dia kena halau ex dia dulu lah baru boleh sambung buat kerja" kata Taehyung. Jelas di wajahnya yang dia kelihatan menyampah.
"Ex?" soal aku lagi untuk mendapatkan kepastian. Taehyung membalas dengan anggukkan sebelum pergi meninggalkan aku.
Aku meliarkan pandangan aku dan mencari kelibat Jimin. Tidak lama kemudian, pandangan aku mula menangkap satu pasangan yang berada berdekatan pintu. Aku tersenyum sinis dan berjalan mendekati mereka berdua. Kalau dah 'ex' tak salah lah aku nak kacau.
POV AUTHOR
"Jimin" panggil Minjee. Jimin berpaling menghadapnya di belakang. Minjee memberi jelingan menyampah kepada Tiya terlebih dahulu.
"Director bagi balik awal sebab hujan" kata Minjee dan mendapat anggukkan daripada Jimin.
"Siapa ni?" soal Tiya sambil menghalakan jari telunjuknya di hadapan muka Minjee. Minjee tergelak tidak percaya. Kemudian tangan Tiya ditepis dari wajahnya.
"Kau duduk dalam gua ke sebelum ni?" soal Minjee pada Tiya. Tiya ternganga akibat tidak percaya dengan soalan yang diberi.
"Kau ni siapa? Jangan berlagak bagus sangat boleh tak?". Kata-kata Tiya menaikkan kemarahan Minjee. Jimin yang berada di antara mereka berdua mula menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Hey aku Hwang Minjee okay?! Berani kau cakap macam tu dengan aku?!" teriak Minjee. Mereka bernasib baik apabila sudah ramai crew yang dah pulang ke rumah masing-masing.
"Aku tak kisah lah kau siapa pun. Jangan nak masuk campur hal aku dengan Jimin!" balas Tiya.
"What? Masuk campur? Eh Jimin ni bekerja dengan aku tau. Dia pembantu peribadi aku, jadi aku ada hak untuk lindung dia dari perempuan gila macam kau!"
"Perempuan gila?! HEY PERGI CERMIN MUKA KAU TU SEKARANG!" jerit Tiya yang sudah merah muka akibat menahan marah. Jarinya menolak-nolak bahu Minjee.
Minjee yang geram mula menarik rambut Tiya dengan sangat kuat. Tidak cukup dengan itu, Tiya juga turut membalas serangan Minjee dengan menarik rambut gadis itu juga.
"DAH PUTUS TU BUAT LAH CARA DAH PUTUS. SEBOK NAK CARI JIMIN LAGI BUAT APA?!" jerit Minjee dalam masa yang sama dia sedang menahan keperitan di kulit kepalanya.
"Sudah! Berhenti sekarang sebelum aku naik angin" kata Jimin. Namun dua gadis itu langsung tidak mengendahkannya.
"Eh engkau ni dalam drama punya lah bawak watak baik! Rupanya perangai sebenar macam hantu! Jangan sampai aku dedahkan perangai sebenar kau dekat orang ramai!". Minjee dan Tiya semakin menguatkan genggaman di rambut masing-masing. Jimin pula sudah buntu memikir apa yang patut dia lakukan.
"Oh jadi kau kenal lah aku kan?! Eh sekurang-kurangnya aku ada kerjaya bukan macam kau!" jerit Minjee lagi. Jimin menekup mukanya menggunakan sebelah tangan. Malu dibuatnya apabila ramai makcik cleaner mula melihat aksi pergaduhan itu.
Dengan peluang yang ada, Tiya mula menampar wajahnya sendiri membuatkan Minjee mengerutkan dahinya kerana bingung.
Jimin yang langsung tidak perasan tentang kejadian itu berlari menuju ke arah Tiya sambil menolak Minjee sehingga gadis itu terdorong kebelakang.
"Aww! Dia tampar I!" jerit Tiya membuatkan mata Minjee terbuntang.
"Gila! Bila masa aku tampar kau?!". Minjee terkedu apabila Jimin mencerlung tajam ke arahnya. Tanpa mereka sedar, Tiya tersenyum kemenangan.
"Kau pergi dari sini sekarang Hwang Minjee" kata Jimin dengan nada yang dingin. Minjee tergamam apabila Jimin melayannya sebegitu setelah lama lelaki itu tidak dingin dengannya. Tubir mata gadis itu mula bergenang.
"T-tapi bukan I yang-"
"Pergi Minjee" arah Jimin memotong kata-kata Minjee. Wajah gadis itu langsung tidak dipandang malah Jimin lebih memberi perhatian pada Tiya yang sudah mengalirkan air mata palsunya.
Minjee menarik nafas dengan panjang untuk menstabilkan emosinya. Tanpa menoleh, dia melangkah pergi meninggalkan pasangan itu dengan hati yang perit.
Taehyung yang memerhati dari jauh mengepalkan penumbuknya. Geram melihat penipuan yang dilakukan oleh Tiya. Walaupun ramai cleaner yang sedang menyaksikan mereka, Tiya langsung tidak berasa gerun untuk menipu.
tbc
YOU ARE READING
HEART SHELTER | PJM ✔️
Fiksi Penggemar"Keputusan I muktamat! I nak dia sebagai pembantu peribadi I yang baru" "Aku hanya akan buat apa yang kau suruh . Tapi ingat, aku takkan pernah anggap kau sebagai boss aku" --------- Jarang kan kita dengar lelaki jadi pembantu peribadi kepada pe...