-HEART SHELTER-
✧༺🤍༻∞ ∞༺🤍༻✧POV AUTHOR
Taehyung berjalan ke arah Jimin dan Tiya sambil menepuk-nepukkan tangannya.
"Pandai kau berlakon kan?" kata Taehyung pada Tiya sambil tersengih sinis. Jimin dan Tiya yang menyedari kehadiran Taehyung mengerutkan dahi mereka.
"Kau pahal ni?" soal Jimin.
"Tiya, kau ingat aku tak nampak ke apa yang kau buat tadi?" soal Taehyung sekali gus mengabaikan pertanyaan Jimin.
"Kau tampar diri kau sendiri lepas tu kau tuduh Minjee! Kau ni memang tak berubah daripada dulu kan?" marah Taehyung yang sudah tidak mampu menahan geram.
"A-apa you cakap ni! Bila masa I tuduh dia! Memang dia yang tampar I lah! Jimin percayalah" balas Tiya. Jimin sudah memandang mereka berdua dengan pandangan bingung.
"Taehyung apa benda kau cakap ni?" soal Jimin untuk mendapatkan kepastian tentang apa yang baru sahaja dia dengar.
"Jimin, kau boleh tak sedar sikit diri kau tu. Kau tu bekerja dengan Minjee sebagai pembantu peribadi. Lepastu kau halau je dia macam tu? Yang kau percaya sangat dengan perempuan ni kenapa?" bebel Taehyung.
Jimin kemudian mengalihkan pandangannya ke arah Tiya dan mengangkat sebelah keningnya. Dengan mata yang terkebil-kebil Tiya membalas pandangan Jimin.
Melihat Tiya yang kehilangan kata-katanya, tahulah Jimin bahawa gadis itu memang sudah menipunya.
"Jangan tunjuk muka kau depan aku dah lepas ni!" kata Jimin dengan tegas sebelum berlari meninggalkan Taehyung dan Tiya.
"Jimin!" teriak Tiya dengan hanya melihat tubuh Jimin yang sudah jauh meninggalkannya. Taehyung menoleh ke arah Tiya dengan bibirnya yang sentiasa dihiasi senyuman sinis.
"Kau tak balik sini lagi baik" kata Taehyung. Tiya mengetap bibirnya geram. Dia dan Taehyung memang tidak pernah berbaik. Lebih-lebih lagi Taehyung yang amat bencikan Tiya.
••••••••••••
Minjee meredah hujan tanpa mengambil kisah tentang bajunya yang mula basah. Langkah kakinya membawanya ke sebuah taman yang kosong, langsung tiada orang. Mungkin kerana hujan.
Dia tidak sangka Jimin akan menyebelahi bekas kekasihnya daripada dirinya sendiri.
"Mungkin dia masih sayangkan perempuan tu" kata Minjee sendiri. Dia mengeluh perlahan. Rambutnya yang basah tidak diendahkan. Minjee mula memeluk tubuhnya sendiri saat tubuhnya mula menggigil.
Situasi Jimin yang memandangnya dengan tajam hanya kerana Tiya mula terimbas di kepalanya. Tangan kiri Minjee naik memegang dadanya. Sakit.
"Bertenang Minjee.. Dia hanya PA kau" bisik Minjee lagi pada dirinya.
YOU ARE READING
HEART SHELTER | PJM ✔️
Fiksi Penggemar"Keputusan I muktamat! I nak dia sebagai pembantu peribadi I yang baru" "Aku hanya akan buat apa yang kau suruh . Tapi ingat, aku takkan pernah anggap kau sebagai boss aku" --------- Jarang kan kita dengar lelaki jadi pembantu peribadi kepada pe...