19 •threat

21 3 3
                                    


-HEART SHELTER-

-HEART SHELTER-

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


🤍  ∞🤍

POV AUTHOR

Taehyung menghela nafas berat melihat rakannya yang sedang meracau sambil mengalirkan air mata. Dia sudah mula buntu tak tahu nak buat apa.

"Minjee... Aku nak Minjee, Tae" ujar Jimin dengan linangan air mata yang berjuraian.

"Kau gaduh dengan Minjee ke? Macam mana boleh jadi macam ni aduhh. Yang kena hadap aku. Kenapa kau tak call Yoongi hyung ke Hoseok hyung ke. Kenapalah aku jugak yang kau call. Yang dua orang tu elok terlentang dekat rumah" bebel Taehyung. Namun Jimin langsung tidak terkesan. Malah cawan kecil ditangannya yang diisi dengan soju diteguk lagi.

"Kenapa dia buat aku macam ni"

"Dia tak percayakan aku ke? Hah Taehyung?". Taehyung mengerling Jimin dengan malas. Bukannya dia tidak mahu menenangkan rakannya yang seorang itu. Tapi dia sendiri tak tahu masalah yang lelaki tu hadap sampai macam ni sekali.

"Manalah aku tahu.." balas Taehyung malas.

Jimin meneguk lagu soju ditangannya. Kali ini dia tidak lagi menggunakan cawan kecil itu, malah dia meneguk terus daripada botol. Taehyung menggelengkan kepalanya sambil mengeluh berat.

"Makcik! Nak lagi satu botol!" teriak Jimin kepada pemilik kedai tersebut bersama senyuman yang lebar. Sekejap ketawa. Sekejap menangis. Taehyung mengurut keningnya akibat pening dengan perangai Jimin.

"Dah! Dah! Tak payah minum lagi. Makcik! saya letak duit atas meja ni ye?!". Badan Jimin ditarik secara paksa keluar dari kedai tersebut. Lelaki itu merungut minta dilepaskan, namun keadaannya yang langsung tidak sedar menyukarkannya.

Semasa Taehyung sibuk membawa tubuh Jimin yang terhuyung hayang itu, Jimin menyeluk tangannya ke dalam poket lelaki itu tanpa Taehyung sedar. Lantas nombor Minjee dicari.

"Hello?! Minjee!! Hi sayaaangg" sapa Jimin dengan nada yang teruja. Taehyung yang terkejut melihat telefonnya berada dalam genggaman Jimin terus meraba poketnya.

"Minjee.. aku rindu kau.. Jangan buat aku macam ni princess..". Buat sekian kalinya, air mata lelaki itu mengalir deras. Taehyung menghela nafas berat sebelum mengambil semula telefonnya yang berada dalam genggaman Jimin.

"Hello Minjee, apahal dengan Jimin ni? Korang gaduh ke apa?" soal Taehyung sambil memerhati Jimin yang sudah berguling di atas jalan.

"K-kitaorang dah takde apa-apa.. Taehyung you tolong make sure dia balik rumah eh? Jangan biarkan dia sorang-sorang. Please"

"Hah?? Dah takde apa-apa?? Aduhh aku tak faham lah masalah korang nih.. Ye aku bawak dia balik rumah terus. Takyah risau" ujar Taehyung sebelum mematikan panggilan tanpa menunggu balasan dari Minjee. Sempat dia merungut pada gadis itu tentang masalah yang dia perlu terlibat secara tiba-tiba.

"Woi jangan makan batu lah!" marah Taehyung saat terlihat Jimin yang sedang mengutip batu di jalan untuk dimasukkan ke dalam mulutnya.

"Nak Minjee.. Nak Minjee.. Nak Minjee..". Taehyung menggaru kepalanya.

"Jom balik rumah. Dekat rumah ada Yoongi hyung. Aku tak boleh bagi kau Minjee. Aku bagi kau Yoongi hyung eh? Dah bangun lah Park Jiminnn. Jangan lembikkan badan kau macam niii.. Berat lahhh"

............

Tutt..

Minjee mengeluh perlahan. Dia juga rindukan lelaki itu. Tapi apa yang boleh dia buat selain tinggalkan lelaki itu demi keselamatan mereka berdua.

Mata Minjee mula merah serta berair. Sukar untuk dia membuat keputusan. Namun demi kebaikkan dan keselamatan Jimin. Dia sanggup.

Air mata mula mengalir membasahi wajah sembab gadis itu. Kepalanya mengimbas kembali tentang Sukhoon, lelaki yang paling dibencinya.

Flashback..

Jam yang terletak elok di pergelangan tangan dikerling sekilas. Masih berbaki lagi beberapa minit sebelum penggambaran bersambung. Minjee membuat keputusan untuk merehatkan diri sebentar di dalam bilik khas buat perlakon perempuan. Dia memejamkan matanya seketika.

"Cik Minjee, saya letakkan baju Cik Minjee dekat sini ye" ujar salah seorang staff. Minjee mengangguk tanpa membuka matanya.

Deringan telefon yang membingitkan membuatkan Minjee merengus kasar. Mengganggu masanya saja!

Berkerut dahi gadis ini melihat nombor yang tidak dikenali yang membuat panggilan padanya. Telefon diletakkan semula di tepi tanpa mengangkat panggilan itu.

"Wartawan ni, masa aku tengah sibuk pun masih nak telefon. Huh!" gumam Minjee perlahan.

5 kali telefon Minjee berdering. Gadis itu semakin rimas. Telefon dicapai semula. Nombor yang sama yang membuat panggilan itu dari tadi. Kalau orang tak angkat 2 kali tu tak payah lah call lagi!

Sekali lagi telefon itu berdering. Pantas Minjee menekan button hijau sebelum telefon itu dilekapkan di telingannya.

"Can you please stop? Its annoying!" marah Minjee. Merah padam wajah gadis itu dibuatnya.

"Calm down baby. Kenapa baru angkat call aku ni? Memang sengaja nak bagi aku tunggu lama-lama untuk dengar suara lembut kau tu eh?" ujar seseorang di corong telefon membuatkan Minjee mengerutkan dahinya.

'Mamat gatal mana yang tiba-tiba call aku ni?' gumamnya dalam hati.

"Sorry? Who are you?". Gelakkan sinis kedengaran.

"It's me, Sukhoon"

Saat ini, wajah jejaka yang pernah bertahta di dalam hati seorang Hwang Minjee bermain di fikiran gadis ini. Disebabkan lelaki inilah perangai Minjee yang polos dan lemah lembut bertukar menjadi kasar dan pentingkan diri sendiri. Disebabkan dia, Kang Sukhoon.

"Sorry, wrong number". Belum sempat Minjee menekan butang merah di screen telefonnya, Sukhoon menghentikan perbuatannya.

"Don't hang up. Sekali kau matikan atau tak jawab panggilan aku lagi.. Aku akan pastikan nyawa boyfriend kesayangan kau dalam tangan aku"

Bergetar bibir Minjee saat diugut begitu. Gadis itu terduduk semula di kerusinya.

"Kau nak apa?". Nada suara Minjee kini berubah dingin. Lelaki ini tidak layak dilayan dengan baik.

"Simple. Aku nak kau putuskan hubungan dengan jantan tu" ujar Sukhoon tanpa selindung.

"What? Kenapa aku kena ikut cakap kau? Apa yang kau nak buat?". Suara Minjee mula bergetar. Mustahil! Mustahil untuk dia tinggalkan Jimin. Lelaki itu terlalu baik dengannya. Tak sanggup Minjee hendak melukakan hati Jimin.

"Agree or loose him? Choose one" ugut Sukhoon lagi. Minjee menggenggam penumbuknya. Giginya diketap rapat akibat geram.

"Ingat Minjee, ayah aku pernah bunuh orang yang kau sayang. Which is your parents. Jadi tak mustahil aku pun boleh bunuh orang yang kau sayang. Betul tak?"

Minjee tidak menyahut. Malah kekal mendiamkan diri bersama air mata yang mula mengalir di pipi.

"Leave him". Itulah kata-kata terakhir Sukhoon sebelum mematikan panggilan mereka. Telefon Minjee automatik terlepas dari genggamannya. Badannya menggigil. Dia perlu buat sesuatu.

"I'm so sorry Jimin"

tbc

 HEART SHELTER | PJM ✔️Where stories live. Discover now