04 •past

36 5 0
                                    


-HEART SHELTER-

-HEART SHELTER-

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


🤍  ∞🤍

POV AUTHOR

Minjee mencapai cawan dan menuang air untuk dirinya. Air tersebut diteguk sehingga habis. Kelibat Jimin yang sedang bersandar di dinding dapur dikerling sekilas. Dia melepaskan keluhan yang boleh didengari oleh Jimin.

"Take a sit" arah Minjee. Jimin mengikut arahannya dengan akur.

Minjee tidak langsung memandang ke arah Jimin. Cawannya yang kosong kemudian ditambah lagi dengan air.

Dia bersedia untuk menceritakan tentang perkara silamnya. Ikutkan hati, Minjee tidak mahu ingat tentang perkara itu lagi. Tapi, disebabkan Jimin ialah pembantunya, mungkin lelaki itu perlu tahu demi melindungi keselamatannya.

"I lost my parents when i'm 17" kata Minjee memulakan ceritanya. Jimin setia merenung gadis itu dan menunggu gadis itu menyambung ceritanya dengan penuh sabar.

Manakala Minjee langsung tidak memandang Jimin dan kekal menunduk memandang cawan di tangannya.

"Dekat dalam rumah ni" sambung Minjee lagi. Jimin kemudian meliarkan pandangannya ke setiap sudut rumah ini.

"Kenapa?" soal Jimin. Minjee menarik nafas dengan panjang lalu mengelipkan matanya yang mula berair.

"Dibunuh" balas Minjee. Jimin tergamam. Lelaki itu mendiamkan diri memberi peluang pada Minjee untuk meneruskan.

"I witnessed their murder Jimin. I nampak semuanya dengan mata I sendiri. Tapi I tak mampu nak buat apa-apa-". Minjee tidak mampu menyambung kata-katanya apabila dadanya mula terasa berat. Minjee mengetap bibirnya rapat.

Jimin turut mengalihkan pandangannya ke bawah. Dia ingin menghormati dalam masa yang sama dia tidak mahu Minjee berasa malu jika dia terus merenung gadis itu.

"Omma suruh I lari selamatkan diri masa I ada peluang. I lari sejauh yang mungkin. I sendiri tak tahu I nak pergi mana waktu tu" sambung Minjee lagi apabila keadaannya kembali stabil.

"Tapi orang yang bunuh omma dengan appa I takut I bagitahu polis. Jadi mereka cari I sampai dapat. Bermula daripada hari tu, I dah takut bila berseorangan. I selalu rasa macam diperhatikan"

Air mata Minjee mula menitik setitik demi setitik. Dia sudah tidak kisah lagi. Dia tak mampu untuk tahan!

"Macam mana dengan pembunuh tu sekarang?" soal Jimin. Perkara itulah paling dia risaukan sekali.

"I don't know Jimin. Tapi apa yang I ingat, polis dapat tangkap mereka masa mereka tengah cari I. Waktu tu, I bernasib baik bila ada orang yang sudi untuk tolong I. Diorang tolong panggilkan polis bila I kata I dalam bahaya" balas Minjee.

Jimin melepaskan keluhan berat. Bermakna pembunuh keluarga Minjee masih hidup. Bila-bila masa sahaja mereka akan mencari Minjee semula selepas dibebaskan.

"Lepas kejadian tu, I ubah identiti dan personaliti I. I dah nekad untuk buang Hwang Junghwa jauh dari hidup I. Kalau boleh I dah taknak ingat dah tentang perkara ni" kata Minjee. Tangan sebelahnya naik memegang dada. 

A/N : Jimin found out pasal nama sebenar Minjee sebab dia merayap dalam rumah Minjee lepas tu terjumpa diary lama Minjee which is masa dia 15 tahun.

"Kenapa kau masih tinggal dekat rumah ni? Sedangkan kau boleh je mulakan hidup baru dekat tempat lain" soal Jimin. Soalan itu berlegar dalam kepalanya.

"Rumah ni je peninggalan mendiang omma dengan appa" balas Minjee.

"I tak sanggup untuk sewa atau jual rumah ni. Memang sakit bila teringat semula saat mereka dibunuh. Tapi, I rela hadap semua benda tu daripada jual rumah ni dekat orang lain" sambung Minjee lagi. Jimin mengangguk faham.

Minjee cuba mengelap air matanya. Namun gagal kerana air matanya tidak berhenti mengalir. Entah mengapa dia terlalu emosi malam ini. Minjee yang sombong dan sentiasa dingin tiba-tiba lenyap.

Jimin yang memerhati setiap perbuatan Minjee mula berjalan mendekati gadis itu. Dia bertanggungjawab kerana dialah orang yang membuka topik perbualan mereka sehingga Minjee terkenang dengan masa silamnya.

Pergelangan tangan Minjee ditarik lalu kepala gadis itu ditarik rapat ke dadanya. Minjee agak terkejut pada awalnya. Namun dia turut membalas pelukan Jimin dengan merangkul tangannya di pinggang lelaki itu dan menyembamkan wajahnya di bahu Jimin. Dia betul-betul perlukan seseorang saat ini.

Bahu Jimin mula basah dengan air mata gadis itu. Jimin langsung tidak kisah tentang itu. Belakang Minjee diusap lembut. Usapan Jimin sedikit sebanyak dapat menenangkan Minjee.

Tidak lama kemudian, Jimin hanya dapat mendengar esakan kecil yang keluar dari mulut Minjee. Jimin meleraikan pelukan untuk melihat wajah Minjee.

Rupa-rupanya Minjee sudahpun terlelap akibat menangis dengan sangat lama. Automatik Jimin memegang bahu Minjee yang hampir jatuh kerana gadis itu langsung tidak sedar.

Lantas Jimin mendukung Minjee dah dibawa masuk ke dalam bilik gadis itu. Wajah Minjee yang basah dipenuhi air mata ditenung seketika. Kemudian Jimin mengelap wajah Minjee menggunakan kedua belah tangannya.

Minjee yang sedang lena tiba-tiba sahaja menarik tangan kanan Jimin dan dipeluk lengan lelaki itu dengan sangat erat. Dia beranggapan bahawa lengan sasa lelaki itu adalah bantal peluk.

Tangan Jimin yang sebelah lagi naik memegang dadanya yang berdegup dengan kencang secara tiba-tiba.

"Kenapa dengan aku ni.." gumamnya seorang diri.

Jimin cuba untuk menarik semula tangannya. Namun tidak berjaya apabila Minjee mengeratkan lagi pelukannya di lengan lelaki itu. Akhirnya, Jimin mengalah dan membiarkan sahaja lengannya dipeluk oleh Minjee.

Wajah Minjee menjadi mangsa tenungan Jimin. Walaupun sudah banyak kali lelaki itu cuba untuk tidak merenung gadis itu. Tetapi gagal.

"-kita tengok sampai mana kau boleh bertahan untuk tak jatuh dengan Minjee tu"

Kata-kata Taehyung mula bermain di kepala Jimin. Jimin menggelengkan kepalanya berkali-kali. Tidak! Dia tidak akan jatuh cinta dengan gadis ini sama sekali.

"Tapi kenapa kau tak boleh berhenti tenung dia Jimin?". Hati Jimin mula menjalankan tugasnya untuk menafikan kata-kata minda lelaki itu. Jimin memejam matanya rapat. Kata-kata minda dan hatinya yang seperti sedang bertengkar merimaskannya.

"Turunkan pandangan kau Jimin. Rentap tangan kau dari pelukan dia! Kau tak suka dia Jimin" kata minda Jimin yang bagaikan menghasut. Nafas Jimin menjadi tidak teratur. Wajah Minjee masih menjadi mangsa tenungannya.

"Aku rasa.. Hati aku betul. Aku memang tak sukakan dia. Tapi aku sayangkan dia" kata Jimin sendirian. Dia sudah mula sedar tentang perasaan sebenarnya.

Tangannya tidak henti-henti mengusap dadanya yang sentiasa berdebar apabila dirinya berada berdekatan dengan Minjee. Bibir gadis itu kemudian menjadi tatapan Jimin. Namun dengan sepantas kilat Jimin mengalihkan pandangannya.

"No Jimin. Bukan sekarang!" marahnya sendiri. Jimin memaksa diri untuk kekal memejamkan matanya supaya matanya tidak meliar ke tempat lain lagi. Akhirnya, Jimin terlelap dengan kepala yang terlentok di sisi katil Minjee.

Ting!

Telefon Jimin yang berada di dalam poket seluarnya bernyala menandakan ada mesej yang baru masuk.

Unknown

Jim, its me Tiya. I ada dekat korea sekarang. I rindu you sangat-sangat sayang. Jom kita jumpa?

tbc

 HEART SHELTER | PJM ✔️Where stories live. Discover now