-HEART SHELTER-
✧༺🤍༻∞ ∞༺🤍༻✧DUA BULAN KEMUDIAN
"Tiya! Boleh tak you dengar dulu apa I nak cakap?! You langsung taknak pandang muka I ni kenapa?". Lengan Tiya ditarik sebelum mata gadis itu dicerlung tajam. Berkerut wajah Tiya menahan perit lengannya dicengkam kuat itu. Wajah Jungkook dipandang.
"Lepas lah! Sakit! You takde kerja lain ke?!" teriak Tiya. Wajah lelaki di hadapannya itu dipandang dengan tajam. Dari dulu Jungkook tidak berhenti mengacaunya. Malah sudah diberi amaran banyak kali, masih lagi buat.
Sebab inilah Tiya perlukan bantuan Taehyung.. Hanya lelaki itu sahaja yang mampu berhadapan dengan Jungkook dengan tenang memandangkan mereka memang musuh dari zaman sekolah. Eh tak. Kawan bertukar kepada musuh.
"Haah, memang I takde kerja lain. Kerja I untuk dapatkan you balik. Just comeback to me! Apa yang susah sangat?!"
"You tanya I apa yang susah sangat? You selalu pukul I Jungkook! Siapa je yang berani stay dengan lelaki abuser macam you?!"
PANG!
Terasa kebas pipi Tiya pada masa itu. Air matanya mengalir perlahan-lahan. Tidak sangka dosanya pada Jimin akan dibalas dengan kewujudan lelaki bernama Jeon Jungkook ini. Hanya satu yang diharapkan. Dia berharap bahawa datang seorang lelaki yang mampu menyelamatkannya dari lelaki kejam ini.
"Ikut aku" ujar Jungkook dingin. Tangannya masih mengenggam pergelangan tangan Tiya dengan kuat tanpa berniat untuk melepaskannya.
"I taknak lah. Lepas!". Melihat Tiya yang masih berdegil membuatkan bibir Jungkook terjungkit sedikit mempamerkan senyuman sinis.
"Jangan cakap kat aku yang kau masih tunggu Jimin, lelaki yang takkan patah balik dekat kau tu? You have no shame at all" ujar Jungkook bersama tawa sarkastik dihujung ayatnya. Lidah Tiya menjadi kelu. Tidak tahu apa yang ingin dibalasnya.
Tanpa membuang masa yang lama, Jungkook menarik kuat tubuh kecil gadis itu sehingga membuatkannya terdorong kedepan. Dengan senang badannya dicempung Jungkook dan dibawa terus ke kereta milik lelaki itu.
"Jungkook! Turunkan I! You nak bawak I pergi mana?! I taknak Jungkook, please!!". Rayuan gadis itu langsung tidak diendahkan.
Belum sempat Jungkook memasukkan tubuh yang dicempungnya itu, sebuah tumbukan padu hinggap di pipi kirinya. Secara automatik pegangannya pada badan Tiya terlepas. Tidak semena-mena gadis itu hilang imbangan. Namun satu tangan pantas menampung belakang gadis itu sebelum tubuhnya menghempap lantai.
YOU ARE READING
HEART SHELTER | PJM ✔️
Fanfic"Keputusan I muktamat! I nak dia sebagai pembantu peribadi I yang baru" "Aku hanya akan buat apa yang kau suruh . Tapi ingat, aku takkan pernah anggap kau sebagai boss aku" --------- Jarang kan kita dengar lelaki jadi pembantu peribadi kepada pe...