Ahli Bts melihat ke arah Park Jimin yang sedang diam tidak berkutik. Mereka semua pelik melihat tingkah laku Jimin yang agak berbeza semenjak dua menjak ini.
Bukannya mereka tidak perasan Jimin lebih banyak mendiamkan diri dan lebih suka mengasingkan diri dari mereka semua.
Jimin hanya memandang kosong ke arah air minumannya yang dibeli di cafe university mereka.
Dan sudah tentu semua ini berlaku kerana gadis yang dicintainya. SONG JIHYO.
Dan sudah tentu juga Jhope dan juga Yoongi mengerti mengapa Jimin berkelakuan seperti ini. Bukannya mereka tidak tahu yang Jimin ada berjumpa dengan Mingyu tempoh hari. Kebetulan pada ketika itu mereka berdua berada di sana.
Jhope mengerling sekilas ke arah Yoongi lalu mengeluh kecil. Yoongi yang sedang memandang tajam ke arah Jimin membuatkan Jhope tahu apa yang akan berlaku sebentar lagi.
"Sampai bila kau nak macam ini Jimin?" soal Yoongi dingin menyentakkan ahli yang lain termasuklah Jimin sendiri.
Dia memandang ke arah Yoongi dengan penuh tanda tanya. Apa yang dimaksudkan oleh Yoongi? Jhope pula sudah tidak senang duduk.
"Jangan ingat aku tak tahu apa yang kau sorokkan dari kami semua. Aku tak bodoh macam mereka semua" ujar Yoongi sinis namun masih sempat lagi dia mengutuk sahabatnya yang lain.
"Apa maksud kau ni Yoongi? Rahsia apa yang Jimin sorokkan dari kami semua?" soal Namjoon apabila dia melihat wajah gusar Jimin.
"Aku tahu yang kau menaruh perasaan dengan Song Jihyo. Aku tahu yang kau cintakan dia. Sampai bila kau nak buat diri kau ini nampak seperti orang bodoh?" jawab Yoongi membuatkan semua orang yang berada di situ terkejut termasuklah Jimin namun tidak bagi Jhope.
"Mana kau tahu?" soal Jimin terkejut. Dia tidak kesah dengan pandangan orang lain ketika ini.
"Bukan Yoongi seorang tapi aku pon tahu. Aku nampak kau simpan gambar Song Jihyo dalam kotak dalam bilik kau" jawab Jhope apabila melihat wajah Yoongi yang selamba itu.
Kini Jimin mengalihkan pandangannya ke arah Jhope pula. Terkejut dengan apa yang baru dikatakan Jhope.
"Jangan salah faham. Aku masatu nak cari game controller dalam bilik masa kau pergi Jeju haritu and aku terjumpa kotak kau" jelas Jhope. Tidak mahu Jimin memandang serong terhadapnya.
"Patutlah kau lama sangat dalam bilik Jimin" Jungkook bersuara lalu mengusap dagunya ala-ala seperti seorang penyiasat.
Jimin memandang satu-persatu wajah sahabatnya lalu mengeluh kecil. Tidak menyangka yang rahsianya akan bocor seperti ini.
"Betul, aku cintakan Song Jihyo. Bahkan lebih lama dari bekas kekasih Jihyo, mendiang Joshua. Atau lebih tepat lagi, aku cintakan Jihyo terlebih dahulu berbanding sepupu aku sendiri." terang Jimin membuatkan kesemua mereka terkejut.
"Mendiang Joshua? Tapi macam mana kau kenal dia Jihyo dulu?" soal Taehyung
"Sebenarnya aku yang kenal Jihyo terlebih dahulu. Aku yang nampak dia dulu dan aku yang cintakan dia dulu berbanding Joshua"
"Aku tak pernah bagitahu sesiapa termasuk korang dan Joshua sendiri. Aku lebih memilih untuk melihat dia dari jauh dan perhatikan dia dari jauh" terang Jimin sambil memandang satu-persatu muka ahli yang lain
"Aku berniat nak bagitahu Joshua tapi--" Jimin jeda buat seketika lalu mengeluh berat
(Flashback)
Jimin tersenyum apabila dia melihat Joshua yang sudah terbaring elok di atas katil miliknya. Harini dia mahu memberitahu segala informasi tentang gadis cinta hatinya Song Jihyo kepada Joshua.
YOU ARE READING
Happiness [Park Jimin]
Fanfiction+ apabila kau tidak menyedari bahawa seseorang itu memiliki hati kau Status: on going Start: 28/03/2019 End: - 🍀song jihyo 🍀park jimin