03|🍀jealous

448 78 25
                                    

Pada malam itu Jimin hanya duduk di dalam biliknya. Sejak kejadian tengah hari tadi di cafe terus membuatkan mood Jimin hilang

Jimin yang pada ketika itu sedang terbaring di atas katil hanya mengeluh berat. Tangan yang berada di atas dahinya terus dialihkan

Dia sebenarnya rasa bersalah sebab tindak tanduknya pada ahli Bts pada tengah hari tadi. Dia cuma tidak dapat mengawal perasaannya. Perasaan benci

Tok tok!!

"Jimin aku masuk tau"

Apabila melihatkan tiada tanda-tanda, Jin terus masuk ke dalam bilik Jimin. Dia tersenyum kecil apabila melihat Jimin yang sedang termenung di atas katil itu.

Dia yakin yang Jimin pasti sedar akan kehadirannya

Jin terus mengorak langkah ke arah katil Jimin lalu direbahkan tubuhnya di sebelah Jimin. Jimin mengesotkan badannya ke tepi sedikit bagi memberi ruang buat Jin

"Neo kwenchana?"

Jimin hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Jin hanya mengeluh kecil. Kalau Jimin tidak bercakap, maknanya pasti ada benda yang tidak kena.

Dia bukannya baru sehari dua berkenalan dengan Jimin

"Kau tahu kan yang kau tak boleh tipu kami semua? Kitorang ada salah cakap ke tadi?"

"Aku okey je. Korang tak perlu risau pasal aku"

Jimin hanya memandang siling biliknya. Namun dia tahu yang Jin sedang merenungnya dengan dalam. Amat dalam

"Jakkaman..Omo!! Jangan-jangan kau jealous sebab tadi kitorang cakap yang Jihyo dengan Mingyu serasi?!!"

Wajah Jin sudah terkejut. Tangannya terus menutup mulutnya yang telah melopong. Dia dengan mata yang membulat memandang wajah Jimin

"Jangan nak mengarut.. Aku cuma stress sebab dapat new assignment. Bukannya pasal diorang dua tadi"

Jimin menjeling tajam wajah Jin. Jin ini kalau tidak berfikir yang bukan-bukan, mesti tidak sah. Tak ada perkara lainkah yang ingin dikatakan?

"Eleh~..dah jealous tu cakap sahaja"

"YAH!!"

Jin menyeringai suka melihat reaksi Jimin. Dia dengan cepat bangun dari katil Jimin lalu menuju ke pintu bilik tersebut.

Sebelum pergi sempat lagi dia menghadiahkan sebuah senyuman miang kepada Jimin
















Angin sejuk yang menyapa telinga Song Jihyo membuatkan gadis itu menggeliat kecil. Dia mengusap telinganya itu dengan lembut dengan keadaan mata masih lagi tertutup

Tiba-tiba 'angin' itu menjadi semakin kuat, dan ini membuatkan lena Jihyo terganggu

Dia dengan geram membuka matanya dan mencerlung tajam orang yang berada di hadapannya

"Yah Kim Mingyu!!..janganlah kacau aku"

Kemudian Jihyo terus membalutkan dirinya di dalam selimut semula. Mingyu yang memerhati hanya tergelak sebelum menarik semula selimut itu membuatkan Jihyo merengus kasar

"Wake up cutie pie..It's already morning"

Rambut Jihyo yang sedikit serabai itu diusap. Wajah Jihyo yang masih menahan kantuk dalam diri, ditenung lembut

"Bagi aku 10 minit lagi..aku masih mengantuk"

"No..nanti kita sampai lambat la..kau nak ke kena denda dengan Mr.Lee?..hmm?"

Happiness [Park Jimin]Where stories live. Discover now