Ting~Tong"Jakkaman" Jihyo dengan pantas berlari anak menuju ke pintu rumahnya untuk membuka pintu
Siapa pula yang mengganggu waktu berbahagianya sekarang? Nak kata Mingyu, sudah pasti Mingyu akan redah sahaja memandangkan dia tahu password rumahnya
"Nae?.. Dugusae--..Park Jimin?!" terbuntang mata Jihyo apabila Jimin sedang berdiri di hadapannya dengan wajah yang mendatar
Terus jantung milik Jihyo memainkan peranan apabila melihat wajah namja yang dicintainya. Pandangan tajam milik Jimin itu membuatkan dia gugup
"Bersiap sekarang. Aku nak kau ikut aku pergi mall" Jimin memandang mata bundar milik Jihyo buat seketika sebelum mengalihkan pandangannya ke arah lain
"Keundae..waeyo? Otto--"
"Aku bagi kau 10 minit untuk bersiap. Aku tunggu bawah" kemudian terus Jimin pergi meninggalkan Jihyo dalam keadaan terpinga-pinga
Terkelip-kelip mata Jihyo melihat perilaku Jimin itu. Adakah dia sedang bermimpi atau apa sekarang? Jimin mengajaknya untuk keluar? Apa yang mamat dingin tu mimpi semalam?
"Ottokae? Dia tahu apartment aku?"
Suasana yang agak kekok itu membuatkan Jihyo mengeluh berat. Sesekali dia mencuri-curi pandang wajah sisi milik Jimin yang dingin itu. Handsome
Sudah hampir sejam mereka berada dalam mall ini, tetapi satu kedai pun mereka belum kunjungi lagi. Apa yang dicari Jimin sekarang ini?
"Park Jimin " Jimin hanya mendiamkan diri sambil matanya meliar mencari sesuatu. Apa yang dicari sebenarnya?
Jihyo yang tahu dengan perangai Jimin itu, sedikitpun tidak terasa malah dia yakin yang sebenarnya Jimin menunggu agar dirinya menyambung ayatnya
"Apa yang Park Jimin cari sebenarnya? Boleh tak awak bagitahu saya"
"Diam dan percepatkan langkah kaki kau" tergaman Jihyo dibuatnya apabila Jimin berjalan pergi meninggalkan dirinya yang terkulat-kulat ini. Terus langkah kakinya terhenti
"Ish..tak padan dengan pendek, jalan mengalahkan Lee KwangSoo" sempat lagi Jihyo menampar angin seolah-olah dia menampar wajah Jimin. Mujur saja tika ini tiada orang lagi di sekelilingnya kerana masih awal lagi
"Yang kau terkulat-kulat dekat sana buat apa?!! Cepatlah!!" jeritan tiba-tiba Jimin itu menyebabkan Jihyo tersentak. Tak sedar yang Jimin sudah jauh meninggalkannya
"Tunggu saya!!" terus Jihyo berlari ke arah Jimin yang sedang berdiri di hadapan sebuah kedai
Kedai alatan melukis?
"Apa yang awak buat dekat depan kedai alatan melukis? Awak nak melukis?"
"Jangan jadi bengap. Harini kau beli sahaja barang keperluan kau untuk assignment kita. Aku belanja" kata Jimin berseloroh
"Yeh?!..tapi saya dah ada peralatan dekat rumah.. Buat apa saya beli yang lain?"
"Peralatan kau semuanya dah buruk. Aku taknak kau hasilkan lukisan yang tak berkualiti dan aku taknak aku hasilkan gambar yang tak cantik"
Jimin terus masuk ke dalam kedai tanpa mendengar kata putus dari Jihyo? Tergamam jihyo dibuatnya apabila melihat reaksi selamba Jimin
"Dia nak cakap yang lukisan aku buruk ke? Heol..."
[Park Jimin pov]
"Aigoo...penatnya" aku berbaring dengan mendepakan kedua-dua tanganku. Harini memang merupakan hari yang memenatkan
YOU ARE READING
Happiness [Park Jimin]
Hayran Kurgu+ apabila kau tidak menyedari bahawa seseorang itu memiliki hati kau Status: on going Start: 28/03/2019 End: - 🍀song jihyo 🍀park jimin