Pada pagi itu di kawasan university, dapat dilihat susuk tubuh seseorang yang sedang berjalan laju dengan riak wajah yang amat sukar untuk ditafsirkan.Dan orang tersebut ialah Song Jihyo. Jihyo berjalan dengan laju sambil anak matanya bergerak dengan amat cemas untuk mencari susuk tubuh seseorang.
"Mana Park Jimin? Saya nak jumpa dengan awak. Jebal" ujarnya terdesak sambil kakinya melaju dengan lebih cepat.
Tidak lama kemudian dia melihat susuk tubuh Park Jimin. Langkah kakinya berhenti secara drastik. Sekuntum senyuman terukir di bibir Song Jihyo. Lega apabila orang yang dicari-cari akhirnya ketemu.
Kemudian dia melangkahkan kakinya ke arah Jimin beserta senyuman manis.
Namun tiba-tiba Jihyo menghentikan langkah kakinya tidak jauh dari tempat Jimin. Senyumannya mati secara mendadak. Park Jimin. Dia tidak berseorangan.
Dia bersama---
Im Nayeon.
Jihyo ingat dengan gadis ini. Gadis inilah yang telah meluahkan perasaannya ke Jimin di cafe pada tempoh hari.
Jihyo melihat Jimin yang seperti tidak suka? Seakan-akan tidak suka dengan kehadiran Nayeon. Dia lihat pula ke arah Nayeon. Wajah gadis itu seperti mahu menangis.
"Sunbaenim. Saya betul-betul cintakan sunbae."
Terkejut Jihyo apabila mendengar ayat itu. Dunianya bagaikan kelam buat seketika. Dia terlupa akan fakta yang ramai gadis di kampus ini menaruh hati terhadap jejaka itu.
Dan dia takut. Takut jikalau Jimin sudah tidak menaruh perasaannya ke atas dirinya. Mungkin namja ini sudah penat untuk menanti jawapannya. Mungkin namja ini sudah tawar hati dengannya atau---
Mungkin kata-kata Jimin sebelum ini hanyalah dusta belaka. Mungkin namja ini hanya mempermainkan dirinya pada tempoh hari. Mungkin Jimin hanya mahu bermain dengan perasaannya.
Tanpa disedari gadis ini, anak matanya telah berair. Dia tidak mahu terluka kedua kalinya. Dia tidak mahu ditinggalkan oleh cinta hatinya sekali lagi.
Namun sekali lagi dia terkejut apabila melihat Nayeon yang tiba-tiba meluru ke arah Jimin lalu bibir mereka melekap antara satu sama lain.
Air matanya dengan laju meluncur di pipi. Dia tidak dapat menanggung perasaan kecewa dan sakit hati.
Saat itulah matanya melihat Jimin menolak Nayeon dengan kuat dengan riak wajah kemarahan. Jihyo menyaksikan semua itu dengan matanya yang sudah merah. Dia dapat lihat dengan jelas yang Jimin sedang dalam kemarahan.
Seakan-akan dia tidak suka dengan semua itu.
"BERAPA KALI AKU PERLU ULANG YANG AKU TAK CINTAKAN KAU?!! AKU CINTAKAN ORANG LAIN!! AKU CINTAKAN SONG JIHYO!!" jerit Jimin dalam keadaan marah membuatkan Jihyo dan juga Nayeon tergamam.
Jihyo memandang wajah Jimin dengan linangan air mata. Barusan dia mendengar namanya disebut? Wajah Jimin yang pada mulanya marah bertukar sebak apabila dia mengingatkan gadis yang dicintainya.
"Maafkan aku tapi aku tak cintakan kau. Aku cintakan Song Jihyo. Aku cintakan dia dari dulu, kini dan aku akan terus mencintai dia sampai bila-bila"luah Jimin kepada Nayeon yang sudah menangis akibat ditolak oleh Jimin.
Jihyo yang mendengarnya juga mengalirkan air mata. Dia kemudian mengesat air matanya lalu berjalan menuju ke arah Jimin yang sedang berdiri kaku di hadapan Nayeon. Melayan perasaan sendiri.
Kemudian dia terus menarik tangan Jimin tanpa menghiraukan Nayeon yang sudah menangis teresak-esak. Mujur sahaja tiada orang di sini.
Terkejut Jimin apabila Jihyo tiba-tiba sahaja menarik tangannya menuju ke satu tempat tanpa mengeluarkan sebarang suara. Dia memandang belakang badan Jihyo yang hanya menarik dirinya menuju ke satu tempat.
YOU ARE READING
Happiness [Park Jimin]
Hayran Kurgu+ apabila kau tidak menyedari bahawa seseorang itu memiliki hati kau Status: on going Start: 28/03/2019 End: - 🍀song jihyo 🍀park jimin