15|🍀sad

167 35 13
                                    

Kaca televisyen yang menayangkan rancangan Running Man tidak dipedulikan. Bukan dia yang sedang menonton televisyen, namum sebaliknya yang berlaku.

Jihyo mengeluh buat kesekian kalinya lalu memeluk lututnya. Gambar dia bersama mendiang Joshua ditenung penuh rindu.

"Saya rindukan awak Joshua. Rindu sangat" luah Jihyo sayu sambil mengusap gambar tersebut.

Jikalau Joshua masih hidup, sudah pasti Joshua akan cuba menceriakan harinya yang suram. Dulu, Joshua lah yang selalu memberikan sinar cahaya kepada Jihyo.

Namun, kini tiada lagi. Dia menempuh hari-harinya tanpa Joshua dengan sentiasa bersama Mingyu. Kerana mereka bertiga telah lama bersahabat.

Tidak lama kemudian, Park Jimin. Park Jimin hadir di dalam hidupnya. Walaupun pada awalnya Jimin tidak menyedari kehadirannya, namun dia dalam diam mencintai namja itu tanpa menyangka bahawa namja itu juga menyimpan perasaan yang sama.

Dalam masa yang sama, dia masih lagi tidak dapat melupakan Joshua. Joshua adalah cinta pertamanya. Dan sudah pasti perasaan cinta itu sukar untuk dipadamkan.

Ting-tong

Tersedar ke alam realiti, Jihyo memandang sekilas ke arah pintu apartmennya lalu mengeluh perlahan. Dengan berat kakinya melangkah ke arah pintu lalu dibuka.

Dia tersenyum kecil apabila melihat Mingyu yang sudah berdiri di hadapannya sambil tangannya menjinjing beberapa beg plastik.

"Kenapa tak masuk terus? Selalunya kau masuk je macam rumah ni kau yang punya" tuturnya lembut lalu melangkah masuk diikuti Mingyu.

Mingyu meletakkan beg-beg plastik yang dipegangnya tadi ke atas meja makan Jihyo. Dia memandang ke arah Jihyo yang sedang duduk tidak bermaya di hadapan televisyen.

Bibirnya mengeluh berat. Memang tidak dapat dinafikan, Jihyo ketika ini tiada bezanya dengan mayat hidup.

"Aku belikan makanan untuk kau cutie pie. Jom makan sama-sama. Biar aku siapkan" ujar Mingyu lalu terus menapak ke dapur untuk mengambil beberapa biji pinggan.

"Susahkan diri kau sahaja Gyu. Aku bukannya lapar sangat" Jihyo memandang setiap langkah Mingyu yang berjalan mendekat ke arahnya.

Tangannya dihulur untuk membantu Mingyu lalu diletakkan ke atas meja kopi miliknya. Mingyu mengambil tempat di sebelah Jihyo lalu dihulurkan gelas yang berisi dengan susu coklat.

"Kau jangan nak tipu aku my cutie pie. Kau tak makan dari pagi tadi lagi kan?"

Mingyu memandang tajam wajah Jihyo yang hanya sedang tersenyum palsu itu dan dia bencikannya. Dia bencikannya apabila Jihyo seperti berpura-pura tidak mempunyai maalah sedangkan perkara sebaliknya berlaku.

"Sampai bila kau nak macam ni cutie pie?" Jihyo yang pada ketika itu mahu memasukkan potongan makanan ke dalam mulut terus terhenti.

Dia memandang sekilas ke arah Mingyu sebelum menjatuhkan semula makanan ke dalam pinggannya lembut. Bibir sedaya upaya cuba untuk menguntum senyuman.

"Apa maksud kau Gyu? Aku biasa-biasa sahaja" Nafi Jihyo lalu menyuapkan makanan ke dalam mulutnya kembali.

"Kalau kau rasa yang kau mampu berbohong pada aku, berarti kau silap besar Song Jihyo"

Terkedu Jihyo apabila mendengar ayat Mingyu. Namun yang paling membuatnya terkejut adalah, Mingyu telah menyebut nama penuhnya dengan penuh kedinginan.

Dia menoleh memandang wajah Mingyu yang pada tika ini tiada lansung senyuman. Yang ada hanyalah  panahan mata yang tajam.

"Apa yang kau harapkan daripada aku Gyu? Mencintai dua namja dalam pada masa yang sama?" soal Jihyo lirih.

"Sudahlah Jihyo, kau sedar bukan yang Joshua sudah tiada. Kenapa kau masih lagi mahu terikat dengan kisah silam kau?" Tutur Mingyu geram. Kalau boleh, mahu sahaja dia menampar wajah Jihyo namun dia masih mempunyai kesedaran diri.

Jihyo memandang wajah Mingyu dengan tidak percaya. Tidak percaya dengan apa yang barusan di dengar.

"Apa maksud kau Gyu?Kau sedar tak Jo--"

"Joshua dah mati?Atau yang dia cinta pertama kau?Aku sedar Song Jihyo, sedar sangat" potong Mingyu tanpa menunggu kata habis daripada Jihyo

"Kau tak paham perasaan aku. Aku masih lagi cintakan dia. Dia orang pertama yang ada dalam hati aku. Tanpa dia mungkin ak--"

"Macam mana dengan Park Jimin? Kau masih lagi menaruh perasaan terhadap dia bukan?" sekali lagi Mingyu memotong kata-kata Jihyo. Jihyo memandang sekilas wajah Mingyu sebelum dia mengeluh kecil.

"Aku tak boleh khianati hati aku sendiri. Memang aku citakan dia tapi aku juga cintakan Joshua" ujarnya lemah

Mingyu mengeluh berat sebelum tangan Song Jihyo diraih lalu digenggam lembut. Puncak kepala Jihyo diusap.

"Look my dear. Tak salah untuk kau tidak melupakan cinta pertama kau tapi salah apabila kau menghalang masa hadapan kau sendiri. Joshua adalah masa lalu kau manakala Jimin adalah masa depan kau" tutur Mingu lembut

"Jangan biarkan diri kau terseksa dengan kenangan kau pada masa lalu kerana itu semua tidak dapat mengubah apa-apa pada masa sekarang. Berikan peluang kepada diri sendiri dan lihat keajaiban yang bakal berlaku"

Jihyo memandang anak mata Mingyu dengan dalam. Sedikit sebanyak dia berasa lega apabila mendengar kata-kata daripada Mingyu.

"Aku yakin yang mendiang Joshua juga mahu kau bahagia di sini. Tanpa dia. Ingat my dear, jangan sesekali hancurkan masa depan kau demi masa lalu kerana pada akhirnya kau yang akan menyesal" 

Mingyu tersenyum manis apabila melihat mata Jihyo yang sudah bergelinangan air mata. Ibu jarinya diangkat lalu diseka lembut. Kedua-dua sisi kepala Jihyo dipegang lembut.

"Aku sayang kau my cutie pie and always be. Aku tak suka tengok kau macam ini. Janji dengan aku yang kau akan dengar kata-kata aku. Janji dengan aku yang kau akan kejar semula kebahagian kau yang telah kau lepaskan. Janji dengan aku yang kau tidak akan terluka lagi. Promise me my dear. Please, I'm begging you"

Jihyo memandang lama wajah Mingyu sebelum membuat keputusan untuk menyembamkan wajahnya di dada bidang milik Mingyu. Mingyu membalas pelukan Jihyo apabila dia dapat merasakan bajunya basah. Dan sudah pasti ianya basah disebabkan air mata milik gadis kecil ini.

Biarlah buat sementara waktu keheningan malam menemani mereka berdua. Biarlah keheningan ini menjadi maksud kepada isi hati gadis kecil ini----



SONG JIHYO





-I'm not afraid to fall in love. I'm afraid to fall for the wrong person again-

Vomment anda amat yaya hargai♥️

Happiness [Park Jimin]Where stories live. Discover now