07|🍀memories

395 77 30
                                    

Song Jihyo hanya memandang persekitaran taman bunga di Hanguk University. Angin sepoi-sepoi bahasa sesekali menampar lembut pipi mulusnya dan rambutnya setia mengikut arah angin itu

Jihyo tersenyum sendirian sebelum tangannya mengeluarkan sebatang pensil dan sketchbook bersaiz sederhana kecil. Dia menyelak satu-persatu helaian yang telah dihiasi dengan lukisannya sendiri sebelum pandangannya jatuh ke atas sebuah lukisan

Jihyo menggosok perlahan lukisan itu dan tanpa sedar dirinya tersenyum perit. Gambar bunga ros putih yang dihiasi dengan sebuah pasu kecil bersama dengan corak diatasnya mempunyai sebuah kisah disebaliknya

Sebuah kisah yang membuat dirinya tenggelam. Tenggelam di dalam dunia tanpa cahaya

(Flashback)

Jihyo berjalan secara perlahan-lahan dengan bibir yang sudah menguntum senyuman manis. Langkahnya didekati ke arah seseorang yang nampaknya begitu ralit sekali sedang melukis sesuatu di dalam sketchbook nya

Melihatkan namja itu masih ralit dengan kerjanya, Jihyo semakin menyeringai suka. Dia perlahan-lahan berjalan ke arah seorang namja itu lalu

BAH!!

Terkejut namja itu apabila ada seseorang menyergah dirinya dari arah belakang tetapi lagi mengejutkan apabila seorang yeoja memeluk lehernya lalu melabuhkan dagunya ke bahu kirinya

"Chagi..terkejut oppa" si namja itu hanya tersenyum suka sebelum tangannya naik menggosok kepala Jihyo

Jihyo menyeringai suka sebelum mencium sekilas pipi kiri namja itu

"Kurae? Oppa terlalu khusyuk melukis sampaikan yeojachingu sendiri datangpun tak perasan" Jihyo melepaskan tautan lalu bergerak ke hadapan namja yang dicintainya

Dia mengangkat kedua-dua tangan namja itu sebelum duduk di atas peha berhadapan dengan wajah namja tersebut. Dia dengan spontan merangkul leher namja itu sebelum tersenyum manis

Manakala namja itu pula terus merangkul pinggang ramping milik gadis pujaan hatinya. Wajah Jihyo yang cantik itu ditenung lama kemudian mengucup sekilas bibir milik Jihyo

"Bagitahu saya apa yang oppa lukis sampaikan saya datangpun awak tak perasan"

"Igeo" Jihyo terus melihat skectbook miliknya yang telah dilukis sesuatu oleh namjachingunya

"Ini bukan ke bunya ros putih kesukaan saya? Yeppeoda"

"Chagi suka?" tanya namja itu sambil bermain dengan rambut panjang milik Jihyo. Jihyo hanya tersenyum suka

Gambar bunga ros putih itu ditatap dengan penuh khusyuk. Lupa sebentar dia dengan namjachingunya.

"Chagi tahu tak kenapa oppa suka bagi bunga ros putih dekat chagi?" Jihyo terus palingkan wajah ke arah namjachingunya

"Wae?"

"Sebab bunga ros putih ni melambangkan diri chagi. Amat cantik untuk dilihat,amat wangi untuk dihidu tetapi amat takut untuk dipegang kerana berduri" Jihyo hanya setia mendengar falsafah namjachingunya walaupun satu patah perkataan dia tidak hadam

"Dan chagi adalah bunga ros putih bagi semua namja miang-miang dekat luar sana. Wajah chagi tanpa sebarang make-up amat cantik dipandang,wangian strawberry chagi amat wangi untuk dihidu. Tetapi amat takut untuk disentuh kerana chagi mempunyai pelindung iaitu oppa"

Happiness [Park Jimin]Where stories live. Discover now