13|🍀avoid

265 43 46
                                    

P/s: Yaya mintak untuk korang baca chap ini dengan sad song please. Suapaya dapat menghayati😂

Kini sudah lebih daripada seminggu sejak mereka bertiga pulang dari Pulau Jeju. Dan dalam masa itu jugalah Jihyo dengan bersusah payah menghindari diri daripada Jimin.

Dia buntu. Apakah perasaannya yang mencintai dua namja dalam satu masa itu adalah benar? Kenapa perasaan ini harus hadir? Kenapa? Kenapa dirinya?

Sejak kejadian di mana Jimin mengungkapkan perasaan secara tiba-tiba pada tempoh hari membuatkan Jihyo semakin tidak keruan. Tidak pasti dengan perasaannya sendiri. Dia bagaikan tidak percaya apabila Jimin juga mmpunyai perasaan yang sama seperti dirinya.

Gembira. Dia memang gembira apabila Jimin mencintai dirinya namun dalam masa yang sama dia buntu. Apakah perasaan Jimin itu benar atau hanyalah tipu semata-mata.

Bagaimana seorang mahasiswa yang paling digilai ramai gadis memilih dirinya yang hanyalah sekecil kuman? Yang tidak memiliki sebarang daya tarikan. Dia takut jika Jimin hanya mahu mempermainkan perasaannya.

"Jihyo. Jihyo tunggu aku" tersentak Jihyo apabila Jimin dengan tiba-tiba menjerit memecahkan keheningan di kaki lima koridor universiti. Nasib sahaja tiada seorangpun di situ. Jihyo menoleh ke belakang apabila mendengar derapan kaki Jimin.

Jihyo dengan lajunya mempercepatkan langkahnya. Dia tidak mahu berjumpa dengan Jimin buat masa sekarang. Tak, bukan sekarang. Jimin pula sudah mendengus kegeraman apabila Jihyo sekali lagi cuba untuk lari darinya.

Dia dengan cepatnya lari menuju ke arah Jihyo yang semakin menjauh.

"Jihyo!! Jakkaman. Song Jihyo!!" terus lengan kiri milik Jihyo direntap dengan kuat dari arah belakang. Habis terpusing Jihyo ke belakang dengan laju. Wajah Jihyo yang terkejut itu membuatkan dia semakin berang.

"Kau cuba lari dari aku ke Song Jihyo?!" mata bundar Jihyo yang bergetar hebat itu ditenung dengan tajam. Tangannya masih lagi menggenggam erat lengan kiri milik Jihyo. Sesungguhnya dia marah dengan tindakan Jihyo ini.

Dia tidak suka. Tidak suka apabila Jihyo cuba menjauhkan dirinya sedangkan Jihyo secara terang-terangan sudah mengetahui isi hatinya.

Jihyo pula sudah mati kata. Wajah berang Jimin itu membuatkan dia gugup. Tangan Jimin yang berada di lengannya itu cuba untuk dileraikan namun ia hanyalah perbuatan yang sia-sia.

"An--anniya. Saya cuma ras--- Apa yang awak buat ni Park Jimin?!" terkejut Jihyo apabila Jimin secara tiba-tiba menarik dirinya menuju ke suatu tempat.

Jimin hanya mengendahkan suara Jihyo dan makin melajukan langkahnya. Rintihan dan rengekan Jihyo tidak dipedulikan. Wajahnya tegang tanpa sebarang reaksi. Tangannya menggenggam erat lengan kiri Jihyo. Tanpa dirinya sedar, genggamannya itu membuatkan Jihyo kesakitan.

"Park Jimin lepaskan saya! Awak! Saya sakitlah! Lepaskan saya Park Jimin!" Jihyo meronta-ronta untuk dilepaskan. Sungguh lengannya terasa sakit yang amat sekarang. Genggaman Jimin terlalu kuat sehingga dia tidak mampu untuk meleraikannya.

Apabila sudah sampai di tempat yang dituju, Jimin dengan kasar menarik Jihyo masuk ke dalam lalu mengunci pintu dari dalam. Badan kecil milik Jihyo terus didorong ke dinding lalu mengunci badan itu dengan melekapkan kedua tapak tangannya di kedua-dua sisi badan Jihyo.

Jimin memandang tajam ke arah wajah Jihyo yang sedang terkejut dengan semua perkara yang terjadi sekarang. Nafasnya memberat seiring dengan perasaannya sekarang. Marah dan geram dengan Song Jihyo.

"Kenapa awak bawa saya ke studio tarian?" Jihyo menyoal apabila dia menyedari di mana keberadaan mereka sekarang. Di dalam sebuah studio tarian. Namun studio yang sudah lama tidak digunakan dan usang.

Happiness [Park Jimin]Where stories live. Discover now