"Tuan Café?" Soal Jungkook sendirian sebaik sahaja dia sampai di sebuah kafe yang dicadang rakan baiknya untuk memint kerja kosong.
Pintu kafe dibuka. Sebaik sahaja kakinya menapak masuk, dengan tidak sengaja matanya bertembung dengan seorang gadis yang baru keluar dari bilik staf.
"A-Ah selamat datang!" Tunduk gadis yang tadinya sedang membetulkan seragam kerjanya menunduk hormat.
Jungkook hanya mengangguk. Baru sahaja kaunter ingin ditapak gadis itu, remaja lelaki yang baru masuk ke kafe itu memanggilnya.
"Cho-Chogiyo" Panggil Jungkook.
Moon Cheryl yang sudah menoleh itu hanya tersenyum segaris di hadapan remaja lelaki itu.
"Encik Tuan ada ke sekarang ni?" Soal Jungkook. Baru sahaja soalan itu ingin dijawab Cheryl, seorang lelaki mula menyampuk.
"Ya saya" Jawab Mark yang kebetulan baru keluar dari tandas itu.
"Boleh saya bercakap dengan encik sekejap?" Sopan Jungkook. Cheryl yang hanya berdiri statik disitu hampir tidak faham isyarat majikan barunya menyuruhnya memulakan kerja.
Sebaik sahaja gadis itu meminta diri, Jungkook dan Mark mula menapak naik ke bilik pengurus kafe itu.
"Ya jemput duduk" jemput Mark. Kerusi ditarik Jungkook. Sebaik sahaja kerusi didudukinya, deheman dilepaskan sedikit untuk menyelesakan tekaknya.
"Kamu mesti Jeon Jungkook kan?" Soal Mark.
Jungkook yang hampir tidak asing orang di dalam bandar itu terus mengenalinya dengan sekali pandang itu hanya mengangguk.
"I won't judge you, and you always welcome here" senyum Mark. Mendengar apa yang dikatakan bakal majikannya, senyuman yang jarang ditunjukkan kepada orang asing mula terukir.
"Yugyeom ada cerita juga sikit pasal kamu sebelum ni dan hyung yakin kamu tak ada lah bermasalah sangat"
Sambung lelaki itu. Laci meja mula dibuka dan borang butiran pekerja mula diletakkan lelaki itu di atas meja.
"Kamu boleh isi borang ni, dan ini uniform kafe ni" terang Mark menunjukkan ke bahagian borang yang perlu Jungkook isi.
"Kamsahabnida" ucap Jungkook bangun dan menunduk sedikit dan Mark hanya mengangguk.
Bangun sahaja Jungkook dari kerusi itu, kerutan mula ditunjukkan Mark hairan.
"Kamu tak nak mula kerja sekarang ke?" Hairan lelaki itu selepas sedar Jungkook mahu meminta diri bersama seragam yang diambil tanpa memberikannya borang butiran pekerja.
"A-Ah. Saya rasa nak mula esok. Bolehkan?" Jawab Jungkook yang ingin menapak keluar dari bilik pengurus itu.
Gelengan dibuat Mark. "Mana yang kamu selesa" Balas Mark tenang. Jungkook yang menunduk buat sekian kali itu mula menapak keluar.
➽ ➽ ➽
"Oh Jeon Jungkook namanya"
"Tapi kenapa dia nak jumpa Mark oppa?" soalan mula hadir di minda Cheryl teringatkan soalan pertama Jungkook sebaik sahaja kafe dimasukinya tadi.
"Tak kan dia kerja sini?"
"Ani!" Geleng Cheryl. Bunyi tangga besi mula kedengaran. Monolog gadis yang kini berseorangan di kaunter itu berakhir selepas perasan Jungkook mula menapak keluar dari kafe itu memegang borang dan seragam yang sama dia sedang pakai ketika itu.
YOU ARE READING
[𝐎𝐆] Moon Cheryl - JJK
Fanfiction𝐎𝐧-𝐆𝐨𝐢𝐧𝐠 Jeon Jungkook, 18 tahun. Mempunyai latar belakang yang sangat bermasalah. Moon Cheryl, 18 tahun. Sejak dia berpindah ke sekolah baharu, dia mula mengenali Jungkook lebih dalam daripada orang lain. Banyak yang dia pelajari tentang Jun...