➳zehn

52 6 7
                                    

Asap rokok dilepaskan ke udara. Remaja lelaki yang masih menunggu Moon Cheryl di sebuah blok lama itu mencampakkan puntung rokok yang diisap ke tanah.

"Haih lambat betul" Rengus Kim Yugyeom memijak puntung rokok tersebut.

Baru sahaja blok lama itu ingin ditinggalkan, figura Cheryl yang kepenatan pun sampai.

"Huh! Huh! Kejap! Penat ni!" Kata Cheryl memegang dadanya cuba mengambil nafas.

➽ ➽ ➽

"Other group dah start ambil barang. Itu yang aku ajak tu" ujar Yugyeom semasa membuka stor barangan seni di blok agak lama itu.

Lampu dan penghawa dingin terhidup sebaik sahaja kad pelajar diimbasnya.

"Tengok-tengoklah dulu. Aku nak jawab call kejap" ujar lelaki itu mula menapak ke sebuah bilik kosong yang tidak lagi digunakan.

Sekeliling stor seni lama itu diperhati Cheryl. Dinding yang dipenuhi hasil karya pelajar itu membuatkan gadis itu sangat kagum.

 Dinding yang dipenuhi hasil karya pelajar itu membuatkan gadis itu sangat kagum

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

전정국

Nama pelukis dibacanya. Riak wajah tidak percaya ditunjukkan gadis itu.

"Cantikkan aku lukis" sampuk seorang lelaki dari belakang gadis itu. Cheryl yang menoleh ke belakang itu, hampir sahaja tercabut jantungnya.

"Ah kamchagi!" Dadanya cepat-cepat diurut. Jungkook yang hanya tergelak kecil itu menggeleng.

"Oh date dalam ni rupanya korang" usik Sara yang turut masuk bersama Jaehyun itu.

Cheryl yang agak hairan itu mula memalingkan wajahnya memandang Yugyeom.

"Aku ajak kau je. Tak sangka ada rombongan menyibuk" Balas Yugyeom menjongketkan bahunya.

Gelengan hanya dibuat gadis itu sebelum satu meja bulat yang ditumpu lima rakan sekelasnya dituju.

➽ ➽ ➽

"Malasnya nak kerja!!" Rengek Mingyu yang terpaksa bertukar syif dengan seorang staf di bakeri yang dia bekerja.

"Demi nafkah sanggupkan diri bang" ujar Jaehyun menepuk bahu Mingyu.

Yugyeom dan Jungkook yang mengendahkan dua rakan mereka mula menukar barang secara senyap-senyap supaya tiada pelajar yang perasan perbuatan mereka berdua.

"Dalam petang ni aku nak singgah asrama. Nak ikut?" Ajak Jungkook sebaik sahaja kotak rokok yang dibelinya daripada Yugyeom diseluk ke dalam poket.

[𝐎𝐆] Moon Cheryl - JJKWhere stories live. Discover now