➳ zwei

49 10 2
                                    

"Moon Cheryl?" Soal Puan Goh, guru kelas 12-A2. Moon Cheryl yang siap berseragam blazer serta skirt ungu gelap itu hanya mengangguk.

"N-Nae" Jawab Cheryl mengukir sedikit senyuman.

"Baiklah, kamu boleh ikut saya ke kelas" senyum Puan Goh yang kebetulan akan mengajar pelajaran kedua, kelas A2 itu.

Cheryl yang menunduk sedikit itu, mula membontoti guru wanita itu dari belakang.





Tap! Tap! Derapan kasut guru wanita bertumit tinggi memenuhi kelas A2. Para pelajar yang awalnya bising, mula diam sebaik sahaja guru kelas merangkap guru Bahasa Korea mereka masuk ke kelas.

"Perhatian semua, harini kamu terima seorang rakan baru" umum Puan Goh. Cheryl yang mula ke depan kelas selepas diminta guru wanita itu menghembuskan nafas cuba menenangkan diri.

"Annyeonghaseyo, je ireumeun Moon Cheryl imnida" ucap Cheryl menghias wajahnya dengan senyuman yang sangat manis.

"HAI CHERYL!"

"EH CINTA HAI!"

"Bakal jodoh hai!"

Bermacam kata-kata memenuhi kelas A2 ketika itu. Puan Goh yang mengetuk beberapa kali meja guru menggunakan pemadam papan putih itu meminta murid-muridnya diam.

"Hmmm Cheryl kamu boleh duduk sebelah..."

"Sini sayang! Eh Cheryl!" Gatal Jaehyun membaling beg sekolah Yugyeom ke luar kelas.

"*Yah saekkiya!" Carut Yugyeom yang sudah berlari mengambil beg sekolahnya di luar kelas. Jungkook yang hanya melihat Yugyeom itu menggeleng dan kembali fokus ke depan dengan wajah bosan.

*tak guna

"Sini Cheryl! Duduk sebelah saya" ujar Yoon Sara mengangkat tangannya. Cheryl yang mengangguk itu mula menapak ke tempat di sebelah Yoon Sara yang terletak di sebelah tingkap kelas itu.

Sebaik sahaja tempat diambil Cheryl, Puan Goh memulakan kelas Bahasa Korea pada haritu.

➽ ➽ ➽

"TERIMA KASIH PUAN GOH!" Ucap satu kelas itu bangun dan menunduk hormat. Keluar sahaja guru Bahasa Korea itu dari kelas, tempat Cheryl mula dikerumuni pelajar kelas itu dan kelas sebelah.

"*Ah nomu yeppeuda!" Puji Hong Saerim dan dua rakannya mengangguk setuju.

*ah so pretty

"Kenapa pindah sini? Dulu sekolah mana?" Soal Jung Wooyoung, ketua kelas A2 itu.

Sedang sibuk semua di meja Cheryl, hanya Jungkook yang sedang mencari rokok elektroniknya sahaja tidak ke meja gadis itu.

Dari meja ke loker yang berada di tingkat bawah, rokoknya tiada di mana-mana.

"Haih, haritu yang batang. Ni elektrik punya pun hilang? Sial mana yang curi" Geram Jungkook menghempas pintu lokernya geram.

➽ ➽ ➽

"Cantik sia Cheryl tu" angau Jaehyun dan Yugyeom yang mengulum lolipop itu mengangguk turut bersetuju dengan penyataan Jaehyun.

"Cheryl?" Hairan Bambam dan Mingyu yang baru sampai di meja batu tempat mereka selalu lepak semasa rehat.

"Nugu?" Soal Eunwoo dan Dokyeom yang turut sampai ketika itu.

[𝐎𝐆] Moon Cheryl - JJKWhere stories live. Discover now