➳zwölf

41 4 0
                                    

"Turun kejap" kata Jungkook sebaik sahaja superbikenya diparkir di hadapan sebuah drug store. Cheryl yang tidak banyak menyoal itu hanya mengikuti Jungkook masuk ke dalam.

"Hi, welcome to Jinson" ucap staf Jinson mesra. Jungkook yang terus menapak ke bahagian syampu itu masih lagi diikuti Cheryl tanpa sebarang kata.

"Ok, bau mana kau suka?" Soal Jungkook tiba-tiba sebaik sahaja mereka berdua berdiri di hadapan rak syampu.

"Kenapa?" Soal Cheryl hairan.

"Kot-kotlah Yoongi hyung.."

"Hmmm sokay nanti nak ambil lesen kereta juga" Balas Cheryl menjongketkan bahunya. Bahagian mask kecantikkan mahu ditapaknya tetapi sempat dihalang Jungkook.

"Yah! Lepas! Jangan tariklah!" Lengan Jungkook sudah ditampar Cheryl. Sweater ungu muda yang ditarik Jungkook pada bahagian kolar sebentar tadi, dibetulkan gadis itu.

"Eh jangan! Sinilah tolong aku" Rengek Jungkook. Remaja lelaki itu sudah dipandang Cheryl atas bawah dengan pandangan jijik.

Perkara itu diendahkan. Gadis yang kini fokus kepada rak syampu itu mula mengambil satu syampu haruman strawberi dan memberikannya kepada Jungkook.

"Ni wangi! Rambut saya bau ni" ujar Cheryl mencadangkan kepada Jungkook. Jungkook yang mendekatkan sedikit hidungnya dengan rambut gadis itu mengangguk.

"Ok ada bau strawberi" ujarnya mula membelek botol syampu itu.

Semasa mereka berdua mencari beberapa lagi barangan yang mahu dibeli beberapa bisikkan sudah didengari.

"Ha tu la Jeon Jungkook tu" bisik seorang gadis lebih kurang umur mereka.

"Yeah he's not bad but euw fuckboy yuck!" Ujar rakan gadis itu. Jungkook hanya mengendahkan perkara itu dan mula kaunter ditujunya.

"Dah ke? Kalau dah saya nak bay..."

"Tak pa, harini aku belanja" tolak Jungkook. Sejumlah not diberikannya kepada juruwang.

Cheryl yang melepaskan keluhan itu tersenyum sedikit semasa mengambil barang sebaik sahaja urusan mereka selesai.

Kedai ditapak mereka keluar.

"Nak balik terus ke?" Soal Jungkook. Cheryl yang tidak menjawab itu berfikir seketika.

"Hmmm kita pergi branch baru tu nak? Hani unnie kata dia nak pergi harini" ajak Cheryl dan Jungkook hanya mengangguk.

"Sure! Let's go" setuju Jungkook mula memberikan topi keledar kepada Cheryl. Sebaik sahaja motosikalnya dihidupkan, kawasan deretan kedai kecantikkan itu mula dipandu Jungkook keluar.

➽ ➽ ➽

"Ha yang ni boleh... Eh korang datang? Kata nak keluar date?" Tegur Hani yang kebetulan menjadi supervisor para pekerja yang diupah Mark untuk menambaik dan menghias cawangan baru Tuan Café.

Gulingan bebola mata dibuat Cheryl. Gadis yang menayangkan riak menyampah itu membuatkan Hani tergelak.

"Unnie usik je la" ketawa Hani kecil. Bahu Cheryl ditepuknya perlahan.

"Hani kalau nak balik boleh bal... Lah baru balik dating ke?" Soal Mark yang tadinya memandang skrin telefon.

Sebaik sahaja wajahnya diangkat, riak menyampah Cheryl yang masih lagi tidak berubah membuatkan lelaki itu pula ketawa.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 24, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[𝐎𝐆] Moon Cheryl - JJKWhere stories live. Discover now