satukosong

413 48 12
                                    

Harith yang berjalan di depan aku pandang dengan dahi berkerut. Masih tak percaya dia di depan mata aku. Tadi, lepas dia say hi kat aku, aku tak jadi nak pengsan sebab masih di pejabat. Jadi aku tanya Ustaz Wakeel dia kelas mana.

"Er.. ke- kelas apa, ustaz?" Nampak tak betapa gelabahnya aku sampai tergagap.

"5 Science 1. Kelas Haura, kan?" Mesra ustaz tersenyum menjawab soalan aku. Ustaz Wakeel ni antara guru kesayangan pelajar. Sebab beliau sangat friendly dan baik hati.

"Ya ustaz, kelas saya."

Tak sekarang ni, kenapa dia lagi bijak dari aku? Ceh!

"Oke ustaz. Em,, kami pergi sekarang, eh?" Aku meminta izin untuk berlalu sebab macam dah tak ada apa untuk dikatakan lagi.

"Eh ya ya. Baiklah. Terima kasih sekali lagi, Haura, Izyan."

"Baik, ustaz. Pergi dulu." Haura angguk sopan. Selepas itu, dia pandang aku. Aku pandang dia sebelum aku toleh memandang Harith yang terjungkit kening memandang aku.

"Jalan dulu." Aku bagi arahan sepatah padanya. Dia berjalan di depan dan aku dengan Haura mengekori dari belakang. Seeloknya begitu. Perempuan mana boleh jalan depan lelaki.

"Jalan, jalan ni.. kelas nya mana?" Aku dengar suara dari depan menyoal dengan helaan nafas penat.

Aku terkebil-kebil. Menoleh kepada Haura. Haura mencebik.

"Depan tu je." Kelas dia, biarlah dia yang bagitahu.

"Weh, seriuslah ni Harith?" Haura berbisik di telingaku perlahan. Semerta aku mengangkat mata melihat susuk di depan sana.

"Rasanya betul dah. Kenapa pulak? Tak kenal dah ke?"

"Bukanlah. Aku confuse dia buat apa kat sini." Haura turut memandang Harith di depan. Si topik perbualan masih berjalan bersendirian.

"Lah... Dah sah sah dia pindah sini, kan?" Aku cuba ingatkan dia balik kut-kut masa turun tangga tadi sel otak turun sekali.

"Ish kau ni!"

"Aduh!" Aku menyeringai sakit bila Haura tepuk bahu aku kuat sampai aku sedikit tertolak ke tepi. Menarik perhatian Harith sehinggakan dia menoleh ke belakang.

"Kenapa?"

Aku tercengang.

"Aaa ? Eh tak ada apa. Sambung jalan, sila." Aku hulurkan tangan ke depan, membuat isyarat agar dia terus berjalan. Haura tergelak perlahan.

"Elele.."

Aku jeling dia tajam. "Diam perempuan."

***

"Eh weh, cikgu aku dah datang. Aku pergi dulu eh?" Tiba di persimpangan blok tingkatan kami, aku melihat Cikgu Ayuni dah berada di depan pintu kelas aku. Baru teringat sekarang subjek BM selama setengah jam sebelum rehat.

"Oh? Oke, sila sila." Haura tolak aku perlahan. Terus aku berjalan laju ke kelas. Kelas kami hanya di depan sana. Tersusun mengikut turutan. Bermaksud kelas aku di sebelah kelas Haura.

"Weh aku masuk kelas dulu. Depan tu je. Kau sekelas dengan Haura." Sempat aku berpesan kepada Harith yang nampak agak terperanjat bila aku tiba-tiba menegur di sebelahnya. Aku perasan yang dia menginjak ke tepi sedikit mencipta jarak.

Eee sukanyaa! Eh astaghfirullahaladzim.

"Oh, okey okey."

Aku angguk sekilas sebelum berjalan laju ke kelas. Cikgu Ayuni dah masuk dan aku dapat dengar budak-budak kelas aku tengah baca doa mula belajar. Aku menunggu depan pintu sehingga doa diaminkan sebelum aku masuk.

[C] ENCIK TUNANGWhere stories live. Discover now