satudua

383 46 45
                                    

"Umi, hari ni nak masak apa?"

Umi yang sedang bersantai depan televisyen aku tuju. Tersengih-sengih di sebelah umi sambil menguis-nguis baju umi. Umi jeling, buatkan aku lagi tersengih.

"Kenapa? Iz nak apa?" Umi menyoal tanpa mengalihkan fokusnya daripada televisyen. Tak ada apa pun, Wanita Hari Ini je.

Aku terus bersila di sebelah umi sambil menghadap umi. Umi ni macam tau tau ja saya nak something something kan.

"Rasa macam nak makan sambal udang la, umi. Ada udang tak?"

"Udang? Ada. Yelah, nanti kita buat." Balas umi sambil tersenyum nipis.

Aku bersorak. Lama dah aku craving. Nasib baik ada udang.

" Yeay, thank you umi!" Aku peluk umi di sebelah.

"Nak ajak Harith lagi ke?"

Automatik kepala tertoleh ke arah punca suara. Apatah lagi diselit dengan nama Harith. Aku nampak Ayden sedang berjalan masuk ke ruangan ini sambil tersenyum senget.

Ooo kau.. nak kena dengan aku ya.

Baru saja dia sambil di hadapan aku, terus aku sepak kuat betisnya. Sekuat hati. Puas la jugak hati aku ni tengok dia terloncat-loncat begitu.

"Woi, sakit la perempuan!" Jerit Ayden. Dia tunduk mengusap betis sendiri sebelum duduk bersila di situ.

Aku mencebik melihat dia. Padanlah muka. Siapa suruh minggu lepas tak bagitahu Harith nak tumpang balik sekali. Kira aku claim minggu lepas punya la ni, minggu lepas aku sepak seat dia saja. Hari ini sepak dia.

"Dah shhh.. kacau la umi nak tengok tv ni." Umi merungut di sebelah sambil meletakkan jari telunjuknya ke bibir.

Tersengih aku dengan Ayden. Serba-salah.

"Eh haa.. umi dekat sini rupanya. Baguslah Izyan dengan Ayden ada sekali. Mana Syahmi?"

Terjungkit kening aku melihat abi yang baru masuk itu. Dah kenapa seru semua orang ni.

"Bilik, abi." Ayden menjawab sopan.

Abi mengangguk seraya melabuhkan duduk di sebelah kanan umi. Aku di sebelah kiri. Ayden pula bersila di lantai.

"Panggil dia kejap."

Terus Ayden keluarkan telefon dari poket jeans nya. Ditekan-tekan sebelum dilekapkan ke telinga.

"Weh abi suruh turun. Sekarang." Tch, dasar pemalas.

Ayden tersengih membalas tatapan abi. Telefon disimpan kembali. "Kejap lagi dia turun. Kenapa, abi?"

"Umi bagitahulah." Abi cuit umi di sebelah. Eh eh, sweet sweet pulak. Kami single tahu.

"Ha Izyan. Umi dengan abi nak cakap sikit." Umi berkata seraya berpaling memandangku. Tiba-tiba aku berdebar. Umi nampak agak serius.

Dari hujung mata aku nampak Afif datang dan duduk di sebelah Ayden. Diam sahaja tapi nampak la yang dia macam- apesal panggil kalau nak sembang dengan Izyan je?

Aku fokus kepada umi kembali. Lupakan Afif.

"Bulan lepas, ada kawan umi— oke macam ni. Izyan bertunang minggu depan boleh?"

Tudia.. straight to the point!

"What?!" Serentak tiga suara menjerit terkejut.

"Dik, kau-"

"Kau nak kahwin, kak?" Siapa pulak yang cakap aku nak kahwin ni.

"Umi.. ?" Aku pandang mata umi dalam-dalam. What is this momehh?!

[C] ENCIK TUNANGWhere stories live. Discover now