satuempat

376 49 37
                                    

Hari ini hari pertama persekolahan setelah dua minggu bercuti. Cuti yang mana berlangsungnya majlis pertunangan aku dengan... Harith.

Sumpah aku tak percaya yang aku dah bertunang dengan dia. Sepanjang cuti tu langsung aku tak contact dengan dia. Jumpa lagilah tak. Khabar pun tak dengar. Memang ghaib terus.

Jadi, hari ni aku rasa takut pula nak ke sekolah. Pegang title baru woo... kau orang ada? Takde kan.

"Weh Iz cepatlah! Aku ada discussion la pagi ni halah!"

Kedengaran suara Ayden menjerit di depan pintu bilik aku serentak dengan ketukan bertalu-talu. Silap hari bulan, pecah pintu tu dibuatnya.

Aku kerling jam di dinding. Pandang jam kat tangan pula. Aku mencebik. Baru pukul 7. Awal lagi.

"Ya ya siap dah!" Aku juling mata ke atas. Beg yang tersadai atas katil aku rembat cepat. Lari laju laju turun ke tingkat bawah.

Sampai di bawah umi hulur bekas Tupperware. Buat bekalan kat sekolah. Wah! Harini ada bekal. Biasanya umi akan buat bila sempat saja.

"Iz pergi dulu, umi." Aku capai tangan umi lantas bawa ke bibir. Dicium perlahan. Abi tak ada, mesti tak balik dari masjid lagi.

"Ha cepat sikit. Deen dah lambat tu." Umi tepuk bahu aku.

Aku hanya mengangguk. Lari pula ke pintu utama. Sauk kasut cepat cepat dan masuk ke dalam kereta. Nasib baik stoking dah pakai siap siap. Kasut pula boleh pakai dalam kereta saja.

"Lambat la kau ni. Perempuan memang lambat eh?"

Satu suara sumbang kedengaran dari depan bila kereta yang dipandu Ayden mula bergerak. Mencerun mata aku memandang Afif di depan. Dia ni... Sedap betul bercakap.

Aku tepuk bahu dia kuat.

"Aduh!"

"Eh hello! Bukan aku yang lambat. Dah kau orang tak bagitau nak gerak awal hari ni. Salah aku ke?" Bantah aku.

"Hei, kau memang hari hari lah lambat. Hari hari kitorang kena tunggu kau." Bangkang Afif pula.

Aku tarik nafas dalam.

"Eh, kau ni bercakap macam kau tak pernah lambat. Kau dah lupa ke hari sukan hari tu kau bangun lambat lepastu sampai sekolah pukul 8? Habis dengan aku sekali kena denda sebab kau? Kau tak ingat ke?!" Benda sukan dua tahun lepas aku ungkit. Peduli apa aku. Asal aku boleh buktikan yang aku  tak bersalah.

Afif mendengus kasar. "Ahh! Ambiklah kau nak menang sangat. Haa ambik!" Protest Afif. Dia siap berpaling ke belakang, kemudian buat gaya 'ambiklah-semua-bende-ni-dekat-kau' dengan tangannya.

Aku tersenyum sinis.

Tiba-tiba Ayden ketawa kecil memecah ketegangan antara aku dengan Afif tadi.

"Tulah kau, nak gaduh sangat. Kan dah kalah. Perempuan tak pernah salahlah. Kau tak tahu ke?" Pecah gelak dia selepas itu. Bersungguh ketawa. Aku tak tahulah dia gelak dekat apa tapi... ya, berdekah.

Dengan bantuan cermin pandang belakang, aku nampak Afif buat muka jengkel. Sebelum tayang muka beku. Nampak sangat tak puas hati heh.

Aku tunduk betulkan kasut sebelum bersandar seraya berpeluk tubuh. Menunggu tiba di sekolah. Abaikan Afif di depan. Dia masih belum dapat terima kenyataan yang dia kalah.

Haha!

***

Tarik nafas, hembus. Tarik, hembus. Aku buat  benda tu berkali-kali sebelum mula melangkah mendekati kawasan blok tingkatan 5. Saat ini, memang aku bersyukur gila gila aku tak sekelas dengann Harith. Kalau tidak, memang harulah jawabnya. Tak fokus aku dalam kelas nanti.

[C] ENCIK TUNANGWhere stories live. Discover now